Kacang Botor : Sayur murah banyak khasiat.

Sayur kacang botor agak mudah di temui di pasar-pasar dan kedai runcit berdekatan kita ,antara sayur yang murah dan banyak khasiat.Sayuran ini juga mudah tumbuh jika di tanam di kawasan rumah,kadang-kala campak sahaja benih tanpa penjagaan teliti pun boleh tumbuh merimbun.


Asal -Usul Kacang Botor

Di katakan sayuran ini berasal dari Papua New Guinea,sesuai dengan iklim tropika dan hujan lebat di kawasan khatulistiwa,jadi sesuai la dengan keadaan negara Malaysia dan nusantara.Pucuk dan buahnya boleh di jadikan hidangan sayuran yang berkhasiat.Nama Kacang Botor ini ada pelbagai mengikut tempat dan budaya,antaranya: 

Semenanjung Malaysia : Kacang Botor,Kacang Kelisa,Kacang Sirek 
Jawa : Cipir,Kecipir
Melayu Pontianak : Kacang Kumbotor 
Palembang : Kacang Embing 
Minangkabau : Kacang Belimbing ,kerana bersayap mirip buah belimbing.
Sunda : Jaat 
Bali : Kelongkang 



Cara Penanaman 

Pokok Kacang Botor ini adalah tumbuhan memanjat ,menjalar.Jika di tanam pada skala pertanian para atau penyangga akan di buat tapi bagi tanaman di rumah dan kebun kecil biasanya akan di tanam berdekatan pagar atau tiang untuk pokok menjalar naik dan jenis akar serabut dan panjang.

Penanaman adalah melalui biji benih yang akan bercambah dalam masa 5-7 hari ,dan normalnya selepas dua bulan akan mengeluarkan bunga dan buahnya boleh di petik paling awal 20 hari selepas bunga keluar dan maksimum selepas 65 hari.Pokok ini tidak memerlukan banyak baja nitrogen tetapi masih memerlukan baja lain seperti fosforus dan kalium.

Khasiat dan zat dalam kacang botor 

Nampak macam sayuran biasa-biasa je kan,rupanya banyak khasiat kacang botor ni.Malah boleh di masukkan dalam menu diet sebenarnya ,untuk kanak-kanak pun sesuai.Antaranya ia mengandungi Fiber,protein,kalsium,iron,magnesium,potassium,zinc,thiamine,lysine (menambah selera makan anak-anak) .niacin dan banyak lagi.Ohhhh sangat berkhasiat ye.

Dan manfaatnya memang bagus dan banyak untuk tubuh badan kita antaranya :
-Merendahkan kalori
-Tinggi protein
-Mengandungi lemak sihat
-Bantu keanjalan kulit dan kesihatan kulit 
-Menyokong Imuniti tubuh 
-Sihatkan kuku dan gigi
-Melawan Anemia
-Kurangkan sakit kepala dan migrain
-Halang kerosakan mata
-Halang diabetes

Wahhhhhh,tak sangka banyak betul khasiatnya,lepas ni boleh la tiap minggu masukkan kacang botor ni dalam menu kat rumah kan mak-mak,dan ajar anak-anak makan sayuran ni.



Cara makan ,masak dan resepi.

Macammana nak makan sayur ni? nak di masak apa? di buat ulam semata-mata ke? Selalu kalau nak cepat memang Cik Sue buat ulam sahaja,mentah-mentah cicah sambal tempoyak atau budu.Selain itu boleh juga di buat kerabu,di campur dalam asak lemak atau masak tempoyak dengan ikan atau ayam,atau di goreng kilas pun sedap juga bersama sayur lain dan rencah bawang.



Contohnya macam Cik Mat ni dia buatkan kerabu,memang sedap la makan dengan nasi panas-panaskan boleh tengok resepi di Resepi Kerabu Kacang Botor 

Kalau jenis tumis atau goreng boleh tengok Resepi Kacang Botol Tumis Belacan ni ye.


Lepas ni bolehlah kita selalu ambil kacang botor ni dalam menu harian,kedai aceh pun banyak jual,nak senang tanam je lah dalam pasu heheheh.



Post a Comment

1 Comments