Bingkai bergaya dan Spek Murah di Eyeprovision

Last buat spek sebelum pkp Covid19 tahun 2018 kalau tak silap,dah 2 tahun lebh rasanya mata pun dah naik bacaan rabun dan silau.Tambahan sepanjang pkp asyik mengadap laptop dan handphone buat kerja malam-malam,lagi laaaaa bertambah naik bacaan.

Kedai Cermin Mata Eyeprovision.

Kedai yang pastinya menjadi pilihan Cik Sue sejak bertahun dah,mudah kat sini,korang kena cuba sekali pasti datang berkali-kali tau.Jadi Cik Sue ajaklah Mr D pergi kejap,spek lama dah nazak sangat bingkai pun,tunggu masa nak patah je,buat kerja seharian dengan anak kecil,Mat Ajiq pula jenis tak boleh tengok ibu pakai spek,memang dia akan tarik la,terus lempar ye huhuuu stress ibu.


Tengahari hari Sabtu,dalam pukul 11 pagi,pelanggan penuh lagi dalam kedai,jadi Cik Sue jalan-jalan dulu la dalam Sungei Wang Plaza tu,banyak juga kedai-kedai best.Dah nampak tak ramai baru Cik Sue masuk,haaa terus teruja nampak bingkai stok baru yang cantik dan trendy tu,biasa Cik Sue akan pilih bingkai yang kecil sebab rasa muka dah selebar pinggan hahahah tapi kali ni nak try yang berbeza la sikit,cari gaya baru orang kata,yang up to date dan fresh sikit.Umur dah meningkat tapi kita nak yang nampak fresh gitu ye hahahah.






Banyakkan pilihan yang cantik-cantik bingkainya,Cik Sue dok pegang laaaa yang rose gold tu dari awal masuk,tergoda pula wara-warna macam tu.Kali ni pilih yang besar sikit ,buat perubahan sikit la dari segi gaya kan hehehe,selalu yang kecik je.


Staf peramah dan membantu.

Antara salah satu sebab Cik Sue suka datang ke Eyeprovision ,staf dan bos mereka sangat peramah dan membantu.Cara mereka layan pelanggan pun bagus,penerangan jelas dan mudah di bawa berbincang ye,bagitau je kita nak macam mana,dan apa masalah kita.Pasti di layan 100% tau.


Promosi murah dan proses yang cepat.

Eyeprovision juga masih menawarkan promosi bingkai dan cermin multicoated untuk power sehingga 400 hanya RM65 sahaj tau,so sesiapa bacaan power bawah 400 tu meh cepat grab promosi ni,bebraloi sangat ye,zaman-zaman gawat ni mestilah nak berjimat kan.



Sampai giliran kita check mata dulu nak tengok bacaan terbaru tahap kerabunan dan silau ata Cik Sue ni.Jangan risau pemeriksaan mata di sini teliti ye,dengan mesin dan manual untuk dapatkan bacaan yang tepat.

Huuuu,makin tinggi silau mata Cik Sue rupanya,banyak main phone dalam gelap la ni ,biasa la mak-mak kan tidokan anak sambil main handphone dalam bilik.Rabun jauh pun makin naik ,makin tinggi la powernya ,alahaiiiii lepas ni kena lebih menjaga mata la,tapi dah tua-tua ni biasa la rambut makin beruban,mata makin kabur,fitrah alam katanya hehehhehe.


Lepas siap check mata dengan mesin dan manual,pilih bingkai spek yang Cik Sue berkenan,terus pilih jenis cermin pula, dan Cik Sue pilih Lens Alpha Blue 420 yang sesuai sangat untuk masalah silau,memandu waktu malam yang selalu mengadap komputer dan gajet,bagusnya lens ni 100% menghalang sinaran biru dan ungu, jadi bagusah untuk mata kita.


Amacam? cantik tak spek baru Cik Sue? Mr D kata ala-ala budak U pula spek besor heheheh comel apa kan hehehe,baru la nampak muda sikit walau dah tak berapa tua hahahha....Jom korang datang Eyeprovision ye,kalau nak buat spek baru,memang berbaloi,perkhidmatan memamg tiptop diorang bagi,harga pun mesra marhaen gitu hehehehe.


 More Info :

EYE PRO VISION
GROUND FLOOR G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR.
Facebook Page : Eye Pro Vision
Instagram : Eye Pro Vision
 

Post a Comment

0 Comments