Sekejap tapi bermakna : Healing di Qowiy Village,Hulu Langat.

 Assalamualaikum semua,

Fuh2...tiup sarang labah-labah sikit,lamaaaaaaa sangat rasa tak update blog kesayangan dengan cerita personal,semenjak media sosial seperti Facebook,Instagram dan lain-lain makin popular ,lebih banya update di sana cerita-cerita personal,lebih mudah dan cepat mungkin kan.Rindu nak menulis dari hati di blog,maka marilah kita comeback semula.Padahal dah sendu nak buat entry-entry review hahahhaha...

Its ok,semoga Cik Sue kembali rajin update blog macam dulu-dulu,rindu vibe blogging dulu-dulu,berhubung melalui komen blog,seronok.Jadi marilah kita.

Perancangan bertahun.

Kita mulakan dengan cerita happy-happy dulu ye,plan nak bercutinya dah bertahun ,eh lebih 5 tahun dah rasanya dari anak sorang dah masuk dua,dari sebelum covid sampai timbulmonkey pox dah hahahha.Geng nak bercutinya sesama geng blogger juga,sapa yang ikuti Cik Sue tau la geng kami dah bersama dn kenal dari Kelab Blogger Ben Ashaari dah lama dari 2011 lagi ,dari zaman anak dara ligat ke hulu ke hilir sampai dah jadi mak-mak ye,masih berkawan,suami-suami pun kenal dari sebelum kawin lagi.Jadi part masuk kepala ngam atau masuk air tu tak yah pertikai la,dengkur masing-masing pun dah kenal hahahha.

Tapi tu la,sepatutnya ramai lagi yang join ,memandangkan yang lain ada halangan kami proceed je la mana yang ada,nak tunggu semua ada memang payah la,masing-masing ada jadual kerja yang nak kena ikut dan hal-hal family lagi.


Qowiy Village ,Hulu Langat.

Bincang punya bincang ,maka terus la booking ,dekat-dekat je sebab kami pergi hari kerja,tak mau bersesak ramai-ramai hujung minggu ,nak santai-santai tenang-tenang. Kami pilih Qowiy Village di Hulu Langat. (boleh klik ke website mereka ) 


Kami memilih Qowiy sebab dekat je dari rumah dan yang penting ada sungai,ada juga kolam.Jadi puas la sikit anak-anak nak main air.Jadi 16 dan 17 Oktober kami berhealing la di sana,dengan tenangnya.Tenang ke? hahahhah kalut juga la dengan anak-anak.Alhamdulillah cuaca sangat baik ,tak panas dangat dan tak hujan.


                   


Alhamdulillah juga puas hati kami pilih   Qowiy,penginapannya ok ,ada rumah hobbit ,ada tube untuk berdua.ada dome untuk family besar,lokasi penginapan pun strategik dekat dengan sungai dan kolam.Ada dewan terbuka ,kolam dewasa kolam kanak-kanak dengan buih sabun, kemudahan untuk bbq pun di sediakan,jadi kami bawa bahan makanan dan binatang untuk bakar-bakar je.Oh ya ,ada kafe dan kedai mini juga di sediakan.


Bilik pun puas hati,bersih dan agak luas untuk setiap pilihan,tapi kena pilih ikut bilangan orangnya la,kalau family pilihlah bilik family ,yang berdua tu amik la tuk yang berdua heheheh.Siap ada bathtub seronok anak-anak berendam,sementara ibu boleh rehat.Ibu nak berendam asyik kena kacau je hahhaha.






Selain tu kalau berminat ada juga aktiviti ATV dan boleh request aktiviti buat bathboom,nak beli bathboom pun boleh.Waktu malam agak sejuk sebab di kelilingi hutan dan sungai.Dannnn harga pun masih mampu bayar ye hhehehe,berbaloi sangat dengan penginapan yang di sediakan.


Potluck dan BBQ 

Kami bergerak dari rumah masing-masing dah tengahari ,jadi petangnya berkelah dengan minum petang di tepi sungai.Masing-masing bawa potluck antara menunya roti jala kuah kari padu,kerabu megi,fries ,goreng pisang dan teh tarik kaw Cik Sue bawa khas panas-panas tau hahahha,siap beli termos tuk bawa healing ye,semangat hhahaha.








Malamnya pula kami adakan bbq di dewan terbuka yang di sediakan,arang dan tempat bbq juga pihak mereka sediakan.Kerusi meja semua lengkap di tepi kolam ye,tapi tak bagi la anak-anak berendam malam-malam,kang tak pasal selsema pula.Antara menu yang kami sediakan ,kambing perap dengan blackpepper sos,ayam sosej perap dengan sos ala sukiya.pasta,brownie,pavlova,air longan dan macam-macam lagi.Haaaa mewah ye makan,sampai bawa balik semula hahhahah.Bagusnya kat sana chiller di sediakan so boleh simpan dengan elok.


Kolam dan sungai : Anak-anak happy.

Bestnya kat sini,ada dua tempat nak main air iaitu kolam dan sungai.Dah sejuk-sejuk berendam kat sungai,naik main kat kolam pula.Bagus sebab kalau hujan tak dapat nak turun ke sungai arus deras bolehlah mandi kolam.Ada kolam dewasa dan kanak-kanak,masa kami datang tu kolam kanak-kanak siap ada buih sabun lagi memang seronok ye.Sungai pula masa kami datang arus tak laju sangat dan sesuai la nak berendam ,anak-anak nak turun kena ada pengawasan ibu bapa ye,walau tak dalam tuk dewasa ,untuk kanak-kanak agak bahaya kalau tak di jaga.







Sekejap tapi bermakna.

Walau satu malam sahaja aktiviti healing kami ni, Alhamdulillahhh juga ,dapat lari sekejap dari rutin harian,masing-masing dah tepu dengan kerja dan tugas masing-masing,dapatlah legakan kepala sekejap.Terima kasih semua yang sudi healing-helaing ngan Cik Sue hehehhe moga nanti kita dapat berkumpul lagi k,kawan sampai akhir hayat.Nanti tua-tua nak sibuk kenduri anak nak kawin pulak kan hahhahah mana nak buat goodies,mana nak pilih pelamin,moga sampai waktu itu nanti kita cipta memori.Tq juga bapak-bapak aka pasangan masing-masing yang juga geng blogger dari bujang,sudi bawa wife2 pergi healing moga syurga buat korang Aminnnnn....




Tq Geng till next healing hahahha (klik nama tuk ke blog diorang oke,kami blogger lama tapi masih relevan hokeyyyyy hahahhaha) 

Yaya

Qaseh 

Uzu 


Yanty 


Ada lagi yang lain tapi busy urusan masing-masing,nanti Cik Sue paksa diorang melibatkan diri wahahahaa...


p/s kbye for now ,doakan Cik Sue rajin berblog semula hokeyyyy...nak simpan kenangan.

Post a Comment

5 Comments

  1. Kenangan indah bersama 🫶🏻🩷🩷🩷

    ReplyDelete
  2. Lebiyu haha nanti plan lagi, tq utk makan2 sedap!

    ReplyDelete
  3. Wah! Seronoknya! Eh, wajah2 kawan2 uncle jugak tu!
    Lesgo! Kembali beraksi!

    ReplyDelete
  4. Next ke mana pula kita Mak Tiri?

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaa healing dengan member sekepala.

    ReplyDelete