Assalamualaikum semua...
Dah lama Cik Sue rancang nak buat rawatan rambut lepas pantang,last trim rambut masa mengandung Haziq 7 bulan lebih itu pun cuci je.Kebetulan selasa lepas keluar dengan adik dan anak-anak ke Jusco Cheras Selatan cari pakaian baru untuk kakak dan adik,maklumlah lama pkp berkurung anak-anak makin besar,kain baju makin senteng dan ketat,si Haziq pun tak banyak baju,dok pakai baju basahan kakak kecil-kecil dulu je.
Kepala pun dah rasa tak selesa sangat,dengan pantang sendiri,tak sempat nak betul-betul jaga dan cuci rambut,anak kecil lagi,jadi memang nak sangat la pergi salun rambut. Atas cadangan rakan,Cik Sue terus menuju ke SOHO HAIR WEAVE yang terletak di Bandar Baru Sungai Long,tak jauh dah dari Jusco tu.
|
kedainya belah barisan belakang rumah kedai,kena tengok betul-betul ye. |
Mula-mula sampai cuak jugak,sesuai ke ni ,selesa ke ni untuk wanita bertudung/muslimah buat rawatan rambut kat kedai ni? Cik Sue terus masuk dan tanya dulu.Ada staf wanita nama Yeoh ,terus Cik Sue tanya,dan dia bagitau yang sarankan kat Cik Sue tu kawan dia dan kedai ni memang sediakan bilik khas untuk wanita,tak campur dengan lelaki.Cik Sue jenguk-jenguk wahhhh selesa biliknya.Terus minta kebenaran bawa masuk budak-budak tapi ada adik la jaga,nak suruh tunggu dalam kereta kang tak selesa pula.Haziq pun baik sangat tak meragam Mok Su nya jagakan kejap.Sesi pun tak lama satu jam lebih je.
|
ruang terbuka untuk pelanggan lelaki |
|
ruang menunggu di hadapan
|
|
bilik khas personal sorang-sorang untuk pelanggan perempuan |
|
sebelah kiri tu bilik khas untuk pelanggan perempuan siap dengan langsir,jangan risau aurat terjaga. |
|
bilik untuk cuci rambut |
Rawatan kulit kepala dan rambut gugur
Cik Sue ni sebenarnya mengalami masalah rambut gugur yang sangat parah sejak Haziq lahir.Masa mengandung tak de pulak gugur perubahan hormon agaknya,jadi "postpartum hair fall" bukan mitos ye huhuuu.Tahap gugur rambut ni bukan sikit-sikit tau,setiap kali sikat rambut tak kira la pagi ke petang ke malam ke,dua tiga cekak rambut kat sikat tersangkut,yang Cik Sue pasti rambut gugur tu bukan putus-putus atau sekerat-sekerat,tapi memang tercabut dari akar/pangkalnya.
|
pemeriksaan kulit kepala. |
Jadi sebelum memulakan rawatan staf tu buat pemeriksaan kulit kepala dulu ,nak tengok masalah sebenar rambut dan kepala Cik Sue,dan dia pun terkejut tengok rambut CikSue gugur dengan teruk sampai belah kanan dan kiri hampir botak ye,cuma kurang risau sikit sebab anak rambut masih ada,jadi harapan tumbuh rambut baru tu masih ada,Insya Allah takkkan botak.
Bila di "scan" kulit kepala,Ya ampunnnnn memang berminyak teruk ye kulit kepala sampai menutup folikel rambut iaitu akar rambut,jadi mudah gugur.Bukan sebab tak cuci atau syampu ye,Cik Sue selang sehari syampu rambut,bila bagitahu staf tu jenis syampu,rupanya Cik Sue pakai syampu yang tak sesuai dengan kulit kepala dan jenis rambut,haiyaaaa.....mano la den tauuuuu huhuuuu....
Ha gambar atas ni hasil scan kulit kepala Cik Sue,yang putih-putih tu minyak kat kulit kepala ye,dah menutup akar rambut,jadi bila rambut sedia ada gugur,rambut yang nak tumbuh tak lepas keluar sebab minyak menutup,tu yang sampai nampak nak botak tu huhuuu Alhamdulillah staf tu kata akar dalaman masih kuat dan potensi untuk tumbuh masih tinggi,jadi kena rawat je,dan rambut Cik Sue sangat sihat tak de bercabang,berbuah atau rapuh,sangat sihat.Kulit kepala je jadi masalah.
