Hai semua,sihat ke? Seronok la ye semua dah boleh rentas sana sini balik kampung kan? Ada juga yang dah on semula aktiviti food hunting dan jjcm kan? Amboiiii meriah ye korang tapi jangan over sangat makan tu,kena jaga juga tau,kang terlebih berat menampung lemak badan sendiri yang sakit.Ha jadi la geng Cik Sue ni,jalan pun dah terhencut-hencut,orang ingat cedera padahal berat badan lebih,tumit dah tak boleh tampung haaaa kesiankan.
Niat nak kuruskan badan tu sentiasa ada tapi tu lahhhh ha banyak betul godaannya,terutama air manis adoiii nak cut sugar tu lebih payah tau dari banyak-banyak benda nak kena buat.Kita pulak orang pantai timur yang dah terbiasa benda manis adoiii lagilah payah.Di tambah pulak Cik Sue ni penggemar kopi ,ishhhh macam orang mati laki kalau tak dapat kopi sehari tau,kekadang punya nak kurangkan ,dapat bau pun jadilah haaaa teruk nau perangai.
Kalau dah buat kopi,takdenya la nak minum kopi pahit,mesti nak letak gula jugak walau sikit,dah tu macam mana nak kawalnya.Dah tu macam mana la nak dapat badan slim dan shape lawa huhuu .Alhamdulillah,baru-baru ni ada kawan suruh cuba Kitsui Coffee Xslim Shapez,mula-mula Cik Sue takut nak cuba,dari dulu lagi memang seram sikit dengan produk-produk yang berkaitan dengan kurus dan slim ni,ngeri tengok kes-kes yang di war-warkan bila ada bahan kimia yang tak elok dan memudaratkan badan.Bagi Cik Sue nak kurus biarlah dengan cara alami,semulajadi kita bersenam dan jaga makan,jangan ambil benda pelik-pelik yang kesannya meyakitkan tubuh badan di hari kemudian.
Tapiiiii,bila dok selidik pasal kopi Kitsui ni ,Cik Sue setuju nak cuba,sebab apa,ha meh Cik Sue cerita dengan korang.
Kitsui Coffee Xslim Shapez
Cik Sue selalu juga nampak produk Kitsui ni kat Watson tapi tak perasan pulak ada perisa kopi segala ni.Bila kawan cadangkan macam eh ada ye perisa kopi gini? Haaa rupanya dah lama pun ,dan dah ramai yang guna dan menjadi tapi bukan la minum ni terus jadi kurus ye,kena jaga makan dan bersenam juga ,Cuma produk ni membantu la mengawal dan menolong badan kita membuang lemak tu.
Benda pertama yang Cik Sue nak tahu apa bahan yang ada dalam Kitsui Coffee ni,syukur memang tak de bahan berbahaya, Ianya tiada hormon, tiada pengawet, tiada gluten, Non-GMO, tiada antibiotik dan tiada bahan kimia.Satu kotak Kitsui Coffee Xslim Shapez ni mengandungi 17 sachets 15 gram serbuk minuman yang boleh di bancuh atau shake dan setiap sachet hanya mengandungi 29 kalori sahaja,baguskan.Cik Sue dah rasa,sedap je sebenarnya,rasa kopi dia menyerlah dan walau tak de pemanis tetap sedap,rasa mocha sikit.
Malah dah dapat pengiktirafan serta halal ye,dah banyak dapat anugerah pun,jadi yakin la sikit Cik Sue nak guna dan alami sendiri kesannya.Jom tengok pula apa kandungan bahan penting dalam minuman ni yang membantu badan kita kurus secara sihat.
Bahan utama yang HEBAT. Ginseng Korea menguatkan sistem imun dan melawan keletihan badan terutama pada orang yang mengalami sindrom kekurangan tenaga. Ia juga membantu untuk fokus mental
Biji Kopi Hijau
Estrak serat dari biji kopi hijau mempunyai antioksidan yang tinggi membantu meningkatkan tenaga keseluruhan badan dan menyokong kesihatan otak.Estrak serat dari biji kopi hijau juga dapat membantu menjaga berat badan yang sihat disamping senaman dan juga pemakanan yang sihat.Serbuk ekstrak serat dari biji kopi hijau ini diperbuat dari biji kopi mentah yang ditanam secara semulajadi dan di ekstrak tanpa alkohol dengan menggunakan suhu yang rendah.
