Hi semua,eh ada lagi ke orang baca blog? Tak pe lah tulis untuk diri sendiri pun heheh lama betul rasa tak update apa-apa.. mood lari ke lautan dalam,tambah-tambah entry personal huhuu... ke jurang mariana terus rasanya huhuu...
Kalah PMX ,busynya Cik Sue ni,padahalllll M nya besor kikiki... tuk warm up Cik Sue nak share/simpan resepi la...gara-gara rajin skroll tiktok yang fyp semua makanan,tersangkut la nak buat juga,terliur punya pasal,gigi cari serbuk roti (bread crumbs) sib baik ada kat speedmart je.Resepi mudah-mudah je pun tapi sedap la buat kudapan sambil tengok movie.
Alhamdulillah Mr D and Mat Ajiq approve,kakak Maira tak yah kira la,dia tak try makanan pelik- pelik hhahahah.Buat weekend yang lepas alang-alang tak ke mana-mana ,kita main masak-masak la.
Jom tengok resepinya,mudah je :
Bahan-bahan:
Telur rebus (hard boil) -suka hati nak berapa biji.
1 biji telur -di pukul
Breadcrumb (serbuk roti) - agak-agak untuk salut telur rebus.
2 sudu tepung gandum
Bahan inti:
Jejari ketam (crabstick) - agak-agak ikut brapa biji telur rebus
Mayonis - Cik Sue pakai original Kewpie ,sedappp.
Serbuk lada putih
Minyak bijan
Cara-caranya :
- Telur rebus di kupas kulit,celup dlm telur,celup dalam tepung ,celup dalam telur sekali lagi ,baru salutkan dengan serbuk roti kemudian gorengkan dalam minyak banyak hingga kekuningan,sejukkan.
-untuk inti,rebus crabstick sekadar masak,jgn sampai lembik sangat,toskan.
-cincang crabstick masukkan dalam mangkuk,masukkan mayonis,lada putih dan minyak bijan gaul rata.
- sudukan atau guna skop aiskrim intinya letakkan dia atas permukaan telur yang sudah di belah dua,letak mayonis di atas inti dan boleh lah tabur parsley kering atau kalau suka boleh tabur chili flake mana yang suka pedas.
Yeayyyy siap ,jom ngap...
Ok jugak layan sambil tengok movie,kategori makanan sihat jugak la dari layan cekedis,kenyang pun ye tuk yang berdiet.
Ok ,tu je ,till next entry,doakan Cik Sue terus rajin ye... azam ada nak menulis kembali setiap hari tapi itu lah hahahhahaha....
1 Comments
senang je rupanya nk sediakan.. tq share resipi, nk try lah
ReplyDelete