TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON Mall : Jom Serbu

Transformers One datang Malaysia? Wowwwww jom korang peminat transformers,Cik Sue la tu hehehe rindu Prime dan Bee. Terbaru Aeon bawakan Transformers dalam jelajah roadshow mereka di beberapa mall Aeon yang terpilih.

Kempen ini berlangsung dari 19 Ogos hingga 30 September 2024 di Aeon Mall terpilih,boleh lihat list mallnya dan ajak family sama-sama serbu ye,bawa anak-anak,ajak kawan-kawan,mak ayah adik abang semua ,banyak aktiviti yang best dan menyeronokkan.


Apa yang menarik dalam Transformers One Roadshow ini : 

Dalam siri jelajah ini ,korang berpeluang mengambil gambar dengan model serta prop besar filem transformers yang akan di tayangkan nanti.Boleh snap banyak-banyak OOTD dan share ke media sosial atau koleksi sendiri.

Ada juga aktiviti untuk anak-anak ,pertandingan mewarna,serta perlancaran filem terbaru mereka,tayangan perdana juga jadi anak-anak pasti seronok untuk sertai selain boleh membeli barangan cenderamata transformers untuk koleksi nanti.


Anak-anak pasti seronok jumpa robot-robot pujaan mereka ni kan,memang berbaloi untuk bawa mereka nanti.



Tebus tiket filem Transformers One ekslusif untuk pelanggan Aeon.

Sempena pembukaan tayangan filem Transformers One, korang boleh menebus tiket filem TRANSFORMERS ONE yang ekslusif dan caranya sangat lah mudah!


Cara Tebus Tiket Ekslusif :

Untuk layak menebus tiket ekslusif ini, korang hanya perlu berbelanja :

1. RM300 untuk bukan ahli Aeon

2. RM200 untuk ahli Aeon

Pembelian ini boleh digabungkan dalam 3 resit pada hari yang sama dari mana-mana kedai di AEON Mall yang menyertai peraduan ini bagi melayakkan diri. Mudahkan.






Ayuh bersama-sama meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia dengan tema ‘‘TRANSFORMERS ONE : AEON Celebrates All Malaysians as One.’’ Raikan hari merdeka bersama Aeon dah transfomers.

AEON Mall yang mengambil bahagian:

Selangor/Kuala Lumpur

  • AEON Mall AU2 Setiawangsa
  • AEON Mall Cheras Selatan
  • AEON Mall Metro Prima
  • AEON Mall Bukit Raja
  • AEON Mall Bukit Tinggi 

Johor

  • AEON Mall Bukit Indah
  • AEON Mall Kulaijaya
  • AEON Mall Tebrau City
  • AEON Mall Bandar Dato Onn

Penang

  • AEON Mall Bukit Mertajam 

Perak

  • AEON Mall Ipoh 
  • AEON Mall Ipoh Klebang
  • AEON Mall Ipoh Station 18
  • AEON Mall Kinta City
  • AEON Mall Taiping
  • AEON Mall Seri Manjung

Negeri Sembilan

  • AEON Mall Seremban 2 

Melaka

  • AEON Mall Bandaraya Melaka 





#AEONMALL

#AEONMALLXTRANSFORMERSONE

#TRANSFORMERSONE

#HASBRO

 

Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Untuk maklumat yang lanjut sila layari : 


•​Facebook: www.facebook.com/AEONMallMY

•​Instagram: www.instagram.com/aeonmallmalaysia

•​Tik Tok: www.tiktok.com/aeonmall.malaysia

•​Website: www. aeonmallmy.com

 

Post a Comment

0 Comments