Dah masuk minggu kedua Ramadhan tahun ini,cepat sangat masa berlalukan.mesti ramai yang mencari dan merancang tempat berbuka puasa di luar bersama keluarga dan rakan-rakan sekalian,tambahan dah ada yang dapat gaji dan bonus serta pengeluaran kwsp,mestilah nak raikan orang tersayangkan?
Bagi yag berada di sekitar Port Dickson serta kawasan yang berdekatan ,meh Cik Sue rekemenkan satu tempat buffet Ramadhan yang sangat berbaloi untuk korang bawa orang tersayang.
Warna-Warni Ramadhan Ancasa Residences Port Dickson
Cik Sue berkesempatan menjamu selera di buffet ramadhan Ancasa Residences ini sewaktu staycation singkat baru-baru ni,3 hari 2 malam di sini memang berbaloi,nanti Cik Sue cerita di entry lain ye tentang staycation tu,kali ni nak rekemenkan korang buffet ramadhan yang sangat berbaloi ni.Dengan harga dewasa RM68 dan RM38 bagi kanak-kanak 6-12 serta warga emas,pastinya sangat berbaloi dengan hidangan yang di hidangkan,rasanya kalau kat Lembah Klang buffet sebegini sudah mencecah lebih RM100.Apa yang menarik sangat buffet Ramadhan di sini? Jom Cik Sue jamu mata korang dulu hehehhe
Ketua Chef Yohanis Jalaludin |
Hidangan Tradisi Negeri Sembilan
Ini benda pertama yang menarik perhatian dan selera Cik Sue bila melangkah ke buffet ni,antara menu yang di hidangkan sepanjang 2 kali Cik Sue berbuka puasa di sini,betul-betul buat Cik Sue teringat sampai sekarang,dah sampai rumah dah pun huhuuu.Sambal Tempoyak Daun Kayu,hasil airtangan cehf di sini,betul-betul memikat selera Cik Sue,padahal dah banyak kali makan tapi yang ini alahaiiiii teringat-ingat ye,selain itu ada juga Rendang Itik,Masak Lemak Telur Itik,Rendang Ayam Daun Maman,Sambal Paru dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api.Sambal Paru tu semestinya la pilihan Mr D ,feveret dia la lauk sambal-sambal camtu.Yang pati bahagian menu tradisi Negeri Sembilan ni memang Cik Sue jenguk dulu la, cara masakan cukup rencah dan rempah,semuanya secukup rasa dan kena dengan tekak melayu Cik Sue ni.
Antara lauk-pauk lain yang ada juga memikat selera ye,apa yang Cik Sue perhatikan masakan di sini semua ngam secukup rasa,tak de la nak kata terlebih masin ke,manis ke,semua sedang elok,lauk pauk menu untuk makan dengan nasi semuanya kenaaaa je ,ngammmm je.Antara yang ada setiap hari adalah Gulai Kawah Berkentang,katanya laku keras setiap hari.Ada juga Ikan Tenggiri Masak Asam,Nyonya Kari Terung,Seafood Brastagi,Sambal Tauhu Ikan Bilis,Ikan Asam Rebus dan Dalca Sayur.Pilihan nasi pula ada Nasi Putih biasa dan Nasi Maghlubah.
Selain lauk-pauk di atas hidangan pembuka selera seperti kerabu,ulam-ulaman dan ikan masin juga di hidangkan sebagai pelengkap bila menjamah nasi.Kerabu yang di hidangkan nak ratah pun sedap sebab semua bahannya segar.
Gerai Makanan Panas
Jika ke buffet pastinya konsep live cooking secara ala carte panas-panas ,sama juga di sini.Dan pastinya menjadi tumpuan adalah Gerai Kambing Kawah yang menghidangkan kepingan daging kambing grill bersama sayur dan hidangan sampingan yang membuka selera serta gabungan sos yang sangat kena dengan kambing grill.Dan pastilah barisannya panjang ye,menjadi tumpuan,daging kambingnya pun tidak keras dengan perapan yang lazat,memang puashati.
Selain kambing ,ada juga gerai bakar-bakar yang menghidangkan sate,ayam grill dan ikan bakar.Dan Cik Sue sempat mencuba satenya ,kena dengan selera,lembut serta berjus daging ayamnya,ikan bakarnya juga sedap ,sempat juga mencuba ikan kelibakar cicah air asam,air asamnya fuhhhh...rasa nak tapau hehehhe.
Tak lupa juga gerai-gerai seperti Char Kuey Teow sedap yang membuatkan si kecil Haziq makan habis sepiring dia sorang hahah budak 11 bulan ye,maknanya memang sedap la tu heheh.Ada juga pilhan pasta kuah carbonara dan bolognese,Wafel dengan Ais Krim,Penkek dengan hiasan tabur berwara-warni ,Gerai ABC,Yong Tau Fo,Pilihan Sup Doraisamy dengan pilihan pelbagai mee dan laksa.Ada juga gerai Murtabak,Roti Canai,Roti Jala,Goreng-goreng seperti Cucur Bawang,Goreng Pisang,Cucur Pisang,Ubi Goreng dan Apam Balik.
Sangat puas hati ye menu-menu yang di hidangkan,tidaklah terlalu moden dan fancy tidak juga terlalu tradisional,bagi Cik Sue pilihan makanannya sangat kena dengan sebuah keluarga ,pilihan yang lengkap untuk dewasa dan kanak-kanak,kadang-kala sesetengah buffet tak banyak hidangan untuk kanak-kanak tapi di sini semuanya lengkap.
Pilihan Pencuci Mulut dan Minuman Menyegarkan.
Bahagian pencuci mulut juga tak kalah ye,sangat menggoda dengan hidangan pelbagai puding,Dodol,Bubur Manis,Pastri ,Kuih Muih tradisiona melayu,pelbagai kuih talam,pilihan kek dan macam-macam lagi.Yang pasti kek coklat di sini memang sedap ,termasuk brownies,berkualiti ye bukan ala kadar,premium citarasanya.
Pilihan minuman pula berubah setiap hari,antara pilihan yang ada,Nescafe Aia,Kopi Ais,Sirap Selasih,Bandung Cincau, Teh Tarik ,Jus Buah dan macam-macam lagi.Bukan minuman sejuk je ye,panas pun ada.
Hidangan Lazat,Berbaloi Dengan Harga
Bagi Cik Sue sangat berbaloi dah hidangan buffet di sini,setaraf dengan buffet harga ratusan ringgit di Lembah Klang tapi dengan hanya RM68 dah boleh nikmati di kawasan Port Dickson ni.Kalau korang nak staycation di sini pun best,penginapan yang sangat selesa,harga berbaloi,dekat dengan pantai jalan kaki je,kemudahan rekreasi pun banyak,malah ada di sediakan buffet sahur untuk Ramadhan ini.
Atau jika korang ada urusan di Port Dickson dan mencari tempat berbuka,pilihlah Ancasa Residences ,memang puas hati.
Untuk tempahan boleh hubungi :
Tel : 06-6627288 atau 013-5400634
Ancasa Residences Port Dickson
Batu 8 1/2,Jalan Pantai,
Teluk Kemang,71050
Port Dickson ,Negeri Sembilan.
1 Comments
Mengimbau memori buffet ramadan dua kali kat sini sue, best sungguh!
ReplyDelete