Bulan Taksir Zakat bersama LZS
Assalamualaikum semua,kali ni Cik Sue nak war-warkan tentang bulan taksir zakat yang diadakan oleh Lembaga Zakat Selangor berakhir pada 31 Julai 2022 nanti.Ini sebagai galakan dan usaha untuk memudahkan lagi pembayaran zakat kepada penyumbang zakat di Selangor.
Sempena ini juga,sesiapa yang membuat taksiran zakat serta membuat pembayaran akan berpeluang memenangi hadiah ,haaa menarikkan?
Objektif kempen Bulan Taksir Zakat
- Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
- Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
- Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
- Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.
Cara taksir zakat
Bagaimana nak taksir zakat? mudah je.Korang pergi je ke laman web lembaga zakat selangor dan boleh masukkan kiraan mengikut zakat yang anda nak tunaikan atau download je aplikasi zakat selangor dan gunakan kalkulator yang di sediakan,mudah sangat tau.
Tak de alasan dah kan untuk tunaikan zakat anda,semua di hujung jari dalam zaman serba moden ni.Antara mahu dengan tidak sahaja kan.Atau pun kalau tak pasti macam mana nak masukkan kiraan ,boleh je berkunjung ke mana-mana cawangan LZS atau van bergerak pun banyak di kawasan-kawasan awam boleh tengok update di laman sosial mereka untuk khidmat nasihat.
Bayar Taksir Zakat Dan Menang Hadiah Menarik
Sempena Kempen Bulan Taksir Zakat, bila korang dah buat taksiran secara online, korang boleh menebus baucar KFC sebanyak RM5 selagi stok masih ada di aplikasi LZS ye.
Siapa yang bayar zakat pula selepas taksir berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik seperti :
Hadiah utama : Yamaha Lagenda 115Z FI
Hadiah Kedua : Nintendo Switch OLED
Hadiah Ketiga : Smart Watch Garmin
10 Hadiah Saguhati : Galaxy Tab A8
Kelayakan menyertai cabutan pemenang kempen Jom Taksir Zakat:
- Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
- Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
- Membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
**Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
**Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.
Kelayakan penebusan baucar selepas Taksiran Zakat:
- Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
- Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
- Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS berdekatan.
Nak tau lebih lanjutberkenaan Kempen Bulan Taksir Zakat ni boleh layari: https://jom.zakatselangor.com.my/
Semak Rekod ,Permohonan dan sebarang urusan
Jika korang pembayar zakat mesti nakkan rekod untuk pelepasan cukai kan,ha mudah je.Korang boleh semak melalui EZO atau ezo.zakatselangor.com.my
Lembaga Zakat Selangor sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan penyimpanan dan semakan rekod buat pengeluar zakat. Selain membayar zakat, korang juga boleh menyemak permohonan, bayaran dan rekod-rekod lain melalui EZO.
Agihan zakat LZS merangkumi semua
Bagi pembayar zakat ,semestinya kita mahu melihat dan tahu kemana zakat kita di salurkan.Lembaga Zakat Selangor yang Cik Sue tahu memang pantas dalam menyalurkan sumbangan dan bantuan zakat kepada mereka yang layak dan memerlukan.Tanpa mengira apa sahaja kesusahan samada golongan asnaf atau mereka yang di timpa bencana.Seperti yang terbaru ini bantuan di salurkan kepada mangsa kebakaran di Pekan Sabak,Sabak Bernam,Selangor.
"8 buah kedai hangus terbakar, termasuk kedai peniaga muslim.
Kami telah mendapat maklumat daripada Penolong Amil Kariah dan orang awam berkaitan kebakaran besar yang berlaku di Pekan Sabak.
Kebakaran tersebut melibatkan lapan deretan kedai lama dua tingkat, di Jalan Menteri, Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor musnah dalam kebakaran lewat malam semalam. Daripada jumlah tersebut, turut terlibat dalam kebakaran itu ialah sebuah premis milik orang Islam iaitu Restoran Haifa.
Hari ini Zakat Selangor telah turun kelapangan bagi menziarahi pemilik Restoran Haifa tersebut dan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban beliau"
"8 buah kedai hangus terbakar, termasuk kedai peniaga muslim.
Kami telah mendapat maklumat daripada Penolong Amil Kariah dan orang awam berkaitan kebakaran besar yang berlaku di Pekan Sabak.
Kebakaran tersebut melibatkan lapan deretan kedai lama dua tingkat, di Jalan Menteri, Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor musnah dalam kebakaran lewat malam semalam. Daripada jumlah tersebut, turut terlibat dalam kebakaran itu ialah sebuah premis milik orang Islam iaitu Restoran Haifa.
Hari ini Zakat Selangor telah turun kelapangan bagi menziarahi pemilik Restoran Haifa tersebut dan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban beliau"
Semoga beliau tabah dan sabar dengan dugaan musibah ini. Terima kasih juga kepada pembayar zakat. Zakat anda kami salurkan kepada mereka yang memerlukan.
Kredit: Team Operasi Agihan Daerah Sabak Bernam
Alhamdulillah dengan pendedahan begini,kita pun senang hati kan bila tahu ke mana zakat kita di salurkan,malah dapat membantu mereka yang dalam kesusahan.Oleh itu marilah kita bekerja keras hingga mampu membayar zakat untuk kepentingan umat Islam sejagat.
Info lanjut boleh layari
Website: https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
4 Comments
Wahhh menarik kan. Sambil berzakat ada peluang untuk dpt hadiah gk
ReplyDeleteBagus betul LZS ni adakan Program sebegini. Secara tak langsung mengingatkan kepada semua individu untuk menunaikan tanggungjawab mereka masing-masing selain habuan memenangi pelbagai hadiah menarik tu. Good inisiatif.
ReplyDeleteNice sharing..baru tahu cara taksir zakat
ReplyDeleteBaguslah ada apps macam ni, menyenangkan. Hadiahhh menarik!
ReplyDelete