The Bentong Farm : Petting Zoo Di Pahang


Siapa kata Pahang tiada zoo haiwan yang best? meh Cik Sue nak kongsi dengan korang ,petting zoo menarik untuk bawa anak-anak beriadah dan mengenal haiwan dan alam sekitar serta tumbuh-tumbuhan.

Apa itu Petting Zoo? 

Petting zoo berbeza dengan zoo biasa,petting zoo biasanya pengunjung boleh memegang dan meberi haiwan makan dan kebanyakan haiwan adalah haiwan peliharaan atau haiwan yang jinak,boleh di dekati seperti ayam,itik,arnak,lembu,kambing,kura-kura ,kuda,ikan dan macam-macam lagi.Tujuannya memberi pengalaman kepada pengunjung terutama anak-anak untuk berinteraksi terus dengan haiwan-haiwan tersebut.



Petting Zoo Di Pahang : The Bentong Farm 

Tempoh hari Cik Sue sempat berkunjung ke The Bentong Farm,petting zoo terbaru di Pahang.Dari pengurusan yang sama dengan Farm In The City di Seri Kembangan,jadi konsepnya lebih kurang sama tapi cuma lokasi kali ni di buka di Bentong,Pahang.

Haiwan-haiwan juga yang boleh di dekati,bezanya The Bentong Farm bukan sekadar petting zoo malah ada bahagian kebun dan tanaman yang di buka untuk kunjugan yang datang,bolehlah anak-anak mengenal pokok buah-buahan tempatan termasuk durian dan macam-macam lagi yang ada.

Bagaimana nak ke The Bentong Farm? 

Jika korang memandu dari Lembah Klang bolehlah menghala ke Pahang melalui tol Gombak ,kemudian masuk pekan Bentong menghala ke Kuala Lipis,lepas pekan Bentong perhatikan signboard Air Terjun Chamang di sebelah kiri,masuk simpang tu dan ikut je signboard ke The Bentong Farm,landmarknya di pintu masuk atas bukit ada durian musang king gergasi.

Nak mudah korang boleh Waze atau search sahaja dalam google maps The Bentong Farm,Insya Allah pasti jumpa.

Lokasi The Bentong Farm : https://maps.app.goo.gl/Cs7Mie3K3xNDB1HM9


Apa Yang Ada Di The Bentong Farm? 

Mestilah ada haiwan ,nama pun petting zoo kan,tapi selain itu banyak lagi tarikan menarik di sini tau.Haiwannya pelbagai dari haiwan ternakan hinggalah haiwan dari negara luar mengikut kawasan.

Bermesra dengan haiwan.

Bahagian haiwannya terdiri dari bahagian haiwan Savana seperti rusa kambing dari luar negara,llama dan lain-lain.Ada juga bahagian kura-kura dari pelbagai spesis,dewan paeran yang ada spesis ular,biawak dan reptilia lain.Bahagian burung pula ada pelbagai spesis burung yang boleh juga di pegang dan belai.Ada juga bahagian haiwan ternakan seperti kambing ,lembu,ayam ,itik dan angsa.Ada kolam ikan yang anak-anak boleh sauk ikan ye.Haaaaa nasib baik Mat Ajiq tak terjun kalau tak jenuh la ibu nak tukar baju dia.











Kebun Buah-Buahan.

Selain bahagian haiwan,kebun dan tanaman juga ada,di mana jika musim buah ,kata staf di situ pengunjung boleh menikmati buah-buahan yang ada seperti durian,manggis,rambutan dan macam-macam lagi.Ada juga tanaman padi serta pokok kopi,bahagian kebun ni boleh teroka dengan anak-anak untuk mengenal tanaman dan pokok-pokok ye.Sayur-sayur pun banyak di tanam,pengunjung boleh belajar cara menanam dan memetik.







Glamping dan ATV.

Antara aktiviti lain yang ada di sini adalah Glamping dan ATV .Mana yang rasa nak bermalam di atas bukit di dalam hutan haaa bolehlah cuba ,ada di sediakan kemudahan itu di sini ye,Cik Sue tengok je la,dengan anak kecil payah la pulak,tunggu besar sikit.Ada aktiviti ATV juga kalau nak menjelajah seluruh kawasan dengan ATV,kurang la penat sikit kan hehehhe.



Petting Zoo ni memang best dan selesa untuk bawa anak-anak,kemudahan yang di sediakan pun lengkap seperti kafe,toilet,surau dan ruang rehat.Tak perlu risau atau rushing dah nak cari surau kat luar kan? makanan pun boleh tahan rasanya,dengan minuman sejuk dan kafe yang selesa,di kelilingi pokok-pokok.

Untuk yang suka bergambar memang best la,banyak spot instagramable heheeh replika buah durian musang king,halia bentong dan maggis wajib tuk posing ye.Ada juga replika perkampungan Orang Asli dengan pondok buluh ,yang syokkkkk sangat kalau lepak,boleh tertidur ye.









Pendedahan Dunia Haiwan dan Tumbuhan Kepada Anak-Anak.

Banyak yang anak-anak boleh belajar di sini.Mengenal habitat dan perlakuan haiwan,jenis-jenis haiwan,belajar berinteraksi dengan haiwan dan alam.Teruja anak-anak dapat pegang sendiri haiwan depan mata yang selama ni tengok di buku dan tv atau internet sahaja,selain tu anak-anak banyak dapat belajar tentang cara penjagaan dan sifat-sifat haiwan ,mana yang bahaya dan tidak.Dapat juga memupuk keyakinan diri bila berdepan dengan makhluk ciptaan Allah yang lain dari manusia.

Memang sesuai sangat untuk anak-anak kecil datang ke sini,mesti diorang seronok.Jika berpeluang bawalah anak-anak,tak senyap nanti balik diaorang bercerita heeee.Puas hatilah dengan harga tiket,kemudahan serta tarikan yang ada,lengkap semuanya.



























Harga tiket dan waktu operasi : 


Harga Tiket :

Harga normal :
Dewasa RM68
Kanak-kanak RM58
Warga Emas RM58

Harga MYKad 
Dewasa RM48
Kanak-kanak RM38
Warga Emas RM38

Waktu Operasi :

WEEKDAYS: 10:00 am – 6:00 pm
WEEKENDS: 09:30 am – 6:00 pm

Buka pada Public holiday & cuti sekolah.
Tutup setiap Selasa

Lot 6239-6241, Kampung Orang Asli Sungai Lebak, Batu 3 Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang

Tel :  +6010 283 3655


Post a Comment

3 Comments

  1. Menarik ni kalau musim sekolah ni boleh la parents bawa anak-anak ke sini. Ty nampak ATV je tu hehe.

    ReplyDelete
  2. Wah... Seronok sakan explore petting zoo Cik Sue dan anak-anak! Nampak besar luas kat sana. Free free nanti leh laaa Kak Nina singgah bawak anak-anak

    ReplyDelete
  3. Wah menariknya. yanie nak bawa naak-anak kesini pulak lah.

    ReplyDelete