Amani Vanilla Temerloh - Kebun Vanilla,Aiskrim Vanilla Sedap

Minggu lepas di hari pertama cuti sekolah,Cik Sue sempat menghadiri resepsi perkahwinan sahabat/ex-housemate/ex-officemate di Temerloh.Mulanya serba salah juga nak hadir majlis sebab kes Covid tengah naik semula,tapi bila tahu jemputan sangat-sangat terhad dan SOP di jaga ,pergi la jugak,dan hanya kami2 rakan rapat je yang di jemput,pengantin pun berharap sangat nak jumpa setelah sekian lama,keluarga pengantin pun banyak budi pada Cik Sue yang tak mampu nak balas.


Baca juga : Cara nak move on.

Majlis berlangsung sangat ringkas dan tak ramai pun,tempat pun di kawasan terbuka,Sop sangat di jaga,puas hati la boleh kata.Tetamu pun di bahagikan beberapa sesi jadi memang tak ramai,sangat ringkas,pelamin pun untuk ambil gambar je,pa system pun tak de ye,tapi best sebab tak serabut nak tanya kabar hahahahha.....

Sekejap je pun kat majlis,dalam sejam lebih terus beredar,mulanya nak balik terus tapi Mr D tak larat nak drive balik,kenyang campur penat,jadi kami decide cari hotel bajet sekitar situ,dapat la Oyo Hotel Mentakab,Alhamdulillah hotel di sanitize,staf full vaksin dan booster,bilik bersih dan harga berpatutan.

Dah siap checkin ,mandi,tukar baju,terus ajak Mr D keluar cari dinner dan barang sikit.Kebetulan sekeliling hotel tu meriah macam-macam kedai farmasi,klinik ,bank-bank,mrdiy ,kedai eco dan macam-macam lagi lah,strategik dan memudahkan.

Sambil tu Cik Sue google tempat menarik dah alang-alang sampai kan,tertarik dengan Amani Vanilla Temerloh ni,sebab ada aiskrim homemade katanya,so ajak Mr D singgah,dah dekat nak tutup sebenar,tutup jam 7 malam,kami sampai dah 6.15 petang.


Amani Vanilla Temerloh ni adalah ladang atau kebun pokok Vanilla pertama ni Malaysia kalau tak silap Cik Sue la,diorang tanam pokok Vanilla tuk buat perasa,aiskrim dan produk lain.Anak pokok pun ada di jual.Cik Sue ingat pokok Vanilla tak leh hidup kat Malaysia,kot la nak cuaca sejuk je,rupanya boleh je....


Tempat di berkonsepkan Farm Cafe,ada tempat tanaman dan kafe tuk rasa hasil produk mereka.Menu pun sedap2


Maira masuk-masuk dah teruja dengan motor ATV depan kedai,sibuk suruh ibu bawa dia,haiyo anakkk ibu dan belas tahun tak bawa motor gara-gara langgar dinding bangunan sampai bengkok handle motor ayah awak hahahahha.....



So menu wajib cuba bila datang sini adalah Aiskrim Vanilla Gula Apong.
Bagi Cik Sue sedapppp,lemak berkrim,rasa vanilla dan manis-manis kelat gula Apong tu kena betul,ngam...ada 3 size,Cik Sue pilih medium.Rekemen korang try.


Order sirap limau tuk Maira,Mr D order teh panas vanilla,sedap jugakkk....rasa lemak fresh gitu.


Cik Sue juga order set ubi kayu rebus cicah gula Apong ,dan dapat free air kopi vanilla panas,first time minum kopi campur vanilla ,dan sedap rupanyaaaaa.....tak rugi order.Tambah pulak chezzy wedges ala-ala kfc tapi yang ni lagi sedap ye,panas-panas rangup.

              

 
Sambil makan boleh la tengok kebun/ladang/farm Vanilla ni,ada di pamerkan tuk di beli anak pokoknya,ada juga penerangan tentang apa itu vanilla dan cara- cara menanam serta menuai hasilnya.Oh yang excited tu Maira la,segenap sudut suh ambil gambar dia tu.
                   



Contoh anak pokok yang di jual,pelanggan boleh datang tuk makan dah beli serta belajar cara menanam pokok Vanilla ni.


Pendapat Cik Sue tempat ni best nak buat ATV sebab ada trek dah ,ATV pun disediakan ,sedia duit je hehehe.Boleh la kalau nak lepak ke meeting ke,nyaman kat sini.Makanan pun sedap-sedap,puas hati.

Lepas makan,gi kedai dan terus kami balik ke bilik hotel,risau nak lama-lama kat luar musim Ommicron memgganas ni .

Banyak lagi tempat menarik di Temerloh ni,Insya Allah nanti datang lagi.

Amani Vanilla Temerloh 
Kampung Bangau Parit, 28000 Temerloh, Pahang

017-389 0277

Tak pun korang waze je Vanilla Temerloh ye.

Buka setiap hari kecuali Isnin.better call dulu la ye.

Post a Comment

0 Comments