Staycation di hotel,masa bulan Ramadhan? Apa salahnya,beribadat sambil berehat,kena pula kawasan macam Ancasa Residences Port Dickson tepi laut gitu,lagilah syokkan? Tenang,damaiiiii je suasana.Anak-anak pun seronok,biasanya family Cik Sue kalau ke Port Dickson sekadar berkelah dan balik hari,sebab dekat je dengan rumah,dalam satu jam perjalanan je.
Tapi kali ni teringin nak bermalam,dan kami pilih Ancasa Residences Port Dickson,kenapa? sebab bulan puasa ni diorang ada promosi harga bilik sekali buffet iftar dan sahur,sesekali dapur bercuti apa salahnya kan,reward geng mak-mak tuk berehat di bulan puasa.Promosi ni berlangsung sehingga 1 Mei 2022,sempat lagi ni.Nak tempah boleh klik link di bawah ni.
Penginapan Selesa dan Mesra Keluarga.
Okey,jom kita tour bilik dulu,dah sampai mesti nak rehat-rehat dulu kan sebelum jalan-jalan atau tengok kawasan serta apa aktiviti menarik.Cik Sue pilih 2 Bedroom Apartments,lengkap dengan dapur dan ruang tamu serta 2 bilik air.Haaaa konsep apartment gini memang jadi pilihan Cik Sue bila nak bercuti,maklumlah ahli keluarga dah bertambah,tak selesa dah nak duduk satu bilik,dan kongsi katil dengan anak yang makin membesar,kakak pun seronok bilik dapat katil dan bilik sendiri,malah kalau jenis bilik hotel pun sekarang ambil yang family type,lebih selesa.
Berkeluasan 80 meter persegi,agak selesa unit apartment ni,ruang tamu dengan sofa dan tv flat skrin,ruang makan dengan meja 6 kerusi,selesa sangat dah untuk bawa mak ayah juga bercuti,dua keluarga pun boleh ni,tambah-tambah anak-anak yang jenis tidur lambak depan tv hehehhe.
Satu lagi bahagian penting untuk Cik Sue sekarang bila bercuti,bahagian dapur atau pantri,sebabbbbb? nak sediakan makanan anak kecil la,baby bukan boleh makan sama macam orang dewasa,at least ada tempat untuk panaskan bekal yang di bawa atau air panas untuk bancuh susu atau nestum.Kat sini meang terbaiklah,lengkap peti ais,pemanas air,pinggan mangkuk dan dapur induction.Puas hati,cumanya kali ni Cik Sue tak memasak cuma panaskan air je,lagipun bulan puasa dan pakej kami termasuk iftar serta sahur.Jadi tak perlu nak memasak bagai,buatkan air serta panaskan bekal bubur untuk kakak dan adik je.Set minuman kopi dan teh seperti biasalah di sediakan.
Jom masuk bilik tidur pula,2 bilik tidur,satu bilik tidur utama dengan bilik air serta yang bestnya kami dapat unit menghadap laut,wahhhhhhh permandangan memang best sangat dengan angin sepoi-sepoi,bila buka pintu sliding,melompat kakak Maira,seronok betul dia,terus tak sabar nak main kat pantai.Satu lagi bilik ada 2 katil bujang dan view pun menghadap laut,di Ancasa Residences ni kalau dapat blok C dan menghadap laut memang syok sangat ye,tenangggg je.Tak pasti pula boleh request ke tidak masa checkin sebab kami tak request pun hehehhe.
Ancasa Residences Port Dickson juga menawarkan Apartment 1 bilik dan 3 bilik,kalau keluarga besar tu,atau nak bercuti ramai-ramai boleh la ambil yang 3 bilik,memang puas hati.
Mencipta Memori Bersama Keluarga.
Orang yang paling teruja datang sini sapa lagi kalau bukan si Humaira,dari mula PKP 2020 dia dok zikir nak mandi laut,haaa kali ni tercapai la keinginan dia tu.Sebelum ni ada la bawa ke Morib tapi kecewa sebab banyak tahi anjing dan kotor.
Kebetulan pula kali ni keluarga Qaseh pun ikut sama ,tentula bff Maira ,Abang Long Rayyan pun ada,lagi la seronok masing-masing,ada geng.Jadi bawa la diorang berendam dulu kat kolam sebab masa tu tengahari dan panas lagi nak ke pantai.Kolam kat sini memang ada bahagian kanak-kanak ,airnya sedalam 0.8 meter je tak sampai semeter pun,sesuai sangat la.Tapi memandangkan bulan puasa,mak-mak dan bapak-bapak pantau dari tepi je la hehehhe kang batal pula puasanya.
