Hai semua,
Raya dah tak berapa lama lagi dah? tengah kelam kabut ke tu? maklumlah dah 2 tahun tak raya sakan kan? hehehe mana nak kemas barang balik kampung,nak cari atau buat kuih raya lagi,nak service kereta lagi,ehhhh baju raya pun belum cari lagi,adoiiii serabutkan?
Meh Cik Sue suggestkan korang cari pakaian raya satu keluarga di Pusat Pakaian Hari-Hari,senang satu family boleh terus lengkap sekali beli,ajak korang ni sebab Cik Sue dan setel kat sana juga,senang juga nak matching-matching warna sedondon,tak dapat betul-betul sama pun dapat lebih kurang tone warna sama dah ok bagi Cik Sue,apa ada hal kan hehehe.Masing-masing nak balik kampung beraya kan,kena la lengkap.
Murah dan Berkualiti,Design Sesuai Seisi Keluarga.
Tahun lepas pun Cik Sue dapatkan baju kat Hari-Hari jugak walau masih raya pkp dok rumah je hahahha dan tahun ni pun masih mencari di situ sebab walaupun harga agak murah dari butik =butik ternama serta viral,kualiti pakaian di sini masih boleh di terima akal dan jahitan juga kemas.Bagi orang yang tak cerewet (tapi lakiku cerewet jugak) kualiti baju raya masih berbaloi dengan harga,tidaklah setakat basuh sekali semua benang longgar dan butang tercabut.Jenis kain pun tak panas,selesa untuk anak-anak dan mak ayah dengan cuaca Malaysia ni.
Dari segi harga range seekitar RM100 kebawah untuk baju dewasa,kalau baju wanita sepasang dalam RM70 dah boleh dapat.Kalau sepasang baju melayu lelaki dalam RM80-90 kebawah dapat la sepasang.Baju kanak-kanak pula dalam RM30-40 kebawah dh dapat ye,jadi masih mampu untuk golongan marhaen.
Dari segi design pula,Cik Sue suka sebab design bajunya tak terlalu fancy,untuk persalinan baju raya Cik Sue dan Mr D memang tak suka baju yang design pelik-pelik atau terlalu fashionable,cukup selesa dan simple,serta mudah bagi breastfeed mom macam Cik Sue,Mr D pula tetaplah dengan pilihan design baju melayu basic,mudah ye laki ku ,tak minat kurta-kurta atau baju melayu fesyen-fesyen yang di modenkan,tetaplah dengan paten klasik dia ,hehehehhe,tradisional sangat orangnya.
Banyak ke pilihan?
Alhamdulillah cawangan Bandar Seri Putra,Bangi banyak juga pilihan ,memandangkan masa pergi cari tu,Mr D tak ikut sebab kena kerja,jadi Cik Sue dengan anak-anak je la pilih baju raya.Syukur jufa staf kat sini sangat membantu,tambah-tambah tengok Cik Sue huru-hara dengan anak kecil yang tak reti diam tu kan hahhaha.Bagusnya cawangan sini lengkap semua keperluan pakaian raya ,dari stokin sampai la ke baju pasang,sampin dan songkok,tudung je tak de hahahha.
Pilihan warna ,design dan jenis kain pun banyak,Cik Sue tidaklah ambil sedondon sangat pun asalkan warna tone sama je ,yang penting kain tak panas,selesa nak pakai terutama anak-anak sedang melasak sekarang,untuk Cik Sue pula pilihan design simple-simple je asalkan mudah nak susukan baby nanti terutama dalam kereta dan berjalan raya.Bagi Mr D pula mudah je cari sepasang baju melayu design biasa atau klasik dan tengok saiz dia,Alhamdulillah setakat hari ini Cik Sue tak pernah lagi fail beli baju dia dari segi saiz hahahah,fuhhh flip shawl.
1 Comments
Aakak selalu beli baju tido dan baju untuk pakai hari- hari kat sini...seluar pendek untuk lepak kat rumah pun beli kat sini...kain dia kualiti dan tahan lama
ReplyDelete