Dua bebola mata adalah anugerah yang sangat bernilai kepada manusia,jika hilang memang tiada gantinya,jadi perlulah di jaga sebaik mungkin.Penjagaan mata hendaklah di titikberatkan dari kecil lagi,tapi memandangkan zaman kini penggunaan gajet seperti handphone,laptop dan ipad serta alatan berskrin sangat meluas dalam proses pembelajaran tidaklah kita dapat megelak dari membenarkan juga anak-anak mengadap skrin dalam jangka masa yang lama.
Tambahan bila proses pembelajaran secara online di rumah ketika virus Covid melanda dunia kini,memang banyak masa anak-anak di habiskan depan laptop dan handphone untuk sesi pembelajaran harian.Tak dapat nak di elakkan kerana ini cara untuk anak-anak teruskan pembelajaran,namun ibubapa pastinya risau kan dengan penjagaan mata anak bila terlalu lama menggunakan gajet.
Jom Cik Sue kongsikan tips penjagaan mata untuk anak-anak yang banyak mengadap gajet hasil perkongsian dari Doktor Mohd Hafidz Ithnin, Pakar Mata / Konsultan di Optom Eyecare dan juga Pensyarah UIAM dalam zoom beliau yang sempat Cik Sue ikuti.
Mengikut statistik di Malaysia 98.6% remaja menggunakan gajet,malah lebih dari 3 jam setiap hari bukan saja untuk sesi pembelajaran malah melayari laman sosial dan bermain aplikasi game,parahkan? manalah mata tak bermasalah.Kadang-kala ibu bapa pun tak sempat juga nak pantau tambahan jika anak ramai dan ibu bapa bekerja,anak-anak pula remaja yang ada dunia mereka tersendiri.Serba salah juga di buatnya,tak di beri handphone ,nak buat homework perlukan rujukan internet,bila di beri kadang-kala terbabas pula,dilema kan? sebagai bantuan mari kita tengok apa yang boleh di bantu untuk menjaga mata anak-anak kita.
Kesan penggunaan gajet kepada mata.
1. Peningkatan power spek mata
Mata adalah organ badan yang berkembang selari dengan perkembangan tubuh badan dan usia kita,bila pakai spek dari usia kanak-kanak,tambah pula penggunaan gajet yang tak terkawal ia akan meningkatkan power spek anak-anak ye,bebola mata akan stress lalu makin memanjang dan tidak normal.Situasi ni lama kelamaan akan menyebabkan saraf belakang koyak dan menjadi buta ye haaa serius kan? Jika tak di kawal tak mustahil ini akan berlaku ye,jadi berjaga-jaga.
2. Otot fokus mata tak stabil.
Sistem mata kita ibarat kamera dslr boleh fokus jauh dan dekat,dan yang mengawal fokus mata kita adalah otot yang di ibaratjan seperti tangan yang memegang dan mengawal fokus mata tu,jadi bila terlalu lama mengadap gajet berterusan otot yang pegang tu jadi letih dan stress ye,dan mula tak dapat fokus dengan lalu penglihatan kita akan jadi kabur.
3. Mata cepat penat
Bila terlalu lama mengadap skrin dan gajet ,otot mata terlalu lama fokus mata akan kepenatan,bila di paksa lagi lama-lama mata anak akan kabur dan boleh menjadi juling ye.Malah kalangan dewasa juga boleh terjadi begini,jadi hati-hati.
4. Susah tidur malam (insomnia)
Ini berlaku pada Humaira masa awal sesi persekolahan hari tu,dia susah nak tidur sebab sebelum mula sekolah Cik Sue terlepas pandang dia main handphone sebelum tidur atas katil,jadi rutin tidur dia terganggu sampai tidur jam 2 atau 3 pagi,Cik Sue pula tengah pregnant dan tak sihat masa tu,memang terlepas pandang,bila mula pdpr di rumah,terus Cik Sue sedar terutama bila dia lambat bangun pagi sebab tidur lambat.Sekarang Cik Sue dah settting handphone dia akan off setiap malam paling lewat jam 10 malam,dan Cik Sue dan Mr D pun letak tepi handphone terus ajak dia tidur Alhamdulillah setakat ni menjadi.
Kenapa kita jadi lambat tidur bila mengadap handphone? sebabnya adalah dari cahaya putih skrin yang mempunyai cahaya biru, cahaya putih tu sebenarnya gabungan dari warna merah,hijau dan biru. So, cahaya biru ni lah menyebabkan mata kita susah tidur
Tips Penjagaan Mata Anak-anak Dalam Penggunaan Gajet
1. Rehat sebentar
Ni selalu jugak Cik Sue praktikkan kepada Humaira,bila tengok dia lama lebih dari sejam main handphone ,selalu suruh dia rehat,minum dulu atau minta tolong dia bantu buat apa-apa kerja seperti kemas meja tulis dia,atau mainan,tolong ambilkan air minum atau apa-apa yang buatkan dia letakkan sekejap handphone tu.Sekurangnya boleh rehatkan sekejap mata dia yang fokus pada skrin tu.
