Pusat Pakaian Hari-Hari : Sediakan Kelengkapan Sekolah Setempat.

Siapkan awal tak kalut.


Mak-mak ayah-ayah seluruh negara mesti tengah sibuk nak lengkapkan peralatan sekolah anak-anak sekarangkan? Alhamdulillah Cik Sue dah selesai awal-awal lagi,tak kalut akhir-akhir waktu ,satu sebab risau saiz habis, selain tu nak bercuti tenang-tenang dan tumpukan untuk pembayaran yuran pula.Lagipun dah susun perancangan kewangan maklumlah tahun ni agak “berat” sikit perbelanjaan nak keluar.Tarikh masuk sesi sekolah ,bermula puasa,seterusnya nak buat persiapan raya pula,agak banyak kos nak keluar berturut-turut tu.Jadi perancangan tu penting untuk golongan B40 macam kami ni.


Pusat Pakaian Hari-Hari pilihan kami.


Pastinya pilihan Cik Sue tentang kelengkapan sekolah adalah Pusat Pakaian Hari-Hari,rangkaian pusat fesyen pakaian sekolah terbesar di Malaysia.Kenapa Cik Sue pilih Hari-Hari?

Pusat Pakaian Hari-Hari ni best sebab rangkaian cawangannya ada hampir di seluruh negara,kadang-kala pekan kecil pun ada,dan stok kelengkapannya lengkap,semua ada,mudah bagi Cik Sue yang tak suka jelajah banyak-banyak kedai dan memilih lama-lama.Lepas tu kalau tak cukup barang nak kena ke kedai lain pula,penat ye nak jalan hehehhehe.


Pengalaman bertahun jadi pelanggan mereka,kebanyakan cawangan staf mereka semua professional,layanan bagus,walau tak senyum 24 jam tapi tetap membantu apa yang pelanggan perlukan.Alhamdulillah tak de lagi kejadian pelik-pelik staf mereka,semua memang bagus.





Satu lagi Cik Sue ni suka dengan layout kebanyakan cawangan Hari-Hari,sejenis yang suka benda tersusun serta senang cari dan tengok,mudah nak pilih mana yang berkenan.Majoriti cawangan susunan barang sangat memudahkan pelanggan, nak tengok jenis kain kea tau paten macam mana ,tengok je yang dah display,pilih ikut saiz dan jenis yang mahu,baru staf akan ambilkan yang baru dalam plastik.




Lokasi seluruh negara.


Dengan adanya cawangan lebih dari 110 buah di seluruh negara,pelanggan boleh dapatkan pakaian dan keperluan sekolah yang lengkap dari hujung kepala sampai ke hujung kaki.Tapi Cik Sue bukan keperluan sekolah je,keperluan raya pun suka shopping kat sini,sebab banyak koleksi boleh padankan untuk satu keluarga ,senang sedondon hehehheh mudah kerja.

Nak tahu lokasi yang terdekat atau pilihan korang boleh check di www.hari.com.my/locator

Harga berpatutan,saiz banyak dan pakaian lengkap.


Bagi keperluan sekolah kali ni Cik Sue memang puas hati dengan harga di Hari-Hari,sesuai dengan kualiti pakaian sekolahnya,berbaloi membeli.Puas hati juga sebab serba ada,bagitahu je nak apa,pakaian sukan,set baju kurung sekolah kebangsaan,sekolah agama,baju pengawas,tshirt putih ,kasut sekolah ,kasut sukan ,seluar sukan,baju melayu,vest pengawas,pinafore,malah aksesori tambahan seperti songkok,stokin,tali pinggang ,anak tudung,kain dalam,singlet,sampaikan sapu tangan pun ada ye haaa nak apa lagi? Oh ye beg jangan cerita la macam-macam design ada,rambang mata anak-anak nak pilih,botol air ,bekas bekal,alat tulis semua cukup set dan lengkap.




Kiranya satu kali datang,shopping semua balik rumah senyum je dah selesai,tak payah nak jalan-jalan survey kedai lain dah.Jimat masa dan tenaga,satu kedai semua ada.Tambah-tambah Cik Sue ni dengan anak kecil yang melasak,haaa tak kuasa la nak masuk banyak kedai,ini pun dah semput nak kejar dia,sementara nak test saiz baju kakaknya.

Oh ya ,tentang saiz ,jangan risau ,Insya Allah kat sini semua saiz ada,Cuma masa korang dating tu mainkan peranan ye ,kalua dah dekat-dekat nak mula sesi persekolah ,risau pula saiz-saiz normal dah habis huhuuu,jadi lebih baik pergi awal,saiz banyak lagi.

Beli online lebih mudah.


Tapi sekarang lebih mudah,tak perlu keluar pun boleh shopping di Hari-Hari juga,online kan ada,Hari-hari pun dah ada kedai online di shopee dan Lazada,search sahaja,klik-klik dan bayar,Cuma tak puas la tak boleh nak tengok depan mata hehehhe boleh klik link di bawah ye.


https://s.shopee.com.my/9f5nj3BP2f

https://hari.com.my/


Jom shopping di Hari-Hari.


Jom korang cari keperluan lengkap sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari yang berdekatan,pasti korang puas hati dengan kualiti mereka,serta layanan dan harga mampu B40 tu,Cik Sue memang rekemen korang dating sini je tak payah pergi banyak-banyak kedai.



Post a Comment

0 Comments