Jom belajar tentang coklat di Chocolate Museum , Kota Damansara.

Cuti umum hari kebangsaan yang lepas Cik Sue sempat bawa anak-anak isi masa di Chocolate Museum yang terletak di Kota Damansara,memang seronok masing-masing,selama ni beli coklat kat kedai je kali ni bawa diorang tengok sendiri macam mana coklat di hasilkan dan dari mana datangnya coklat.Mulanya ingat nak bawa tengok perarakan merdeka tapi tak larat pula nak bersesak ramai-ramai dengan anak kecil.Jadi kita buat lawatan je la ye heheheh.


Berbaloi bawa Humaira dia memang enjoy betul dengan aktiviti kat sini,dari awal masuk sampai la balik,dah sampai rumah pun tetap seronok ,haaaa gitu.Di buka pada 2013 ,muzium ini adalah yang pertama di Malaysia yang menerima beribu pelawat setakat ini.Di sini pelawat boleh mempelajari bagaiman coklat di hasilkan,bagaimana sejarah perjalanan coklat dari mula terhasil hinggalah ke hari ini.Segalanya tentang coklat ,pelawt boleh lihat kat sini ye,nak try buat coklat sendiri pun boleh.

Harga tiket masuk ke Chocoate Museum.

Harga tiket masuk sangat berbaloi ye,murah sangat tu,boleh sangat bawa satu family datang sini.Tambahan dalam bangunan,tak lah berpanas.



Types Of Visitor

Normal Price

Fees

( Promotions )

Adult (18 years and above)

 

 

RM10

RM 5

Children of student ( 7 years and above )

With valid identification card or in school uniform

RM 3

Pre School Children and below 6 years old

RM 2

Disable Person or Kids below 3 years old

Free

Free Entry


Kalau yang nak datang berkumpulan atau rombongan boleh la hubungi diorang dulu tuk tempahan dan harga pakej.


Apa yang menarik di Chocolate Museum Kota Damansara? 


Banyak benda yang menarik untuk di pelajari dan di lawati dalam muziumni berkaita coklat.Antaranya:

1. Model keretapi indoor terbesar di Malaysia.
2.M&M Chocolate Art (1st in Malaysia) yang memaparkan potret Tun Mahathir dan Tun Hasmah.
3. Replika kapal bersejarah dan koleksi-koleksi lain.
4. Replika KLCC Tower terbesar di perbuat dari pada coklay yang mengambil masa hampir 6 tahun untuk di siapkan.
5.Crazy Mirror Walls
6. 1st Loacker Town in the world
7.Venetian 3D Interactive Painting 
8. Artistic Chocolate Scuplture Collection - koleksi skupltur dari coklat ,ada macam-macam bentuk ye dari superhero sampai bangunan.
9. 100 Original Cow Parade Figurines -koleksi replika lembu dari seluruh dunia.
10. Giant reading books -sejarah tentang coklat serta pengaruh coklat dalam tamadun manusia dari mula di temui sampailah sekarang.

penyambut tetamu hehehe

replika pokok koko asal usul koko tuk jadikan coklat

khusyuk anak-anak dengar penerangan

biji koko mentah yang akan di proses tuk jadikan koko seterusnya coklat


giant reading book yang memaparkan sejarah coklat 

pengaruh coklat dalam kehidupan manusia


replika yang di hasilkan dari coklat

koleksi bersejarah

inovasi coklat perisa tempatan 

potret Tun dari coklat m&m 


replika klcc dari coklat 

boleh lihat juga pemandangan dalam kilang coklat

mesin proses coklat dari berkurun zaman dahulu

boleh juga melihat demo penghasilan coklat 


Selain itu ada juga bengkel pembuatan coklat yang boleh pelawat sertai tapi kena call dulu la ye untuk tempahan slot.Di sini bolehlah belajar buat coklat dan deko coklat,ada macam-macam pakej tu ,jadi jangan lepaskan peluang ye,kalau cikgu-cikgu sekolah ke nak bawa pelajar ,boleh hubungi mereka untuk diskaun atau tempahan ye.


Humaira Seronok Sertai Bengkel Coklat .

Masa lawatan hari tu Cik Sue bawa juga Humaira sertai bengkel deko coklat dan pembuatan kiub coklat.Memang seronok betul dia siap boleh bawa balik coklat lagi.Tapi paing kelakar belum sempat deko dia dah masuk mulut coklatnya hahahaha rompong pulak coklatnya hahahha sabor je la ibu dengan kamu ni kakak.


Setiap orang di beri stesen dan bahan serta alatan untuk mendeko coklat,chef dan pembantu akan menunjukkan cara serta contoh yang perlu di buat,kemudia kanak-kanak akan menunjukkan kreativiti mereka tuk buat sendiri.


father daughter moment 

Sesi kedua kanak-kanak di beri coklat berbentuk kasut atau handbag dan mereka perlu menghias mengikut kreativiti sendiri,Humaira dapat kasut dan ibu kena buat sama-sama ,jadi itulah hasilnyaaa hahahhah bolehlah tangan tak bedungkan hahahha.






Selain dari itu kat sini juga ada perkhidmatan customize chocolate untuk tempahan souvenir sebarang majlis ,contohnya majis kahwin,perasmian ,cenderahati atau hadiah peribadi,boleh hubungi pihak muzium untuk perbincangan tempahan ye.Harga pun berpatutan serta di buat dengan teliti ,handmade ye,bukan mesin.








Memang seronok bawa keluarga dan anak-anak datang sini,sebelum balik bolehlah memborong coklat di chocolate shop untuk cenderahati bawa pulang,Cik Sue pun sempat beli kebetulan cuti sekolah bawa balik tuk anak-anak saudara.

Harga masuk Chocolate Museum Kota Damansara

Ni pula harga tiket masuk ye,tak lah mahal mana,masih mampu,ini tak termasuk harga bengkel coklat ye.

Types Of Visitor

Normal Price

Fees

( Promotions )

Adult (18 years and above)

 

 

RM10

RM 5

Children of student ( 7 years and above )

With valid identification card or in school uniform

RM 3

Pre School Children and below 6 years old

RM 2

Disable Person or Kids below 3 years old

Free

Free Entry


Sesiap yang nak datang secara berkumpulan, korang boleh layari www.chocolatemuseum.my untuk tempahan

Kalau nak ke sini,di bawah ni detail ye : 

Chocolate Museum @ Kota Damansara
No 2 Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara
Selangor
Waktu operasi : Isnin - Ahad ( 10 pagi hingga 5 petang )

Contact
Chocolate Museum Customer Service/Booking ( 0179104439 )
Chocolate Museum Shop ( 0172084892)
Chocolate MuseumOffice ( 0374904260 )

Untuk lebih lanjut boleh layari

p/s :

Kenyang Humaira melantak coklat sampai ke rumah heheheh maknya pun tumpang sekaki la kikiki.

Post a Comment

2 Comments