10 Gram di Ayer@8 ,Putrajaya - Restoran berdeko cantik ,makanan sedap

Hi semua ,Cik Sue nak kongsi dengan korang satu kedai atau restoran ke kafe eh entahlah yang pasti tempat makan best kat Putrajaya yang masih baru lagi bertapak.Jumaat lepas sempat hadir dinner dengan bff yang dah lama tak jumpa,sejak pkp dulu memang payah la nak berkumpul ramai macam ni,kalau jumpa sorang-sorang tu time hantar barang atau ada urusan je la.Jadi kebetulan semua free sempatlah kami dinner dengan tetamu dari seberang tambak yang tak lama lagi jadi orang sini  hehehhehe.


Hiasan cantik,ruang selesa.

Dari luar nampak simple je,bila masuk wahhhh cantik dekonya ,instagramable sangat,kemas dan cantik,kalau jenis yang suka berfoto nak upload gambar cantik-cantik kat media sosial haaa sini la tempatnya.Best kedai deko cantik ni kalau nak buat makan-makan harijadi ke apa-apa sambutan ke tak payah nak request hias sangat ,dah cukup deko yang ada.





Ruang makan pun selesa dan luas,pemandangan cantik waktu siang mengadap tasik putrajaya dan masjid besi,malam pula cantik dengan kerlipan lampu bangunan dan imbasan air tasik,memang tenang,eh romantik juga kalau makan berdua dengan yang tersayang,lama pulak tak romantik dengan yang tersayang eh tiberrrr hahahahha.



Makanan sedap,memikat selera,harga berbaloi.


Datang kedai maka mesti la nak makan kan? tempat dah cantik ,macam mana dengan makanan? Alhamdulillah semua makanan yang kami pesan sangat menepati selera,sedap di tekak kami,berbaloi dengan harga yang di bayar,semua rasa ngam je dengan tekak kami ,paling Cik Sue suka Thick Cube Toast diaorang ,sedap betul,macam french toast makan dengan aiskrim dan madu ,tak manis leting ,ngam-ngam je.Dan sebagai penggemar pasta Cik Sue rekemen korang cuba Tomyam Carbonara Prawn,memang padu beb kuah dia,serius another level punya spageti hehhehe.


Portion hidangan agak banyak untuk orang yang tak kuat makan ,tapi kalau datang dalam tahap kelaparan yang tinggi habis la kot hehhehe,kalau rasa tak kuat makan better share je.Menu lain pun memang kena dengan selera ye,bukan menu ala western je,tapi nasi dan lauk pauk pun ada,so kalau datang satu family nak makan menu yang pelbagai mudah la,biasa la anak-anak kan selalu nak makan ringan-ringan,bapa-bapa nak makan nasi hehehehe...

Ni makanan yang kami order : 

Pizza Ultimate 

Thick Cube Toast 

Grilled Chicken Chop with
Tomatoes Spaghetti


Nasi Ayam Goreng Sambal Belado 

Ikan Keli Goreng Sambal Lado 

Spaghetti Tomyam Carbonara Prawn 

Spicy Chicken Finger 

Ni pula minuman yang kami order : 

Paling menarik air Rainy Day ni ye,kemain macam awan kepuk-kepuk gitu,nak minum pun pelik dok teruja dengan awan dia hahahah sebenarnya itu cotton candy atau gula2 kapas yang di letak di atas,bila wap kopi panas tu akan mencairkan gula tu,lalu menitik jatuh dalam kopi ,macam hujannn...heheheh cicah plak dengan biskut tu ,haaaa gittewww kelllass kauuu...hahhaa unik kan? 

Rainy Day 

Nectar Latte

Yang Nectar Latte ni plak sedap,dia bagi tuk kita bancuh sendiri la nak takat mana pekat kopi latte tu,n bawah sekali dalam cawan tu ada madu,sedap ye,lemakkkk ,lain dengan latte biasa.

Coklat Leleh 

HoneyDew 

Passion Fruit 

Cik Sue suka Passion Fruit ni,menyegarkan sangat rasa dia sampai 2 kali order hehehehhe yang ni ngam kalau korang makan Spageti Tomyam Carbonara tu,gabungan serasi.




So,apa tunggu lagi,cepat book seat atau plan ajak kawan- kawan dan orang tersayang ye....bila lagi nak spend time dengan diorang kan...Kami pula malam tu pulang dengan kekenyangan,dan perut yang happy sebab dapat makan sedap hehehehe...anak- anak pun seronok dapat jumpa dan makan menu yang sesuai dengan mereka.

10 gram ni ada beberapa cawangan lain korang boleh tengok di website diorang ye ,dan siap ada menu ,so boleh plan dari rumah nak order apa,tak yah nak fikir lama-lama kat sana ye.


Address: 

A1-G-01, Ayer@8, Jalan P8E2/10, Presint 8, 62250 Putrajaya

Business hours:Mon~Sun: 10am - 11pm

Contact number:018-2889280


Post a Comment

2 Comments