Siapa kat sini penggemar pakaian atau barang bundle? Tambah-tambah bundle premium dari Jepun? Haaa Cik Sue la salah sorangnya ,dan pilihan Cik Sue dalam beberapa tahun ni adaah Sasuke Premium Outlet yang cawangannya terdapat di beberapa tempat seperti Bandar Baru Bangi,Danau Kota dan Kajang.
Hari tu sebelum raya haji,sempat Cik Sue follow Ty dan Uzu ke Vintage Festival Bangi,sebab utama adalah Sasuke Premium Outlet ada buka booth dan ada diskaun untuk barangan mereka.Kami pun apa lagi masa tuk menyelam bundle la.Festival ni berlangsung di perkarangan Mcdonald Bandar Baru Bangi.
Apa yang bestnya layan bundle kat Sasuke Premium Outlet ni? Cik Sue suka sebab banyak pilihan dari pakaian harian,jaket,hoodie cantik-cantik,baju winter tuk korang yang suka melancong time musim salji tu kan,bukan pergi dok lama pun nak beli baju mahal- mahal ,bei yang bundle kat sini je,cantik-cantik lagi dan masih berkualiti ,malah ada yang macam baru lagi tau.Sasuke juga menyediakan pilihan barangan lengkap seisi keluarga,beg ,kasut,pakaian lelaki,wanita ,pakaian kanak-kanak.Jadi kalau korang nak shopping tuk seisi keluarga pun berbaloi ye.
Cantik-cantikkan? puas hati sebab kualitinya memang premium bukan cikai-cikai ye,ada tu nampak macam baru lagi,dah memang susah nak jumpa yang rosak atau kualiti yang tak elok,semua tiptop.Design pakaiannya pun banyak yang cantik-cantik dan masih intrend orang kata.
Dah dapat yang berkenan di mata kat festival tu,Cik Sue dan Mr D putuskan nak ke outlet Sasuke di Bandar Baru Bangi pula sebab Mr D tak jumpa yang berkenan di mata,memandangkan stafnya bagitahu banyak lagi stok lain kat kedai boleh pilih ,dah alang-alang kami kat sini,terjah la terus.
Best shopping kat outlet Sasuke Bandar Baru Bangi ni,rasa masuk butik mahal lak hehehehe,mula-mula masuk Mr D tak de mood ,penat dia kata ,sekali dah nampak jaket dia nak dan ada yang dia berkenan ehhhh segar pulak.Cik Sue pula dok cari seluar jeans tuk anak-anak,kat sini dalam RM15 dah dapat seluar jean atau baju anak-anak,dan premium ye kualitinya ,ada Cik Sue dapat bajunya macam tak pernah pakai lagi.
Bukan sahaja baju kanak-kanak,blouse wanita,jean lelaki wanita,beg,handbag,kasut sukan dan topi cap pun ada,semua kualiti sangat memuaskan hati dah la harga semua mampu milik,harga marhaen orang kata,harga bundle kualiti butik maaaa heheheh,berbaloi sangat.
Program Renew Sasuke Premium Outlet
Oh ya,Sasuke juga mengadakan program Renew tuk korang yang ada pakaian,cadar,langsir,jaket,topi dan lain-lain yang boleh di jual semula ,Maknanya yang cantik elok sebagai barang preloved la,ha boleh bawa ke cawangan Sasuke Premium Outlet Danau Kota dan Kajang ye.Tapi pastikan tak kotor dan rosak ok,yang semenggah la tuk di pakai balik haaaa gituuuu.
Mcam mana caranya? Ha korang bawa barang yang korang nak jual tu ke cawangan Canau Kota dan Kajang,sampai sana korang :
1. Isi borang RENEW PROGRAM
2. Bagi pakaian yg kita nak jual kat staff sasuke
3. Staff sasuke akan sorting/asingkan mengikut jenjs baju dan gred
4. Lepas tu dia akan timbang asing-asing pakaian kita. dia tak timbang sekali
5. Bila dah dapat berapa kilo berat baju , dia akan tulis dlm borang tu..
6. Lepas tu akan di darabkan dengan berapa kilo yg diorang
7. Korang akan dapat rm10 baucer utk shopping di Sasuke.
Untuk Matlumat Lanjut
Facebook :
https://www.facebook.com/sasukepreloved/Instagram :
https://www.instagram.com/sasukepremiumoutlet_official/
Jom kita shopping di Sasuke Premium Outlet dan recylce pakaian dan barang preloved untuk kesejahteraan bumi eh tiberrrr....hehehheheh
0 Comments