Isu Kualiti Dan Pengagihan Air Di Selangor Belum Selesai : Tarif Air Bakal Di Naikkan?

Isu Kualiti Dan Pengagihan  Air Di Selangor Belum Selesai : Tarif Air Bakal Di Naikkan?
 

Sejak-sejak jadi pemaustatin tetap di Selangor ni hampir berbelas tahun,masalah air paip memang akan jadi isu yang belum selesai lagi.Setiap tahun pasti ada kejadian terputus bekalan air yang berpunca dari pelbagai masalah seperti pencemaran,kerosakan dan macam-macam lagi,tak pernah selesai ye.

 



Cik Sue jadi terkejut bila terdengar desas-desus yang tahun 2025 ni ,tarif bill Air Selangor akan di naikkan.Termenung la kejap,sebagai pengurus kewangan dan perbelanjaan dalam rumahtangga,Cik Sue lebih tahu berapa sebulan bajet perbelanjaan rumah kami,dengan bill lain lagi ,anak nak sekolah lagi,sebelum ni subsidi air percuma sangat membantu,tapi kalua di naikkan,pastinya ada amaun yang perlu di bayar.

 Berita kenaikan tariff air 

Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Domestik (50 m³ sebulan)

 

Ini adalah kenaikan yang dirancang serta kesan tahunannya bagi bil Air Selangor:

Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Domestik (50 m³ sebulan)

 

2023: RM56.86

2024: RM68.25 (Naik 20.03%)

2025 (dirancang): RM87.63 (Naik lagi 28.40%)

Jumlah kenaikan 2023 - 2025: 54.12%

 

Bil air tahunan isi rumah meningkat daripada RM682.32 (2023) kepada RM1,051.56 (2025 dirancang) - kenaikan sebanyak RM369.

 

Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Bukan Domestik/perniagaan (100 m³ sebulan)

 

2023: RM220.65

2024: RM277.60 (Naik 25.81%)

2025 (dirancang) : RM361.15 (Naik lagi 30.10%)

Jumlah kenaikan 2023 - 2025: 63.68%

 

Kos tahunan meningkat daripada RM2,647.80 (2023) kepada RM4,333.80 (2025) - tambahan RM1,686.

 

 


Melihat data yang tertera ,termenung juga la Cik Sue di buatnya,2 kali kenaikan dalam tahun 2025 ni akan berlaku jika kenaikan Julai 2025 di laksanakan.Sebenarnya ,rakyat boleh terima kenaikan jika perkhidmatan bekalan air di Selangor ini dalam keadaan terbaik.Tapi bila dinaikkan tarif dengan pakej masalah -masalah yang belum selesai membuatkan rakyat rasa terbeban,bill tinggi tapi bekalan air tak berkualiti.


AIR SELANGOR tumpu selesaikan masalah dulu.
 

Bagi Cik Sue Air Selangor patut menumpukan focus untuk selesaikan dulu masalah bekalan air dan aduan-aduan dari pengguna sebelum terfikir untuk menaikkan tarif bill mereka.Rasanya pengguna tidak akan bising tarif naik jika bekalan air yang di terima di tahap kelas pertama.Tiada lagi air berkarat,air berbau bahan kimia,bekalan terputus kerana pencemaran,paip-paip uzur dan rosak,tekanan air rendah yang menyukarkan urusan seharian pengguna yang membayar setiap bulan,bukan percuma.

 


Dana yang ada sepatutnya di salurkan untuk memantapkan dulu system pengagihan bekalan ke rumah-rumah dan Kawasan yang bermasalah.Aduan yang di terima sepatutnya di selesaikan dengan kadar segera.

 

Kenaikan yang di rancang ini ,pasti memberi kesan kepada pengguna di seluruh Selangor tambahan dalam keadaan ekonomi yang “tidak cantik” sekarang,pasti agak membebankan pengguna.

