Asalnya teracun beli rempah nasi arab di tiktok ,CikSue ni sejenis yang universal,semua menu pun nak cuba,tapi sememangnya nasi arab ni kegemaran,dulu masa kerja suka makan kat Mr Kabab Beriyani ,Putrajaya tu.Kononnya nak cuba masak sendiri pula,belilah rempah Kabsa dan Mandy kat shopee,tapi seller tu pulak tunjuk resepi masakan ikan tenggiri,CikSue pula peminat ikan dan makanan laut wajiblah nak mencubakan,ternyata tak menyesal ,namanya Zigni Yemeni menggunakan ikan tenggiri.
Jom tengok resepi :
Bahan-bahan :
Untuk perap ikan dan goreng :
Perapkan ikan tenggiri dengan :
Garam dan serbuk perasa.
Rempah Kabsa
Cili kering yang di blend
Gaul rata dan sapukan perapkan ikan sekejap
Hiris bawang merah dan bawang putih (hiris)
Cili kering blend
Tomato puri
serbuk lada hitam
serbuk paprika
rempah Kabsa (Cik Sue guna rempah dari SM Food klik sini )
garam dan perasa
sedikit air
Cara-cara memasak :
Gorengkan ikan yang di perap tadi,ketepikan.
Tumis bawang hiris,masukkan cili kering blend,tomato puri,serbuk lada hitam
serbuk paprika dan rempah kabsa.
hangit dan masukkan ikan,masak hingga sos pekat.
Korang kena try tau ,sedappppp ,sapa yang suka menu bersambal memang sesuai,ada sedikit rasa rempah,ngam nasi panas-panas,makan ngan nasi arab pun cun ni,nanti Cik Sue buat nasi arab ,kita share lagi eh....
2 Comments
Aduhai...terliur Akak tengok lauk ni...ikan tenggiri ada tu dalam fridge..
ReplyDeleteArghhhh..terliurrrr..best eh rempah tu? Pernah nak terbeli. Tapi ongkos takde masa tu. Nanti nak beli jugak la..
ReplyDelete