Gastrik : Perkara yang perlu di elakkan

 Apa itu Gastrik ? 

Ramai sebenarnya antara kita menderita gastrik tapi menganggap penyait ini tidak serius sebab tidak kena setiap hari dan tidak terlantar sakit tapi sebenarnya boleh membawa kepada ulser perut jika tidak di rawat dengan baik dan di cegah.Apa gastrik itu sebenarnya? 

"Gastrik adalah keadaan di mana lapisan perut menjadi merah dan bengkak atas pelbagai sebab. Lapisan perut menghasilkan asid dan bahan lain yang berfungsi memecahkan nutrien makanan. Ia juga menghasilkan lendir bagi melindungi perut daripada asid yang dihasilkannya"

Pencernaan dan penghadaman makanan dalam perut juga menjadi sebab berlakunya gastrik,selalunya seseorang yang sibuk selalu menghadapi gastrik dengan kerap.Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).




Sakit ye bila di serang gastrik ,hanya yang pernah kena sahaja tahu seksanya macam mana.Dari sekolah menengah hingga bekerja Cik Sue selalu juga di serang gastrik apabila tidak menjaga jadual makan dan keadaan serta gaya hidup yang tak menentu.Terutama masa belajar di kolej,selalu terlepas sarapan dan stress dengan assignment ,lepas tu makan ikut suka tak ikut waktu ,makanan pula pedas dan berminyak.Sampai masanya terguling-guling la pedih ulu hati,rasa macam nak putus nafas di buatnya.Tambahan pula waktu sekolah menengah hingga kerja Cik Sue memang selalu kena migrain ,jadi pengambilan ubat tahan sakit ponstan yang kerap juga jadi punca kepada gastrik tau.

Punca-punca Gastrik.




Ada banyak punca yang menyebabkan kita mengalami masalah gastrik ini,yang pastinya gaya hidup dan penjagaan kesihatan yang tak betul punca utamanya.Antara punca lain adalah : 

1. Tidak menjaga waktu makan dengan betul dan terlepas waktu makan,selalunya sarapan dan makan tengahari la,ini selalu berlaku di kalangan pelajar dan yang bekerja bila banyak perkara yang perlu di lakukan hingga tidak sedar waktu makan,bila terlepas,konon-konon alas perut dengan makanan segera seperti mee segera dan makanan proses,akhirnya itulah penyebab gastrik dan pedih ulu hati.

2. Tekanan dan stress pun boleh menyebabkan gastrik ye kawan-kawan,asid gastrik akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang.Jadi kena jadi emosi juga sebenarnya.

3.Pengambilan ubat-ubatan tahan sakit juga boleh menjadi penyebab,yang ni Cik Sue selalu la alami masa belajar dulu,asal migrain je ambil ponstan sampai rasa macam ketagih dah ,lepas tu confirm jadi gastrik sampai muntah pening seharian.

4. Berpunca dari kuman Helicobacter Pylorii.

5. Merokok juga menjadi punca ye,yang ni tak pasti la macam mana sebab Cik Sue tak merokok hehehe.

6. Makanan pedas,haaa yang ni selalu dengarkan punca gastrik,makanan pedas jadi lambat dan susah nak cerna jadi perut merangsang lebih banyak rembesan asid perut untuk pencernaan.Ini menjelaskan mengapa makanan seperti cili dan lada mampu meningkatkan kesan thermal makanan (lebih kalori diperlukan untuk mencernakannya, sekaligus meningkatkan metabolisma.

7. Makanan masam contohnya jeruk-jeruk.ada ye orang yang tak tahan dengan makanan macam ni,yang terlalu masam juga meningkatkan kesan asid dalam perut.

8. Makanan berminyak dan berlemak kecuali minyak zaitun agak sukar di hadam dan merangsang juga rembesan asid yang banyak di dalam perut untuk pencernaan jadi ia meyumbang kepada gastrik.
9. Pengambilan alkohol.

10. Penghidap penyakit autoimun : Sistem immunisasi yang sepatutnya berperanan sebagai ketahanan badan terhadap penyakit telah menyerang sel-sel di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut.