 

Kesan Kenaikan Tarif Air Selangor kepada rakyat.

Kenaikan tarif air sebanyak 30% yang diumumkan oleh pihak berkuasa Selangor pasti akan memberi impak besar kepada rakyat. Dalam keadaan di mana kualiti air dan bekalan air masih menjadi isu, tindakan ini seolah-olah menambah beban kepada orang ramai tanpa menyelesaikan masalah asas yang sedang berlaku. Berikut adalah beberapa kesan yang mungkin akan kita rasai jika kenaikan tarif ini dilaksanakan:

1.      Beban Kewangan kepada Pengguna - Kenaikan tarif air akan menyebabkan kos sara hidup meningkat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian, dan kenaikan harga yang drastik ini akan memberi tekanan kewangan kepada ramai orang..

 

2.      Kepercayaan yang Terhakis terhadap Pengurusan Sumber Air -Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pengguna adalah tekanan air yang rendah serta kualiti air yang tercemar, dengan masalah air karat sering berlaku di beberapa kawasan. Masalah ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa belum berjaya mengatasi isu-isu asas berkaitan bekalan air. Apabila tarif dinaikkan tanpa penyelesaian terhadap masalah tersebut, ini mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai, yang merasakan bahawa mereka membayar lebih untuk perkhidmatan yang tidak berkualiti.

 

3.      Kehilangan Kepercayaan terhadap Kerajaan dan Badan Pengurusan Air Kenaikan tarif air ini mungkin akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan dan pihak berkuasa yang mengendalikan pengurusan air. Jika masalah yang lebih mendalam seperti kualiti dan bekalan air tidak diselesaikan terlebih dahulu, kenaikan harga air hanya akan dilihat sebagai langkah yang "rakus" dan tidak adil. Ini boleh menimbulkan ketidakpuasan hati yang lebih meluas dalam kalangan masyarakat.

 

4.      Kesan Kepada Aktiviti Ekonomi -Bagi sektor perniagaan, kenaikan tarif air mungkin juga akan memberi kesan kepada kos operasi. Perniagaan yang menggunakan banyak air dalam operasi mereka, seperti perhotelan, restoran, dan industri pembuatan, mungkin terpaksa menaikkan harga barangan atau perkhidmatan mereka untuk menampung kenaikan kos tersebut. Ini boleh menyebabkan kesan domino kepada ekonomi tempatan, terutamanya dalam jangka masa panjang.

 

Kesimpulanya, Kenaikan tarif air yang diumumkan dalam keadaan bekalan air dan kualiti air yang tidak diatasi dengan efektif hanya akan menambah beban rakyat. Tanpa pembaharuan dalam pengurusan sumber air dan peningkatan kualiti bekalan air, kenaikan tarif ini dilihat sebagai langkah yang kurang bijak dan tidak adil. Pihak berkuasa perlu memberi penekanan yang lebih terhadap penyelesaian masalah asas terlebih dahulu sebelum sebarang kenaikan tarif dilaksanakan bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin.

 


Pengurusan Air Selangor perlu lebih peka.

Sepatutnya pihak Air Selangor mantapkan dulu perkhidmatan yang di tawarkan sebelum naikkan tarif air.Rasanya pengurusan baru pihak syarikat perlu perhalusi dulu masalah-masalah yang tak pernah selesai di Selangor ini berkenaan bekalan air.Cari jalan selesaikan aduan pengguna yang bertahun tanpa jawapan.Selagi tidak selesai, harap tangguhkan dulu kenaikan tariff itu,dengar khabar Pengurusan Air Selangor sekarang adalah pengurusan baru,sepatutnya lebih efisien dalam melancarkan perkhidmatan terbaik kepada pengguna kan? Atau jika tidak mampu bolehlah di ganti pula dengan pengurusan yang mampu.

 

"Jangan sampai menindas rakyat yang sedia di tekan kini"


Post a Comment

0 Comments