Humaira dan doktor gigi

Dah lama sebenarnya nak bawa Humaira check gigi ,dulu pernah la masa ulang-alik checkup sekali imunisasi dia masa kecil,dalam umur setahun lebih pernah check sekali tapi masa tu giginya tak penuh lagi.Kali ni kebetulan ayahnya sakit gigi nak kena cabut,terus register dia sekali, orang pun tak ramai masa tu ada 3 pesakit je.

Alhamdulillah doktor dan staf Klinik Pergigian Nour di Presint Diplomatik Putrajaya sangat baik dan professional,pandai pujuk dan layan.Mula-mula dia tak nak juga,dok takut la,risau kena cabut gigi la,pujuk-pujuk bagitahu gigi dia tak de rosak cuma doktor nak kira je ada berapa hehehehhe terus ok.




Selesa klinik ni,budak-budak masuk terus on Netflix movie kartun ,haaa seronok la ,yang kecil tu pun kemain melasak.Sampai giliran Cik Sue pun bawa la Humaira masuk,ingatkan tak boleh teman,eh boleh je tapi dok tepi pintu diam-diam ye maknya hahahah,doktor nurse pun baik je layan dia,so okey je la dia,siap ada tv pasang Doraemon plak haaa ralit terus.




Baca juga : Ubat Sakit Gigi.

Alhamdulillah,gigi Humaira tak de yang rosak,berkat tiap-tiap malam kena paksa ngan ayah berus gigi sebelum tidur hhehheehe,ayah sangat menjaga ye gigi anak daranya sebab dia ngeri kalau sakit gigi hahahahha,ibu ni membebel gitu la,kang kalau penat segalanya lupa kikiki.Gigi susu kalau rosak ,cabut akan tumbuh gigi kekal pula.Tapi kena la jaga juga karang sakit,mak ayah jugaaa yang susah nak melayan kan? Setakat ni doktor kata giginya semua ok cuma ada plak sikit-sikit belah belakang ,agaknya nak cepat dia tak berus sampai belakang la tu.


siap pakai spek ye,silau lampu tu ...


Baca juga : Ulser kepada bayi 


Ok,kesimpulan dari check gigi Humaira,gigi susunya tumbuh elok dan gigi kekal pun dah ada 1 atau 2 di bahagian belakang/geraham ,uishhhh cepat betul.Doktor kata normal,dah usia dia 6 tahun ke atas akan keluar dah sikit-sikit gigi kekal.Haaa kena jaga betul-betul la,kalau rosak tak de ganti dah huhuu.Siap doktor tu terangkan kat dia sendiri,dan dia faham.Cuma bahagian depan je masih gigi susu,jadi akan rongak nanti nak ganti gigi kekal.




Banyak juga doktor tu bagi penerangan tentang gigi susu dan cara penjagaan serta apa proses nanti bila nak dapat gigi kekal,dah usia besar takde la demam nak tumbuh gigi dah cuma rasa tak selesa je la ehehhehe.





Boleh baca lanjut di SINI 

Alhamdulillahhhh,ibu lega betul dah tahu tahap kesihatan gigi anak,ye la kan tak mahu la jadi macam kita nanti tak jaga elok-elok,sakit la ,berlubang la,penjagaan gigi dari awal lebih bagus.Terapkan dari kecil jadi dah besar dia ada kesedaran sendiri tentang kesihatan dan kebersihan.Sekarang ibu ayah tak payah ingatkan dah,dia sendiri tahu ,aklau nak masuk tidur,gosok gigi dulu,malam-malam tak boleh makan makanan manis.Yeayyyy senang kerja ibu hahahhaa.

Yang ibu tu bila pulak nak gi check gigi tu ......errrrrrr (sejenis penakut juga,kecik-kecik doktor gigi datang sekolah,lari panjat pagar oiiii hahahahhha) 

Post a Comment

5 Comments

  1. Memang normal gigi kekal keluar umur ni, tp tulah mmg kena jaga, dah 2 gigi kekal rayyan muncul

    ReplyDelete
  2. Bagus humaira elok jer jmpa dentist

    ReplyDelete
  3. Gigi anak memang kena jaga dari kecik. Besar cantik je. Bagus humaira. Klinik pun nampak selesa

    ReplyDelete
  4. Medina pun nak kena bawak jumpa dentist jugak ni. Btw klinik ni nampak selesa

    ReplyDelete