Simptom dan Tanda Gastrik

Macam mana nak tahu gastrik dan sakit perut biasa? beza tau,kalau sakit perut biasa kita tak rasa bergas sangat dalam perut dan badan,kalau gastrik ni macam berangin satu badan gitu,dan pedih ulu hati tu memang menyakitkan.Selalunya dengan pengambilan ubat akan  melegakan,antara simptom lain gastrik adalah : 

1. Pedih ulu hati.
2. Ketidakhadaman makanan dalam perut.
3. Perut kembung 
4. Loya
5. Muntah 
6. Hilang selera makan.





Rawatan Gastrik

Apa nak buat jika kena serangan gastrik ini ? ada beberapa cara rawatan yang boleh di buat untuk melegakannya: 

1. Ambil antasid seperti Gaviscon dan ubat lain seperti omeprazole untuk mengurangkan asid perut
2. Elakkan pengambilan makanan panas dan pedas secara berlebihan
3. Elakan pengambilan ubat tahan sakit
4. Untuk radang gastrik yang disebabkan oleh jangkitan H. pylori, doktor akan memberi antibiotik        serta ubat penghalang asid (digunakan untuk pedih ulu hati).

Perkara yang perlu di elakkan supaya tidak terkena gastrik 


Jika selalu mengalami gastrik kenalah ubah gaya hidup atau jaga kesihatan,amalkan perkara-perkara yang boleh di elakkan dari berlaku,antaranya : 

1. Cuci tangan dengan bersih sebelum makan.
2. Makan makanan dalam porsi lebih kecil dan lebih kerap.
3. Elakkan makanan yang menjengkelkan lapisan perut seperti pedas, berasid (misalnya, jus buah), 
    makanan goreng atau berlemak.
4. Kurangkan pengambilan minum beralkohol.
5. Berhenti merokok.
6. Kurangkan tekanan dengan melakukan apa-apa aktiviti yang digemari.

Amalan pemakanan untuk pesakit gastrik.

Selain mengelakkan perkara-perkara di atas yang paling perlu di utamakan adalah menjaga pemakanan seharian supaya tidak di serang gastrik.Susah ye bila kena serangannya,segala kerja tergendala,nampak macam tak serius tapi kalau sampai peringkat dah terguling haa memang ke hospital la jawabnya.Antara tips pemakanan untuk pengidap gastrik adalah : 

1. Makan sikit tetapi lebih kerap – setiap 2-3 jam

2. Elakkan makanan yang memberi simptom gastrik (dibincangkan di bawah)

3. Lebihkan ambilan kompleks karbohidrat yang rendah glisemik indeks dalam makanan seharian seperti roti perang, oat, beras perang dan buah-buahan.

. Jangan tinggal / skip waktu makan utama dan snek

5. Jika mahu makan protein, gabungkan dengan sedikit karbohidrat dan serat. Buat snek seperti wrap.

6. Jangan baring dalam 2 jam selepas makan.

7. Berhenti merokok.

8. Minum air yang cukup seharian – 2 liter

Halia membantu melegakan pedih ulu hati dan kembung perut.



Cik Sue pula bila di serang kembung perut atau pedih ulu hati ,apa yang selalu Cik Sue amalkan adalah serbuk halia premium Halia#No1 ni,kualiti premium.Selalunya buat bancuhan letak perahan lemon dan madu,atau lemon dan halia sahaja.

Alhamdulillah memang sangat membantu,tak perlu kuantiti banyak pun,secubit serbuk halia dan perahan lemon dalam air suam sudah cukup,lagi bagus jika di amalkan setiap hari.Banyak kebaikan halia ni sebenarnya bukan untuk legakan gas serta angin dalam badan sahaja,membantu penghadaman juga sebenarnya.



Dan bertahun Cik Sue amalkan penggunaan serbuk halia ni ,satu keluarga boleh guna dengan bancuhan yang betul.Bukan masalah penghadaman dan perut sahaja,ia juga membantu menguatkan sistem imun badan ,tidaklah selalu selsema dan demam.


Nak dapatkan halia premium yang di tanam secara organik ini? tanpa campuran ye 100% original halia sahaja.

Boleh whatapps Cik Sue ye http://www.wasap.my/+60179397536



Post a Comment

2 Comments

  1. Kalau makan serbuk halia ni mau sendawa banyak kali ni. Buang angin dalam badan jd badan pun ringan. Kurang la pening kepala.

    ReplyDelete
  2. Nak amalkan halia tu, jenuh. Huhuhu!

    ReplyDelete