Assalamualaikum
,hai semua….
Dah hujung-hujung tahun ni ,dah selesai ke bayaran/potongan zakat korang? Ha…bayar kat negeri kelahiran bukan negeri bekerja? Hurmmmm…bukanlah tak boleh tapi kalau ada kesusahan atau apa-apa kecemasan yang memerlukan bantuan pusat zakat ,kan nak minta bantuan kat tempat tinggal kita,kang minta kat tempat kelahiran ,pusat zakat sana tak mau bagi pula sebab kita tinggal kat negeri lain,pendapat Cik Sue bayarlah di tempat bekerja dan tinggal.Mudah nanti apa-apa hal.
Jangan buat
mudah Zakat ni tuntutan ye,Salah satu rukun Islam bagi yang mampu ye,kecuali la
korang golongan Asnaf atau penerima zakat.Yang mampu tu tunaikanlah kewajipan
berzakat ye,selain harta lebih di berkati,pahala berganda sebab membantu
golongan asnaf yang memerlukan.Terutama yang terkesan dengan pandemic Covid19
sekarang,tambahan di bandar besar macam Kuala Lumpur dan Selangor ini ye,jangan
ingat tak de asnaf di sini,statistic menunjukkan asnaf mkin bertambah ye akibat
pandemic.
Jadi zakat
anda semua tu sangatlah membantu ye,alaaa bayar zakat kang entah sampai ke
tidak kat asnaf tu.Hurmmmm kewajipan kita membayar Zakat,penerima zakat dan
badan bertanggungjawab tu amanah atas dia la nak buat kerja menyantuni Asnaf
semua,kalau mereka tak menjalankan amanah haaa menjawab la di sana nanti,yang
penting kita dah tunaikan tanggungjawab kita.
KENAPA PERLU BERZAKAT ?
Setiap sesuatu yang Allah SWT
perintahkan kepada kita untuk tunaikan mestilah mempunyai pelbagai hikmah di sebaliknya.
Antara hikmah-hikmah daripada pengeluaran zakat ini adalah :
- Mewujudkan sifat sentiasa bersyukur
terhadap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
- Memberi peluang kepada golongan berada
dan yang berkelebihan dari segi harta-benda untuk melakukan ibadah
terhadap harta yang mereka miliki.
- Membersihkan diri mereka yang
mengeluarkan zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta mereka
yang mengeluarkan zakat.
- Mengagihkan sebahagian kecil dari harta mereka
kepada golongan yang memerlukan.
- Mengurangkan perasaan iri hati golongan kurang
berada terhadap golongan hartawan.
- Mewujudkan perhubungan antara manusia dengan
Allah dan antara sesama manusia.
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat
dalam urusan ekonomi dan kewangan.
- Memberikan masyarakat tentang satu cara
pengurusan kewangan dan ekonomi ke jalan yang diredhai Allah SWT.
- Melahirkan rasa tenang dan tenteram di dalam
jiwa kita.
KINI
BAYAR ZAKAT LEBIH MUDAH
Dunia semakin moden,tak perlu dah mencari amil zakat atau
ke pejabat zakat,terutama yang uzur atau ada halangan tidak dapat
keluar.Segalanya di hujung jari kini,pilih sahaja saluran yang mana nak di
gunakan,Insya Allah akan sampai,di yakini dan boleh gunakan tanpa was-was.
Antaranya melalui laman web LZS ,online
banking pelbagai jenis bank,laman web LZS,ezakatPay,JomPay,TouchnGo
Ewallet,Boost dan macam-macam lagi ye,malah bulan Disember ni boleh gunakan kad
kredit Islamik di Portal LZS secara online,jadi tiada alasan lagi susah nak
pergi bayar zakat.
BAYAR SAJA DI ATM
Yang terbaru juga korang boleh bayar di ATM je ,antara
bank yang boleh adalah OCBC Bank,korang
pergi je ke ATM OCBC masukkan kad dan ikut arahan yang di berikan,mudahkan?
Bank-bank lain yang terlibat pun banyak seperti RHB Bank,CIMB
Bank,Maybank,Public Bank dan eh banyak lagi lah boleh check ye di laman web LZS
nanti.
TUNAIKAN ZAKAT,MENANG DAN KONGSI
Berita baik untuk
pembayar zakat sekalian,bermula 15 November 2021 hingga 31 Disember 2021 ini
LZS mengadakan kempen “ Jom Tunai Zakat “Menang & Kongsi” dengan kerjasama
Lembaga Tabung Haji di mana pembayar zakat di LZS akan layak menyertai dan
memenangi hadiah berupa Simpanan Tabung Haji.Dan hadiah kemenangan itu akan di
kongsi dengan asnaf terpilih,wahhhh seronokkan,dengan hadiah kemenangan boleh
pulak di sedekahkan kepada asnaf,pahala berganda tu,Alhamdulillahhhh,seronok
tau buat orang gembira ni,cubalah.Untuk maklumat lanjut korang boleh klik https://my2point5.zakatselangor.com.my/
MARI TUNAIKAN KEWAJIPAN
Zakat ini bukan beban ye tuan-tuan ,puan-puan ,inilah
hadiah Allah untuk kita bagi menyucikan segala harta yang akan jadi darah
daging kita nanti,jangan rasa terbeban,Insya Allah dengan berzakat,hati akan
tenang,jiwa pun lapang,pahala pun dapat,malah mampu memberi senyuman dan kegembiraan
buat saudara-saudara kita yang memerlukan.
Web : https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook
: https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram
: https://www.instagram.com/zakatselangor/
No
Telefon : 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)
2 Comments
Jom bayar zakat online sama2. Kot2 boleh menang sama2 kan?
ReplyDeleteMemamng mudah bila secara online, tak perlu beratur lama dah kan....jom jalankan tanggungjawab kita
ReplyDelete