Jana Pendapatan bersama Al Ard : Bantu Jihad Ekonomi Palestin

Jihad Ekonomi Palestine ,Bantu mereka pulih Kembali.

Setiap hari kita di paparkan apa yang terjadi di Palestin,dalam kesedihan dan semangat membuak-buak untuk membantu namun apalah daya kita di sini.Sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam semestinya sokongan padu di berikan untuk saudara-saudara kita di Palestin sana.Selain menyumbang wang ringgit,bantuan kemanusian dan doa ,kini kita boleh sama-sama berjihad dengan mereka dengan membantu menaikkan ekonomi mereka dan kita sendiri secara tak langsung melalui Syarikat Alard.

 

Alard Far East Sdn Bhd  : Syarikat Palestin Tunggal di Malaysia.

Alard adalah satu-satunya syarikat Palestin yang beroperasi di Malaysia bertempat di Seksyen 13 ,Shah Alam ,Selangor dan satu-satunya anak syarikat yang beroperasi di luar Palestin.Alard memilih Malaysia kerana yakin dengan polisi Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin sejak puluhan tahun walaupun produk mereka di hantar ke pelusuk dunia seperti Arab Saudi,Eropah,Amerika Syarikat,Kanada,Jepun dan lain-lain.

Setelah 10 tahun Alard di Malaysia mereka membawa masuk produk berkualiti dari Palestin untuk kegunaan rakyat Malaysia,jadi selain kita menggunakan produk berkualiti dapat juga membantu menjana ekonomi petani Palestin yang terjejas denga napa yang berlaku di sana,malah untuk memulihkan Kembali sesebuah negara juga perlukan ekonomi yang baik.

 


Alard membawakan produk asli dan berkualiti dari Palestin.

Misi Alard kepada rakyat Malaysia adalah untuk mendapatkan  bekalan secara terus dari Palestin, menjana pendapatan melalui perniagaan dan dalam masa sama, dana dapat disalurkan secara terus kepada rakyat Palestin melalui transaksi perniagaan yang sah.

Kempen ‘Palestin di Setiap Rumah’ sedang berlangsung. Sasaran kami adalah untuk menghantar 3 juta ringgit ke Palestin.Dan cara terbaik membantu rak yat Palestin adalah dengan membeli produk asli keluaran mereka.Melalui perniagaan produk-produk berkualiti ini jugalah sokongan kewangan dapat di salurkan ke Palestin dengan cara telus tanpa sebarang ketirisan.

Alhamdulillah Cik Sue dah mencuba produk-produk mereka dan memang original serta berkhasiat untuk seisi keluarga ,malah hingga sekarang kami sekeluarga masih amalkan.Antaranya minyak zaitun premium,habbatussauda,sabun zaitun, black seed paste,za’atar blend dan banyak lain makanan serta bahan masakan hasil pertanian dari sana yang di import ke Malaysia.

 


Menjana pendapatan dengan Alard : Partner Alard

Sebelum ini Alard Malaysia menjalankan kaedah penjualan secara terus kepada pengguna dan juga sistem ejen.Cara penjualan juga secara manual dan pesanan melalui whatsapp sahaja, namun kini mereka telah menambah baik cara penjualan melalui website dan system stok dalam talian.

Kini Alard menawarkan system partner kepada rakyat Malaysia yang ingin sama-sama menjana pendapatan untuk diri sendiri serta membantu rakyat Palestin.

Alard Partner terbahagi kepada 3 kategori iaitu Gold Partner, Silver Partner dan Bronze Partner. Berikut adalah perbezaan antara Partner Alard:

 

Gold Partner

-          Margin keuntungan sehingga 40%

-          Pembelian Pertama RM3,888.00

-          Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM1,888.00


Silver Partner

-          Margin keuntungan sehingga 32%

-          Pembelian Pertama RM388.00

-          Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM388.00

 

Silver Partner

-          Margin keuntungan sehingga 20%

 

Sales Kit

Al’Ard juga turut menawarkan Sales Kit/Marketing Support seperti:

-          Channel Telegram Konten

-          Gambar/Poster/Video

-          Flyers Product

-          T-Shirt Al’Ard

-          Bunting

-          Promotion Stand

-          Non-Woven Bag

-          Web Listing

Untuk mendaftar sebagai partner Al’Ard, sila layari lamanweb www.partneralard.com atau hubungi nombor whatsapp https://wasap.my/60132615878/SertaiPartnerAlard

Untuk kawan-kawan dan pembaca Cik Sue yang ingin berniaga,inilah peluang terbaik untuk memulakan perniagaan,selain dapat meningkatkan pendapatan diri sendiri dapat juga menyokong serta berjihad membantu rakyat serta ekonomi Palestin.Jadi perniagaan ini bukan sekadar kewangan dan keuntungan malah jihad membantu saudara-saudara kita di sana.

Website : https://alard.my/

Facebook : Alard Malaysia 


Post a Comment

0 Comments