Pallas : Kasut Sekolah Pilihan Dari Dulu.



Persiapan Kembali Ke Sekolah.


Hai ibu-ibu ayah-ayah semua dah selesai ke persiapan anak-anak nak masuk sekolah sesi 2025/2026 ni? Tahun ni agak besar belanja nak keluarkan ,sebab tarikh masuk sekolah,nak puasa dan raya pun dekat-dekat.Mana nak simpan untuk balik kampung lagi,yuran anak lagikan,memandangkan semua keperluan tu Cik Sue memang setiap kali pun akan buat persiapan awal.Haaa jangan tak tau baju raya dah settle okey hahaha semangat,persiapan sekolah Humaira pun tinggal sikit-sikit lagi nak tambah-tambah dan sediakan kos yuran je nanti.



Pallas sentiasa pilihan untuk keselesaan anak.


Berkenaan dengan kasut sekolah Humaira ,Cik Sue tak boleh pilih sembarangan sebab kaki dia ada masalah “ flat feet” ,jenis tapak kaki rata ,tiada lekuk macam orang lain.Jadi pemilihan kasut kena yang selesa untuk dia sepanjang hari di sekolah.Sebab nanti kalua tak selesa ,malamnya dia akan merengek kakinya lenguh,sakit,satu hal pula nak urut selalu sebelum tidur.




Pilihan Cik Sue dari Humaira darjah 1 lagi adalah kasut sekolah jenama Pallas.Kasut sekolahnya menepati ciri-ciri keselesaan yang Cik Sue cari.Tapak yang lembut dan sokongan arch pada tapak memang membantu anak-anak lebih selesa,dengan ciri anti-slip pula dapat menjaga keselamatan kaki dan mencegah dari licin serta risiko jatuh.




Reka bentuk kasut yang mudah kanak-kanak pakai dan material kasut yang tidak panas juga membuatkan Cik Sue memilih jenama ini.Jenis penutup kasut strap Velcro memudahkan dan jimat masa anak-anak di waktu pagi.Saiz pun banyak sesuai dengan jenis kaki anak-anak sekolah ,mudah memilih yang sesuai dengan mereka.


Pallas Jazz 205/307-0224 dengan Comfy Arch Support untuk Humaira.


Kali ini Humaira memilih koleksi Palllas Jazz pula untuk ke sekolah sebab ada ciri “sokongan gerbang” atau “arch comfy support” pada kasut ini.Ciri ini mengurangkan ketegangan pada otot kaki dia yang flat feet tu,tidaklah mudah penat bila berdiri lama waktu perhimpunan nanti.Masa cuba kasut ni pun dia gembira katanya,rasa selesa tapak kaki bila berdiri dan jalan.




Selain dari itu terdapat juga teknologi insole “Better Rebound” yang dapat mengurangkan tekanan dan penyerapan hentakan bila berjalan dan berlari.Material PVC di bahagian atas memudahkan untuk mencuci bila kotor dan kasut ni lebih ringan.






Pallas Back to School Contest 2025


Sempena kempen Kembali ke Sekolah kali ini,Pallas adakan “Back to School Contest 2025”  yang boleh pelanggan sertai bila membeli kasut Pallas,secara online atau offline.Boleh lihat web mereka untuk syarat dan cara sertai pertandingan ini ye.Jangan lupa sertai ,boleh menang RM3000 tunai hadiahnya.korang boleh klik https://www.pallas.com.my/ untuk makluat lanjut,cari poster contest ye.



Cara mudah dapatkan kasut Pallas.


Selain boleh beli kasut-kasut Pallas di kedai kelengkapan persekolah ,korang juga boleh dapatkan secara online,ukur je siap-siap ukuran kaki dan pilih dalam webshop Pallas,lebih mudah dan jimat kos.

Korang boleh beli di https://www.wow2wee.com/

Dan kalau nak lihat design serta ciri yang sesuai dengan kehendak anak-anak boleh layari https://www.pallas.com.my/pallas-product-features




Syukur Alhamdulillah ,persiapan sekolah dah selesai dan lengkap ,bolehlah mak ayah nak bercuti ,balik kampung dan buat aktiviti dengan anak-anak cuti sekolah ini dengan tenangkan.

Post a Comment

0 Comments