MADU TUALANG ACEH : MADU TROPIKA BERKHASIAT

Apa itu Madu Tualang?

Madu Tualang adalah madu yang di perolehi dari pokok Tualang atau pokok-pokok tinggi di hutan Nusantara yang mana sarangnya di bina oleh kelompok lebah jenis Apis Dorsata.Madunya pula terhasil dari nectar bunga-bunga hutan yang misteri dan berkhasiat.Pokok Tualang ini banyak terdapat di Kawasan Malaysia dan Indonesia.

Sifat lebah ini adalah agresif dan tidak boleh dijinakkan. Tiada kewujudan madu tualang ternak. Keistimewaan dan khasiat Madu Tualang ini sangat tinggi kerana nektarnya terdiri daripada berbagai jenis bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul dibanding madu lebah yang berasal dari lebah ternak yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).


Madu Tualang sumbangan alam yang berharga.

Cik Sue ni kalau bab madu seboleh akan cari madu Tualang,sebab khasiat dan originalitynya,Cik Sue agak skeptikal sikit dengan madu biasa yang jual di pasaran sebab pernah terkena madu yang di campur air gula.Kat rumah ni wajib ada bekalan madu sebab Cik Sue banyak juga guna untuk rawatan kesihatan atau tambahan dalam diet dan makanan.Jadi mestilah cari yang original serta tiada campuran gula,walaupun tahu agak mahal sikit harganya.Faham bukan mudah nak ambil madu Tualang ni,ada yang sampai meragut nyawa.Selalunya Cik Sue akan order atau pesan pada abah di kampung mintak tanyakan pada kawan-kawan orang kampung atau orang asli di sekitar kampung kami,kalau ada bekalan diorang akan simpankan.

Tapi sekarangnya memang susah nak dapat,tak ramai dah orang yang nak cari madu Tualang ni,masyarakat orang Asli pun dah ramai keluar bekerja di luar hutan,jadi bekalan agak susah.Baru-baru ni Cik Sue terjumpa satu madu Tualang dalam online yang di bawa dari Aceh,setelah bertanya pada seller ,Cik Sue terus beli sebab katanya original Madu Tualang dari Aceh.


Madu Tualang Aceh

Madu ini di ambil dari hutan tropika pergunungan tinggi di Aceh yang mana kita taun Kawasan Nusantara ni mempunyai iklim hampir sama di antara Malaysia dan Indonesia. Madu ini mempunyai rasa paling unik dan sangat sedap serta diminati seluruh lapisan keluarga. Sangat sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.Rasanya tiada rasa gas yang tajam,mudah di telan dan sangat lembut kelikatannya.Cik Sue memang akan bagi anak-anak madu yang di campur perahan lemon bila mereka batuk atau berkahak,  untuk legakan tekak diorang.

Kekadang Mr D akan ambil bersama Habbatus Sauda untuk masalah resdung dan selsema dia.Cik Sue pula perlukan madu untuk di campur bersama lemon dan serbuk halia,biasa Cik Sue ambil campuran ni setiap 2 hari sekali atau pada waktu-waktu memerlukan terutama waktu badan sebu serta perut ada masalah penghadaman.

2 minggu ambil Madu Tualang Aceh ni Cik Sue suka sebab rasanya terbukti tiada gula campuran,manisnya tidak meleting sangat sampai lekat di tekak,memang lembut dan sedap.Antara sebab lain :

-Madu tidak begitu cair tidak begitu likat, sederhana kepekatannya

-Warna madu perang cerah

-Tidak bergas, tidak tajam dan sangat smooth

-Rasa madu yang unik dan tidak akan ditemui pada madu lain

-Keunikan madu hutan yang tiada tandingan

-Kualiti dan gred TERBAIK !

-Madu Hutan Asli

-Terhasil di Pohon Tualang

-Tanpa Bahan Pengawet

-Tanpa Gula Tambahan

- Diimport Khas Daripada Aceh, Indonesia

 



Khasiat dan Kebaikan Madu Tualang Aceh

Banyak khasiat Madu Tualang Aceh ni,memandangkan ia adalah hasil hutan serta madunya berkualiti,memang terbaik untuk kegunaan seisi keluarga.Tanpa campuran bahan-bahan asing ,bila di gunakan dalam perawatan serta pengambilan harian ia akan jadi lebih mujarab,antara khasiat lainnya adalah : 

Mendapat manfaat pelbagai pohon buah dan herba hutan

Kadar kandungan fruktosa yang rendah

Lebah perlu terbang tinggi kerana kawasan hutan berbukit

Lokasi pungutan madu dari hutan pergunungan Aceh, Indonesia

Lebah lebih tahan lasak dan menghasilkan madu yang lebih kuat

Khasiat lebih berbanding madu-madu yang dipelihara di tanah rendah

Tidak masam, tidak likat dan mudah larut

Baik untuk masalah batuk berkahak, selesema, demam

Tidak mengakibatkan kadar gula naik

Membantu menguatkan imuniti tubuh anda

Menaikkan semangat dalaman tubuh

Memberi tenaga yang berpanjangan

Menghilangkan rasa letih, lemah dan lesu

Memberi rasa ceria dan gembira anda




Cara Pengambilan Madu Tualang Aceh.

Banyak cara sebenarnya untuk menggunakan madu dalam kehidupan seharian kita,untuk mendapat khasiat dan menjaga kesihatan diri,di samping ia adalah makanan sunnah juga dalam Islam.Penggunaan madu juga perlu mengikut masalah kesihatan yang ingin di rawat dan selalunya di campur dengan herba atau bahan lain untuk lebih mujarab.

Bagi Cik Sue sendiri suka ambil bersama lemon dan serbuk halia bagi masalah angin dalam badan atau masalah penghadaman,kadangkala Cik Sue campurkan dengan lemon dan bawang untuk legakan batuk berkahak.Antara cara lain untuk menggunakan madu ini adalah :

1. Jika untuk tingkatkan imuniti, sila ambil dua sudu besar dibancuh ke dalam secawan air putih, di minum dua kali sehari sebelum sarapan dan sebelum makan malam.

2. Untuk masalah letih, lemah, lesu, sila ambil 3 sudu besar madu ini dibancuh ke dalam secawan air suam, campurkan secubit garam bukit himalaya, kacau hingga sebati kemudian minum, InsaAllah segar tubuh badan.

3. Jika mengalami batuk, selesema dan demam, ambil 4 sudu besar dan campurkan sedikit perahan limau nipis dan hirisan halia. Boleh juga dicampur sedikit daun pudina kemudian minum begitu sahaja. InsyaAllah mujarab.

4. Boleh diberi kepada anak kecil sebagai minuman harian mereka. Ambil satu sudu besar madu ini dicampur dengan secawan air putih, kemudian beri minum.




Jom beli madu asli.

Bagi Cik Sue lebih berbaloi keluar duit lebih beli madu asli atau madu tualang dari pada beli madu di pasaran yang di campur bahan pengawet dan gula tambahan,mahal sikit tapi lebih mujarab untuk perawatan masalah kesihatan.Risau pulak beli yang campuran gula akan jadi masalah kesihatan lain pula nanti.

Madu Tualang Aceh Cik Sue memang rekemen korang beli,rasa sedap,original dan boleh di gunakan seisi keluarga,Lepas ni memang order yang ini je lah lebih senang,tak payahnak tunggu dari kampung dah,untuk pembelian korang boleh tekan link di bawah ye.

Madu Tualang Aceh di Shopee

 

Post a Comment

0 Comments