Katanya kulit kepala Cik Sue jenis mudah berminyak,jadi syampu CikSue pakai hanya bersihkan rambut .tak bersihkan kulit kepala.Di tambah pula perubahan hormon selepas bersalin,menambahkan lagi keguguran rambut yang teruk.Jadi rawatan yang dia akan buat adalah rawatan kulit kepala,Cik Sue minta potong pendek bagi kemas dan cuci rambut sekali.
Mula-mula buat rawatan kulit kepala dulu,sapukan syampu dan ubat khas yang sesuai dengan hormon wanita lepas bersalin macam Cik Sue ke seluruh kulit kepala,dan stim/wapkan kepala bagi syampu dan ubat tu meresap ke kulit kepala.
|
stim/wap 15 minit |
|
cuci kepala dan rambut |
|
potong,trim dan blow |
Serius puas hati sangat perkhidmatan dan rawatan kat kedai ni,sepanjang buat rawatan pun ringan mulut staf dia terangkan semua,jenis syampu dan ubatan serta tonik yang di guna,jadi tak de la was-was,siap tunjuk depan-depan botol syampunya serta bahan-bahan yang di gunakan,lepas tu bagusnya siap tanya dulu nak ke buat ini buat itu,bukan suka-suka terus buat ye.Stafnya pun banyak bagi cadangan dan khidmat nasihat untuk masalah kepala dan rambut Cik Sue.Jadi tidaklah terpinga-pinga kan hehehe.
Nak tengok tak beza folikel rambut Cik Sue selepas rawatan? memang ada beza tau,syok betul.
|
nampak tak beza dengan yang mula-mula tadi |
Lebih bersihkan bahagian akar rambut tu,barulah senang rambut baru nak keluar,walaupun gugur nanti tidaklah sampai nampak botak sebab faktanya rambut manusia emmang akan gugur setiap hari antara banyak dengan sikit je la bergantung pada individu.
Perkhidmatan yang memuaskan hati.
Keseluruhannya Cik Sue suka kedai ni,banyak pilihan syampu dan tonik atau produk mengikut masalah-masalah pelanggan ,kenapa Cik Sue kata gitu sebab lepas Cik Sue,adik pun buat rawatan juga,mula-mula tak nak lepas tengok Cik Sue buat dan puas hati terus dia nak join sama,dan dia kata memang best segar kepala ,dia ada masalah kelemumur dan rambut berminyak.Kitaorang memang puas hati betul,sampai balik pun dok belai rambut lagi,tambah kembang hati bila laki kata nampak segar dan wangi rambut.
Kedai pun selesa,aurat terjaga,ada bilik khas personal,memang menjaga privacy wanita muslimah,tak de la nak risau dan dok berjaga-jaga je.Tak kacau orang lain buat rawatan ,senang nak borak apa-apa dengan staf ,tak de la segan sangat.
Jadi jom la sesapa nak memanjakan rambut dan kulit kepala tu ,nak buat potongan rambut jenis baru ke nak inaikan ke,nak warnakan ke,nak cuci je ke pun boleh ,untuk wanita muslimah jangan risau,aurat terjaga ye.
Ni detail korang boleh singgah salun ni ye,stafnya pun ramah,cari miss Joey heheehhe...
Sozo Hair Weave
No 2A Jalan SL 1/2 ,
Bandar Sungai Long,43000 Kajang.
Tel : 03-90115690/ 010-2222005
FB : SOZO HAIR WEAVE
IG : SOZO HAIR WEAVE
4 Comments
Wah... Syoknya! Bagus ada bilik khas untuk muslimah. Suka laaa ada servis check tahap kesihatan kulit kepala dan rambut.
ReplyDeletewahh dah lama tak masuk salon rinduuu..sejak pendemik hari itu.. tak sabar nak masuk salon
ReplyDeleteLama juga tak pergi salon ni..nak manjakan rambut..Kene cari salon berdekatan
ReplyDeleteStaff tu ada bagitau syampu apa yang sesuai untuk kulit kepala berminyak?
ReplyDelete