Welcome 2025 : Nak Tenang

 

Happy New Year You Allllll.....

Dah seminggu lebih  2025 baru sempat Cik Sue nak update blog ye hehehhe.. wellll i kan always busy,pegang macam-macam jawatan tau. Pastu kepenatan banyak kerja terus tumbang hahahahha.Cepatkan masa berlalu,dah 2025 pun,14 tahun dah berblogging,walau kejap tenggelam,kejap timbul hehehe kekadang lemas juga la,mujur masih di selamatkan kikiki.

Insya Allah 2025 ni ,moga lebih rajin Cik Sue mencoret kenangan dalam blog kesayangan ni.Kerana blog ni la dapat merasa macam-macam pengalaman,pahit manis suka duka.Kenal macam-macam orang,semua memberi kenangan dan pengalaman hidup yang sangat bernilai untuk Cik Sue.


Azam Tahun Baru 

Masuk tahun baru semua pakat dok renew azam tahun baru la kan,Cik Sue ni tak de la azam sangat pun ,terutamanya azam yang glamer untuk para isteri dan mak-mak tu la ,nak kuruskan badan,memandangkan target tahun lepas tak sampai lagi jadi tak payah renew ,cuma teruskan usaha je hehhhee sebab Cik Sue ni kalau renew ,kelaut la jawabnya kena start dari mula balik,mindset tu penting ye hehehhe... Alhamdulillah tahun lepas dapat 4 kg je,ada lagi 5kg  nak kena hilangkan fuhhhh,doakan Cik Sue kuat semangat eh.Nak kurus untuk sihat sebenarnya,anak kecil pun dah masuk 4 tahun,cukup-cukuplah bawa beban lemak ye,tumit sakit tak hilang-hilang,risau juga sebenarnya penyakit lain hinggap ,umur pun bukan muda lagi.Moga tahun ni dapat berat yang di impikan dan sihat selalu.




Mental Sihat 

Sejak setahun dua kebelakangan ini,kehidupan banyak menekan dari sudut emosi dan kekuatan mental.Jadi tahun baru yang tiba ni Cik Sue berazam mahu lebih menjaga kesihatan mental, jauhkan diri dati segala negatif dan toksik.Lebih berlapang dada dan bijak memilih apa yang perlu masuk dalam kepala otak atau yang perlu di sekat dari pemikiran.

Cuba juga menjaga jarak dari orang-orang toksik yang tak mampu Cik Sue tangani,bukan memutuskan silaturrahim cuma jarakkan sikit supaya mental dan emosi lebih terjaga,Insya Allah,kalau susah atau perlukan pertolongan tetap la akan Cik Sue tolong jika mampu,tidaklah membuang cuma ,jarakkan sedikit.

Kadangkala perangai Cik Sue ni pantang orang cerita masalah,mula la macam nak masuk sekali dalam masalah dia,terbawa-bawa kesedihan susah hati dan berat kepala fikirkan penyelesaian padahal yang meluahkan tu sekadar bercerita nak ringankan beban,Cik Sue pula yang lebih-lebih,itu pun nak kena belajar ubah juga tu,sarat kepala otak dengan perkara yang tak mampu pun sebenarnya Cik Sue nak selesaikan.

Pendek kata tahun baru ni nak jaga kesihatan bukan sahaja fizikal malah mental juga ,anak-anak kecil lagi kesian diorang kalau ibunya tak sihat badan dan otak,semua akan terkesan nanti.


"Cuci" Rumah 

Selain dari diri sendiri,akhir-akhir ni Cik Sue mula rasa semak dengan barang-barang dalam rumah.Mungkin dah berumur mudah rasa serabut nak menyimpan mengemas banyak-banyak barang.Perlahan-lahan dari December 2024 lagi Cik Sue dah mula declutter barang-barang dalam rumah,mana yang bertahun simpan berhabuk tu di let go samada buang,bagi orang atau recycle.

Kekadang benda-benda mati dan tak guna ni la yang menyemakkan rumah sekaligus menyemakkan kepala otak sebenarnya.Pastu Cik Sue pun mula terfikir,kami ni menyewa,pastu nanti maybe settle down kat kampung encik suami,memikirkan nak pindah barang-barang banyak nak angkat ,baik la awal-awal clearkan dari rumah ni,senang kerja nanti.

Satu lagi ,anak-anak dah besar perlukan ruang nak study nak letak buku-buku sekolah dan nak ada ruang peribadi sendiri,tu la sebab Cik Sue mula kurangkan barang dan susun atur semula,untuk keselesaan anak-anak juga.


Nak Hidup Tenang 


Harap-harap dengan segala usaha yang Cik Sue nak buat ni mampu jadikan hidup lebih tenang,penat dah hidup huru-hara jiwa dan mental,fizikal juga berantakan sakit sana sini.Nak lebih tenang,hidup aman tanpa drama mengarut dan sihat mental fizikal.

Korang doakan ye.....

Aminnnn.....

Post a Comment

1 Comments

  1. Selamat Tahun Baru sue... Azam sy pun nak tenang selain kurus hehe...

    ReplyDelete