Alhamdulillah ,semalam Cik Sue dan keluarga di jemput sama-sama meraikan lebih kurang 35 anak yatim dari Yayasan Anak-Anak Yatim Piatu Daerah Port Dickson untuk berbuka puasa di Ancasa Residence Port Dickson.
Anak- anak ini di sambut dan di raikan juga oleh Encik Azrudyn Rashid (Group Chief Operating Officer dari Group Asset Management,UDA Holdings Berhad) En Shah Azam Khan (Senior Vice President,Head of Hospitality,Ancasa Hotel & Resorts) Encik Baharin Baharuddin (General Manager of Ancasa Residences Port Dickson) dan Encik Mohd Rajib (Operations Manager of Ancasa Residences Port Dickson)
Majlis di mulai dengan bacaan doa oleh Encik Wahid Uzzaman Tuah,Recreation Manager of Hotel.Kemudian semua di jemput menjamu selera dengan hidangan buffet ramadhan dari Ancasa Residence dengan tema Warna-Warni Ramadhan.Alhamdulillah anak-anak yatim semua di layan dengan baik,di ambilkan makanan dan di hidangkan makanan yang terbaik,pelbagai menu di sediakan untuk menjamu selera,seronok tengok mereka menikmati macam- macam juadah.
Malah VIP dan para staf hotel juga tidak kekok melayani dan menyantuni para anak yatim serta penjaga mereka.Majlis juga menyaksikan penyerahan sumbangan berupa duit raya bernilai RM50 serta baju raya bernilai RM250 kepada setiap kanak-kanak yang hadir,beserta goodies bag cenderahati.Gembira air muka anak yatim semua bila dapat kelengkapan hari raya.
Moga usaha pihak Ancasa Residence ini dapat di teruskan sampai bila-bila dan di murahkan rezeki lagi dalam membantu masyarakat dan mereka yang memerlukan.
Terima kasih juga pihak Ancasa Residence yang menjemput kami para blogger untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
Ancasa Residences Port Dickson.
Batu 8 1/2,Jalan Pantai,Teluk Kemang,71050 Port Dickson,Negeri Sembilan.
Tel 06-6627288
Fax 06-6627900
0 Comments