Ikan Siakap : Mudah dapat,sedap di masak pelbagai menu.

Kalau ke pasar basah atau kedai runcit yang menjual lauk basah ikan siakap selalunya ada di jual,mudah di dapati.Rupanya banyak khasiat ikan siakap ni,nampak macam biasa-biasa je kan.Selalu juga la Cik Sue beli walaupun encik suami tak gemar makan ikan,eh dia tak makan kita masak makan sendiri la kan hehehehe.

Habitat Ikan Siakap 

Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing. Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur.

Ha itu la dia tempat asal ikan siakap ni,isi putih sedap dan lembut di masak macam-macam menu, goreng garing atau berkuah,atau bakar berempah,harga pun tidaklah mahal sangat kan.

Khasiat Ikan Siakap 

Banyak khasiat rupanya ikan siakap ni ,bolehlah selalu masak untuk lengkapkan nutrisi dalam menu seharian,antaranya ialah :



1. Tinggi Khasiat Protein. 
    Ikan siakap seberat 170 gram dapat membekalkan sehingga 35 gram protein.
2. Sumber Vitamin B1 Yang Baik.
3. Membantu Mengawal Tekanan Darah.
4. Sumber Kalsium Yang Baik. 
5. Melindungi Kesihatan Sistem Saraf. 
6. Membantu Mengawal Berat Badan.
7. Baik Untuk Kesihatan Mata.


Resepi Ikan Siakap Sweet Sour Mudah



Selain bakar berempah,Cik Sue selalu masak sweet sour je ikan siakap ni,kekadang buat juga masak lemak tapi jarang la, en suami tak gemar ,dia kalau nak bagi makan ikan kena bergoreng baru dia sentuh juga.Jom Cik Sue kongsi resepi ikan siakap sweet sour yang mudah cara Cik Sue.

Bahan : 

Seekor ikan siakap-cuci bersih perap garam dan serbuk kunyit,Garing garing ,ketepikan .

Tumbuk pecah-pecah : 
Bawang merah -3 biji kecil
Bawang putih -5 ulas
Halia 1/2 inci 

Bahan sos : 
3 helai daun limau purut
2 sudu sos tiram 
2 sudu sos cili 
2 sudu sos tomato 
2 sudu kicap manis 
2 sudu air limau nipis 
garam dan gula 

nenas -potong dadu 
lada benggala -potong dadu 
cili merah hiris
1 biji tomato belah 4
Bawang holland -hiris
kalau suka boleh ketuk cili padi 

Cara : 
Tumis bahan tumbuk  hingga naik bau,masukkan semua bahan sos,masukkan sedikit air untuk kuah,biar menggelegak ,kemudian masukkan bahan-bahan lain,jika mahu kuah agak pekat biarkan lama sikit menggelegak ,kalau nak kuah banyak boleh tambah air sikit.Agak bahan potong dah lembut oleh tuang kuah ke atas ikan goreng tadi.

Senang kan? Selamat mencuba 







Post a Comment

2 Comments