L-Carnitine
Mengurangkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.
Dengan tahap L-Carnitine yang lebih tinggi, badan menjadi lebih cekap dalam pembakaran lemak. Ini bukan sahaja mengurangkan jumlah lemak yang disimpan oleh tubuh juga membantu mengurangkan lemak perut, jenis yang mengelilingi organ penting dan berpotensi menyebabkan penyakit hati berlemak dan keadaan kesihatan yang serius. L-Carnitine juga meningkatkan kadar metabolisme badan. Metabolisme badan yang tinggi akan membantu program penurunan berat badan kerana ia akan meningkatkan pembakaran kalori dengan lebih cepat walaupun kita tengah berehat.
Hoodia
Ekstrak tumbuhan semulajadi yang dapat membantu mengurangkan selera makan. Dengan pengambilan makanan yang kurang, bermakna kalori pemakanan adalah rendah seterusnya dapat membantu menurunkan berat badan.
Siapa yang sesuai ambil Kitsui Coffee ni ?
-Yang berlebihan lemak di lengan ,peha ,perut dan leher (Cik Sue la tu hahaha)
-Berat badan bertambah setiap bulan
-Selera makan yang kuat (teringin itu ini sepanjang masa la ni hahah)
-Badan cepat letih dan lesu
-Tidak mengamalkan pemakanan sihat
-Kuat berdengkur
-Kurang bersenam
Korang boleh ambil satu sachet setiap hari ,mudah sebab dalam sachet bawa je gi kedai makan ,order air kosong suam ,setelllll hehee atau pun bawa shaker terus mudah minum dalam kereta dalam perjalanan ke kan.
Bahan berbahaya Sibutramine
Masa Cik Sue dook selidik pasal produk ni terbaca la juga pasal Sibutramine ni,kalau korang nak tahu ini la bahan berbahaya yang KKM haramkan dalam ubat-ubat kurus tu. Berdasarkan data daripada kajian yang di buat,Sibutaramine on Cardiovascular Outcome Study, pengunaan sibutramine didapati mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obes yang mengambil ubat berkenaan. Jadi Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memutuskan untuk mengharamkan bahan ini.
Korang boleh baca di sini ye :
https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/24-mei-2018/kesan-negatif-sibutramine-kuruskan-badan.html
Huishhh baca pun dah seramkan ,bayangkan kita nak kurus sekali pengakhiran terlantar dalam wad adoiii la.Alhamdulillah produk Kitsui ni bebas dari bahan tersebut ye ada bukti.
Nampaknya pilihan Cik Sue tepat la untuk cuba Kitsui Coffee Xslim Shapez ni ,Alhamdulillah dah habis 8 sachet,Cik Sue minum setiap pagi shakekan dengan air suam,dan minum air masak banyak-banyak ye,eh ini tak ambil produk pun memang kena minum air banyak-banyak ,penting ye hehehhe.
Bagi Cik Sue rasa dia sedap,nak kata dah kurus tu membohong la baru 8 sachet hahahah tapi ada rasa ringan badan dan Cik Sue rasa terkawal sikit selera makan,dah kurang perangai makan lewat-lewat malam,sekarang kalau terasa nak makan malam-malam tu Cik Sue minum air je dah ok.
Lagipun Cik Sue memilih Kitsui untuk kurus bila tengok testimoni yang dah guna ,nampak memang serasi,walau sebenarnya bergantung kepada badan masing-masing dan bukan semata produk ye,kena bersenam juga alaa ringan-ringan pun ok asalkan bergerak jadi Kitsui Coffee ni boleh la tolong badan kita.
Bagaimana nak dapatkan Kitsui Coffee Xslim Shapez?
Korang nak cuba? Jom kurus secara sihat dengan Kitsui Coffee Xslim Shapez ni . Jadi korang boleh dapatkan Kitsui Coffee Xslim Shapez ni secara online di website Kitsui. Malumat lanjut:
Instagram :
https://instagram.com/kitsuimalaysia
Facebook :
https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/
Website :
2 Comments
wah kak.. makin kurus lh gini.. jeles ni.. kena gak try beli ni..hihi tq sharing
ReplyDeletekalau diamalkan secara istiqamah memang ada kesan yang positif
ReplyDelete