Hai semua,sihat ke tu? Konpem semua segar bugar badan dan jiwa kan,maklumlah dah di benarkan merentas negeri dah boleh ke sana sini,dah boleh jenguk mak ayah kat kampung sapa je yang tak riang gembira kan? moga Virus Covid-19 ni cepat pergi dan hilang dari muka bumi dan kita hidup macm dulu semula.Tapi jangan galak sangat lagi ye,Covid masih mengganas,yang penting sekarang jaga diri dan keluarga sendiri,kena patuh segala SOP baru la boleh nak huha-huha kan.
Eh,dah lama pdpr dan bekerja dari rumah,dok mengadap laptop,pc dan handphone tu ,kalau korang ada masalah mata atau nak tukar spek mata baru ,ni Cik Sue nak rekemenkan Optom Eyecare di Bandar Baru Bangi dan cawangannya di Alor Star.Cik Sue dari mengandung hari tu lagi nak tukar spek mata sebab dah lebih 2 tahun,tapi masa mengandung doktor nasihatkan jangan tukar dulu sebab lepas bersalin tahap penglihatan dan rabun tu akan berubah,jadi tangguhkanlah dulu,tapi masa tu bawa juga adik pergi check mata kat Optom ni,korang boleh baca kat sini ye Check Saraf Mata Di Optom Eyecare.
Jadi baru-baru ni Cik Sue pergi semula ke Optom Bangi untuk check mata dan rabun semua untuk tukar spek baru,sebab makin teruk pula rasa sakit kepala bila buat kerja depan laptop dan tengok handphone,maklumlah sekarang buat bisnes ke atau kerja pun dah guna handphone ,rasanya banyak jam jugak la seharian menghadap handphone.
Kenapa Optom Jadi Pilhan?
Kenapa Cik Sue pilih Optom? sebab dia bukan kedai spek atau kacamata biasa,apa yang di tawarkan kat sini memang berbaloi.Konsepnya lebih kepada klinik mata sebab kat sini ada optometris berkelayakan untuk periksa mata bukan sekadar rabun atau silau tapi segala masalah mata korang,dari luar dari dalam sampailah saraf dalam mata.Dan pemeriksaan yang di jalankan memang teliti dan jika ada masalah dengan mata yang memerlukan rawatan lanjut di hospital ,mereka boleh keluarkan surat rujukan ye.
Satu lagi Cik Sue rasa puas datang sini sebab mesin-mesin canggih yang mereka ada,jadi kita boleh tahu detail keadaan kesihatan mata kita ye ,antaranya :
Mesin Autorefcractor - untuk pemeriksaan silau dan berapa power mata perlukan.
Mesin Phoropter - untuk pemeriksaan rabun dekat atau jauh.
Mesin Diagnostik - Untuk pemeriksaan selaput mata atau sebarang penyakit yang memberi kesan kepada kesihatan mata seperti darah tinggi ,kencing manis atau katarak.
Mesin Slit Lamp - Untuk pemeriksaan saraf mata,struktur mata.kornea,iris dan lensa mata.
Sangat berbaloi kemudahan dan perkhidmatan di Optom ni,bila lagikan nak periksa kesihatan mata dengan teliti,penting ye untuk kita tahu setakat mata keadaan mata kita bukan sekadar rabun dan silau sahaja,mungkin ada masalah dalaman saraf mata yang kita tak tahu.Sekurangnya bila di periksa kita boleh ambil tindakan awal merawat sebarang masalah.
Puas Hati Mata Dah Terang.
Pengalaman Cik Sue di Optom memang memuaskan hati sebab lengkap rasa penerangan dan pemeriksaan yang di buat.Alhamdulillah keadaan mata Cik Sue masih sihat cuma ada rabun jauh tapi tak tinggi,dan bacaan silau makin naik tapi sikit je la,ni mesti sebab main handphone sebelum tidur heheeh sambil susukan anak tu ,setelkan lah kerja-kerja yang patut di handphone,haaa itu la puncanya,
Keadaan dalaman mata pun masih sihat dan bagus,rupanya yang migrain dan sakit kepala tu sebab silau,selalunya bila drive malam hari memang Cik Sue akan migrain kalah dengan lampu jalan dan kereta bertentangan.
Lagi satu Cik Sue selesa datang ke Optom Bangi sebab staf semua sangat baik,dan optometrisnya sangat berpengetahuan,dan penjelasan yang di beri sangat baik mudah di fahami.Lagipun ruang menunggu sangat selesa dan mesra keluarga,bawa anak kecil pun mudah.
Alhamdulillah tak sampai seminggu pun spek Cik Sue dah siap,terus pergi ambil,oh ya kalau korang tak boleh datang ambil boleh je poskan atau delivery guna rider Grab atau Lalamove tuk kawasan berdekatan.Cik Sue masa tu kebetulan memang nak keluar jadi singgah la ambil,dan terus cuba,syukurrrrr puas hati sangat dari segi bingkai dan lensa berkualiti serta sesuai dengan Cik Sue.Terima kasih banyak Optom Eyecare Bangi.
Cik Sue rekemen sangat korang pergilah check mata di Optom ni,sekali pun jadilah ,korang boleh tahu keadaan mata korang,ingat kita ada sepasang je mata,takde ganti dah huhuuu.
Kat bawah ni detail Optom kalau korang nak maklumat lanjut atau nak terjah ye :
Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM
ii. GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9
iii. IG & page Optom Eyecare Bangi:
www.instagram.com/optombangi
www.facebook.com/optombangi
*👁️🗨️PM DIRECT*
wasap.my/601111479093
📞01111479093
2 Comments
Dari pemeriksaan mata kita boleh tahu kalau organ dalaman ada masalah ye? Hebat.
ReplyDeletesaya pun teringin untuk buat cermin mata..
ReplyDeletenata juga semakin kabur