Menjadi impian setiap umat Islam yang beriman untuk mengerjakan Haji di Mekah, dapat sekali seumur hidup pun dah cukup bersyukur. Tempat suci untuk penyerahan diri secara fizikal dan rohani,mengerjakan rukun Islam ke lima.
Cara / Proses Tunaikan Haji.
Di Malaysia,kita ada 2 cara untuk menunaikan Haji :
1.Haji Muassasah -melalui tabung haji,perlu mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji dan mengikut giliran yang di berikan untuk pergi.Kos dan bayaran ada subsidi dari kerajaan.
2. Haji Pakej Swasta – Kuota dari Tabung Haji juga tapi melalui syarikat swasta yang menguruskan dan kos tiada subsidi ,harga berbeza mengikut pakej ,lebih tinggi harga lebih selesa kemudahan yang di sediakan.
Setiap cara yang di pilih ada syarat-syarat yang perlu di penuhi yang telah di tetapkan oleh Lembaga Tabung Haji dan pihak kerajaan, boleh rujuk kepada mereka atau pihak syarikat swasta yang menyediakan pakej.
Kenapa pilih mengerjakan Haji secara pakej swasta.
Pakej swasta selalunya jadi pilihan untuk mereka yang mempunyai rezeki lebih, mampu untuk membayar kos tanpa subsidi demi keselesaan sewaktu beribadat :
-Golongan warga emas yang inginkan keselesaan untuk beribadat,kemudahan penginapan yang terbaik.
-Golongan yang membawa keluarga ,dengan anak-anak ,ingin di tempatkan di suatu tempat sepanjang beribadah.
-Yang menunggu giliran tapi masih lambat lagi,serta yang ingin mengerjakan haji kali kedua (boleh rujuk syarat dari Lembaga Tabung Haji.)
-Golongan yang membawa orang kurang upaya ,supaya lebih mudah di uruskan.
Tapi yang memilih Pakej Haji Swasta juga perlu memenuhi syarat yang di tetapkan oleh Tabung Haji ye,bukan suka-suka boleh daftar macam pergi melancong pula.
Tabung Haji memberi kuota Pakej Swasta kepada hampir 20 buah syarikat di Malaysia termasuk anak syarikat Tabung Haji sendiri, jadi berhati-hati memilih syarikat yang anda ingin daftar untuk mengerjakan ibadah haji ye,jangan sampai tertipu dengan scammer zaman sekarang.
Selidik latar belakang syarikat,jangan sembarangan percaya iklan dalam talian dan terus berurusan,lebih baik ke pejabat syarikat berkenaan,tanya secara berdepan segala proses dan mesti ada hitam putih segala proses surat menyurat,resit dan invois semua.
Kenapa MKM Ticketing Travel & Tours menjadi pilihan Jemaah?
MKM Ticketing Travel & Tours adalah salah satu syarikat yang di beri kuota oleh Tabung Haji untuk membawa Jemaah Haji secara pakej swasta,berdaftar dengan MOTAC dan pengelola Jemaah haji di bawah Tabung Haji.
Berpengalaman lebih 13 tahun dalam membawa Jemaah yang berjumlah hampir 100,000 orang dalam hampir 98 % berpuashati dengan perkhidmatan mereka.
Apa kemudahan yang di sediakan sehingga anda patut memilih MKM Ticketing Travel & Tours ini?
- Pembimbing Ibadah Haji yang berilmu dan berpengalaman.
Berpengalaman mengendalikan Jemaah dari Malaysia hingga ke Tanah Suci,urusan pendaftaran yang lancar dan tersusun,menjaga kebajikan Jemaah yang di bawa.
- Pengajian Kelas Agama yang di atur untuk Jemaah di Malaysia dan Tanah Suci.
Kursus Haji di tanah air serta kuliah agama di tanah suci serta soal jawab agama dengan pembimbing yang membawa.
- Hotel / penginapan yang dekat dengan masjid,mempunyai ruang legar,ruang makan dan pejabat urusan.
- Makanan secara buffet ,menu Asia ,3 kali sehari di Mekah dan Madinah.
- Pelan perlindungan takaful berkelompok (tertakluk kepada erma dan syarat syarikat takaful)
- Perkhidmatan kargo di sediakan di Mekah dan Madinah.
Kiranya ,berbaloilah untuk yang membayar lebih untuk keselesaan ketika beribadah nanti. Kemudahan yang di tawarkan pula mengikut pakej yang di pilih dari syarikat ini,setiap pakej berbeza harga dan kemudahan yang di beri.
Pakej-Pakej yang di tawarkan oleh MKM Ticketing Travel & Tours
Perbezaan antara pakej yang di tawarkan adalah dari segi berapa orang setiap bilik dan jarak ke masjid,serta tambahan beberapa kemudahan lain.
Terdapat 5 jenis pakej berbeza :
1.
Pakej Salam -Harga bermula dari RM54.900 untuk 5 orang sebilik.
4.
Pakej Safa – Harga bermula RM115,000 untuk 4 orang sebilik
5.
Pakej Firdaus – Harga bermula RM275,000 untuk 2 orang sebilik.
Ini peluang untuk anda yang punya rezeki lebih untuk mendapatkan tempat
mengerjakan ibadah haji secara Pakej Swasta tapi bergantung kepada kekosongan
tempat ye,siapa yang cepat ,dia dapat sebab kuota tak banyak untuk pakej
sebegini dan memang akan cepat habis.
Yang pasti bila membaca testimoni dan komen dari Jemaah yang pernah
mengikuti pakej dari MKM Ticketing Travel & Tours majoriti semua berpuas
hati ,selesa dan perjalanan ibadah yang lancar. Keselamatan serta kebajikan juga
terjamin, dengan bimbingan pengelola yang berpengalaman banyak dalam urusan Haji
ini.
Cepat dapatkan tempat anda.
Cepat dapatkan tempat dalam pakej mereka sebelum kehabisan kekosongan
ye,dah boleh merancang dari awal ye,banyak juga urusan yang perlu di uruskan.
Untuk maklumat lanjut ,korang boleh hubungi :
MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN BHD
Telefon : 03-78316740/03-78313740/019-7000079
Emel haji@mkm.my
Laman Web http://www.mkm.my/
0 Comments