Awal-awal pkp mula beransur di tamatkan memang dah plan ngan Mr D nak bawa Humaira ke zoo,memandangkan dia dah besar dah sekolah banyak belajar tentang haiwan tapi sebab Covid dan PKP ,asyik tengok gambar kat buku dan dokumentari kat tv je la,tak de pengalaman pegang,sentuh dan berinteraksi dengan binatang hidup.
Mulanya plan nak pergi Zoo Negara tapi memikirkan Cik Sue sakit lutut tak boleh nak banyak berjalan jauh kami pilih tempat yang lebih kecil ,asalkan Humaira boleh belajar tentang binatang ok la,jadi kami ke Farm In The City di Seri Kembangan.Dah beberapa kali Cik Sue datang sini,memang selesa,lagipun tempatnya redup tu yang suka teduhhh je hehhhe tak la panas sangat bawa anak-anak lagipun dekat je dengan rumah.boleh baca di SINI dan SINI ye pengalaman sebelum ni.
Awalnya nak suruh Mr D ambil cuti hari bekerja sebab Cik Sue tak suka pergi tempat macam ni hari minggu sebab tahu akan ramai orang ,tak suka sesak,kena pula musim Covid ni memang nak elakkan,tapiiii Mr D tak dapat cuti pula,mujur ada adik bongsu off day shift kerja dia,ajak la dia ikut,bukan apa Cik Sue tak mampu la nak handle Humaira sambil tolak stroller Haziq lagi,huru-hara nanti.
Nak datang sini lebih baik datang awal,diorang buka jam 10 pagi,terus masuk jadi tak panas sangat lagi dan nanti habis ronda dan main binatang ngam dah waktu lunch tengahari,sedang elok la.
Berapa harga tiket?
Ha dari segi harga tiket pulak,sekarang ada promo tuk saru keluarga ibu,ayah dan 2 anak dengan harga RM132 di sertakan dengan gift serta baucer menarik.Kalau harga sorang-sorang pun boleh,tiket boleh beli dan bayar di kaunter masuk.
Baca juga : Tips memilih makanan kucing
Kenapa Cik Sue dan keluarga suka datang Farm In The City?
Cik Sue suka datang sini sebab berkonsepkan haiwan peliharaan,jadi boleh masuk dekat dengan haiwan tersebut,anak-anak boleh pegang,sentuh dan bagi makan,jadi mereka akan lebih belajar dan teruja untuk dekat dengan binatang,tapi jangan risau ada pengawasan ketat dari staf mereka,dan staf mereka sangat membantu,beri penerangan serta tunjuk ajar.
Isnin - 10.00am hingga 6.00pm
Selasa - TUTUP kecuali cuti sekolah dan cuti am
Rabu - Jumaat - 10.00am hingga 6.00pm
Sabtu & Ahad - 9.30am hingga 6.00pm
Cuti Sekolah & Cuti Am - 9.30am hingga 6.00pm
Untuk maklumat lanjut boleh ke :
Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 – 8941 2099/3099
Facebook : Farm In The City
Instagram : @FarmInTheCityMalaysia
8 Comments
Tempat yang menarik untuk dilawati terutama untuk kanan2
ReplyDeletebest tempat ni, tak dapat nak join hari tu, disebabkan urusan pindah rumah, moga ada peluang ke sana lagi lepas ni
ReplyDeletelama betul dah x pergi ke sini. rindu
ReplyDeletegolongan kanak-kanak paling gembira berada di tempat di begini
ReplyDeleteSeronok pi sini sbb leh dekat dgn binatang2 kat situ. Siap leh bagi makan 🤗
ReplyDeleteBest wooo dating kat Farm in the City. Hehehe!
ReplyDeleteTempat baik untuk luangkan masa dengan anak-anak. Llama pun ada ye kat sana?
ReplyDeleteberbaloi la harga tu. ada masa nak bawak anak2 la
ReplyDelete