2. Buat aktiviti luar rumah.
Selalunya kalau hari Sabtu Ahad memang Cik Sue akan buat atau bawa Humaira keluar untuk aktiviti luar rumah,samada di sekeliling rumah atau ke taman mainan berdekatan rumah,jalan kaki je,jadi tumpuan dia teralih la dari handphone.Balik-balik je penat ,mandi dan rehat kekadang terus tertidur je.Sekurangnya ada aktiviti melibatkan fizikal dia,tidaklah duduk je depan skrin. Kalau hari sekolah jarang dia pegang handphone lama-lama,balik sekolah penat selalunya dia tertidur sampai petang,bangun je sibuk main dengan adik heheh malam je la sekejap sebelum handphone off sendiri hehehehe.
3. Penggunaan Kanta Khas untuk Gajet
Ibubapa juga boleh memberikan spek mata khas pada anak-anak untuk pakai bila menggunakan gajet, sebab spek mata khas ni memang mempunyai kanta yang boleh menapis cahaya biru dari skrin, so ia tidak terus ke dalam mata anak-anak dan dapat kurangkan risiko kerosakan mata.Dah banyak kedai spek yang menawarkan spek mata sebegini untuk kanak-kanak.
4. Beri ganjaran (tidak semestinya duit)
Ini pun salah satu cara Cik Sue kawal Humaira guna handphone juga,selalu bagi ganjaran atau apa-apa yang dia inginkan kalau dia ikut peraturan yang Cik Sue dah tetapkan,tapi bukan selalu dan yang mahal-mahal la ,dan selalunya makanan la sebab dia susah makan heheehe sekurangnya kenyang juga perutkan atau mainan yang memang dia inginkan.
Sebenarnya bukanlah tak boleh bagi langsung gajet tambahan dunia sekarang ,gajet dah jadi satu keperluan dalam hidup,belajar pun dengan gajet kerja pun dengan gajet.Boleh beri tapi dengan kawalan la,bila waktu tak perlu dan bukan penting,alihkan atau stop sekejap,buat peraturan,sekurangnya kita kawal dari awal,daripada rosak mata anak bukan ada ganti dah.Kasihan diorang nanti nak membesar.Kalau dah nampak ada masalah tu cepat-cepat dapatkan rawatan sepatutnya,rawat dari awal sebelum terlambat.
Servis Kiddos Eyecare di Optom Eyecare Bangi
Jadi kali ni Cik Sue nak kongsikan servis baru di Optom Eyecare Bangi untuk para ibu bapa bawa anak-anak untuk pemeriksaan mata dengan lebih teliti, nak tahu tentang OPTOM BANGI boleh baca di
SINI ye.
Selalunya kalau nak pemeriksaan detail tentang mata kita akan ke hospital atau klinik pakar mata yang perlukan menunggu giliran serta keputusan pemeriksaan yang lama,tapi tidak di Optom Eyecare Bangi ni,servis lebih cepat tapi jangan risau yang memeriksa adalah pakar-pakar yang berkelayakan.
Cik Sue dah beberapa kali mendapat pemeriksaa mata di sini,memang best dan puas hati,berbaloi sangat,tak perlu menunggu lama,premis pun selesa untuk pelanggan dengan pelbagai mesin canggih yang memeriksa bukan luaran mata sahaja malah hingga ke saraf mata ye.
Bagi yang berminat untuk menghadiri sesi perjumpaan bersama
Doktor Moh Hafidz Ithnin pada 11.12.2021, korang boleh hubungi Optom Eyecare Bandar Baru Bangi di talian 011-11479093 untuk maklumat lanjut, bawalah anak-anak korang buat pemeriksaan mata ye, lebih baik merawat dari awal,sebelum masalah menjadi lebih serius.
OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
Website :
https://optom.com.my/ IG :
Optom EyecareFB :
Optom EyecareWhatsapp :
wasap.my/601111479093
JOM JAGA MATA ANAK-ANAK KITA
4 Comments
Sekarang baru tahu camne nak jaga mata anak. Tq for tips!
ReplyDeleteKita pun penat kalau ngadap gajet, apa lg anak2.. boleh try tips yg Sue bg nie
ReplyDeleteBoleh ni tips, thanks dah sharing ..
ReplyDeleteOoo.. uncle tau lokasi OPTOM ni... Masa lalu dulu nampak ramai orang.
ReplyDelete