Nak naik ke apartment pula banyak juga mainan kat lobi,apa lagi pit stop jugak la anak-anak main,layankan saja.Ada juga arcade game di blok lain tapi Cik Sue tak sempat nak bawa Maira meronda,next time la (dah ada niat nak datang lagi hehehehh).
Pagi hari kedua ,Mr D pagi-pagi lagi Humaira dah ajak ayah dia ke pantai,diorang turun berdua je seba si kecil Haziq tidur lagi jadi Cik Sue jagakan la.Memang seronok la kakak,masa ni la orang kata nak bina bonding atau hubungan dengan anak,ayah an selalu sibuk bekerja,kalau dengan ibu ni dah hari-hari kat rumah.Dan sebenarnya bagus tau bagi anak-anak main pasir pantai,berkaki ayam,biarkan diorang rasa tekstur pasir,ini boleh meransang saraf motor di tapak kai dan elok untuk perkembangan kanak-kanak terutama budak pelat macam si Humaira ni.Cuma selama ni kami agak terbatas dan rumah jauh dari kawasan berpasir susah la sikit.
Boleh nampak betapa gembiranya dia dapat bermain di pantai dengan ayah.Inilah yang kita mahu cipta momen dan kenangan dengan anak-anak,ini semua diorang akan ingat sampai bila-bila,dan akan bercerita kat semua orang yang dia jumpa,tak perlu percutian mewah-mewah atau mahal-mahal sangat pun kan?
view dari bilik tidur utama waktu pagi. |
Buffet Iftar Dan Sahur.
Haaaa ini la sebab utama Cik Sue nak stay sini,nak rest dari memasak kat rumah hehehe me time la tuk ibu sesekali,dan puas hati sangat dengan buffet kat sini,waktu iftar korang wajib cuba menu lauk pauk tradisi Nogori Sembilan.Pasti teringat-teringat bila balik tau hahahha nak bawa detail tentang buffet iftar boleh tekan link bawah ni ye :
Untuk pakej staycation ramadhan bukan sahaja ada buffet iftar tapi buffet sahur juga ye,kalau kat rumah nak celik mata pun malas,tapi kat sini wajiblah turun sahur,Humaira ngan Haziq pun elok je mood bangun pagi-pagi walau pun si kakak bukan makan sangat sekadar ambil bijirin dan air panas eh dia bukan puasa penuh lagi heheheh.
Lauk -pauk dan hidangan sahur pun menyelerakan ye,membuka selera nak makan di pagi hening gitu,dengan gerai telur omelet yang di masak panas-panas,set sup dan menu-menu yang bertukar setiap hari,memang berbaloi sangat.
Kemudahan lain yang di sediakan.
Selain penginapan yang sangat selesa dan makanan yang sedap,banyak juga kemudahan lain yang di sediakan di sini,boleh jalan-jalan sekitar taman yang di sediakan.Kemudahan rekreasi pun banyak seperti gym,gelanggang badminton dan tenis,trek jalan kaki,taman permainan,spot=spot untuk berootd bak kata orang sekarang,kawasan tamannya pun cantik sangat.
Terdapat juga open spa yang boleh di tempah untuk yang ingin relak dan memanjakan diri di sini ye,dengan suasana tenang pokok-pokok hijau dan deruan ombak ,mau tertidur kalau Cik Sue hahahaa.
Pantai pun dekat sangat ,jalan kaki je dari kawasan taman mengikut walkway yang di susun terus boleh ke pantai.Pantainya pun bersih terjaga ,malah ada menara kawalan ,ada pengawal pantai yang menjaga keselamatan pengunjung.
Jadi kalau korang berminat nak cuba staycation ramadhan di sini bolehlah book cepat-cepat sebelum 1 Mei ye,mana la tahu,on the way nak balik kampung tapi nak rehat-rehat dulu nak staycation dulu di hujung-hujung ramadhan ni,haaaa bolehlah ke sini.Dah tenag dah rest secukupnya baru la berjuang mengharung jem nak balik kampung kan hahahahha ,untuk booking korang boleh klik laman web di bawah ni ye....Selamat bercuti dan Cik Sue akan repeat lagi datang sini,puas hati !
Ancasa Residences Port Dickson
Batu 8 1/2,Jalan Pantai,Teluk Kemang,
71050 Port Dickson,Negeri Sembilan.
Reservations: 06-6627288 / 0135400634
Web and booking : https://www.ancasahotels.com.my/
1 Comments
Macam menarik jer kat sini...bleh la lepak sini nanti...tapi selalu nak booked sold out je...
ReplyDelete