Assalamualaikum semua dan haiiii...
Fuhhh...lama tak munculkan diri kat sini,kita cuci sawang skit la...
Lama rasa tak menulis perkembangan diri kat sini,tempoh berpantang memang tak buka laptop ye,dekat pun tak ,nasib baik tak di buat sarang dek labah-labah heheheh.
Kali ni nak mencoretkan sedikit kenangan melahirkan cahaya mata kedua ku Ahmad Haziq yang agak mencabar juga di waktu-waktu pandemik Covid-19 yang mengganas sekarang.
Mengandung kali ni Alhamdulillah di permudahkan tanpa morning sickness yang teruk,lain dengan anak sulung 3 bulan tak boleh angkat kepala,dan masa anak sulung Cik Sue ada masalah GDM (kencing manis ketika mengandung) tapi kali ini berdepan masalah bacaan HB darah yang sekejap turun sekejap normal,low blood pressure.Setiap kali checkup memang kena bebel la ngan cik misi huhuuu macam-macam tips buat tuk naikkan bacaan,makan berselera je segala benda telan,tapi bacaan sama jugak.last-last redha je la.Kawal setakat yang boleh dan mampu.
Sepatutnya due date (tarikh jangkaan) bersalin Cik Sue ni 17 Mei 2021 (raya ke 5) tapi tetap tak de tanda-tanda nak bersalin jadi raya ke 5 tu Cik Sue kena pergi lapor diri la kat Klinik Kesihatan Salak untuk check tahap kesihatan dan keadaan kandungan.Alhamdulillah masa check tu semuanya dalam keadaan baik,ibu dan baby pun sihat aktif.Doktor bagi tarikh untuk serah diri ke hospital pada 23 Mei walau tak de tanda nak bersalin pun kena serah diri juga.
Balik lah Cik Sue ke rumah menikmati baki-baki menunggu hari tuk serah diri huhuu,3 hari sebelum serah diri dah mula lain macam ,dah terasa kepala anak dah kebawah sangat,pergi klinik desa tuk check dengan nurse,diorang pun kata dah masuk jalan,bila-bila masa je ni.
Dah mula risau,macam mana nak tinggalkan Humaira ni,kalau nak ikut ayahnya tak boleh masuk pulak kat kawasan hospital tu,dah mula susah hati.Tambah pula zaman Covid ni,suami tak boleh teman,mula la nak sebak bagai ni,tapi dok kuatkan hati,pasrah je dan doa banyak-banyak moga dapat nurse dan doktor yang baik-baik macam bersalinkan Humaira dulu,sebab pilihan kami masih Hospital Serdang.
23 Mei 2021 (Ahad)
Makanya cukup tempoh menunggu baby tak jugak mahu keluar,serah la diri ke Hospital Serdang.Fuhhh seribu satu rasa tau tinggal Humaira kat rumah,lepas sarapan siap-siap,Humaira pun bangun kebetulan adik bongsu ada kat ruma,minta dia temankan Humaira.Allahhhh sebak sayu semua ada dalam dada nak tinggalkan dia,mana pernah berpisah ngan dia pun.Huhuuu hati seorang ibu.
Sebelum pergi dah siapkan mental tuk hadapi waktu menunggu nak dapatkan katil kat wad ni,masa ni dah start rasa sakit dah tapi tak kuat,boleh gelak-gelak lagi.Sampai kat register dewan bersalin tu terus bagi buku pink,daftar dan buat swab test,terus cik sue bagitau kalau da wad kelas 2 nak masuk,tapi nurse kata ikut nasib sebab ramai,so ok je la.
Sementara tunggu katil kosong dan result swap test,dok kat bilik menunggu dan layan segala checkup la,masa ni dah rasa makin sakit tapi doktor check jalan tak buka lagi,contraction dah ada,Mr D cik sue dah suruh balik lepas hulur beg segala bagai kat pintu bilik menunggu dewan bersalin tu,nak ikutkan nurse kata beg tu nanti bila dah dapat katil suami boleh naik hantar atau kirim kat guard tapi malas la sebab beg pun tak berat sangat,lagipun suh Mr D balik cepat risau Humaira nangis kang.
Dari pukul 10 pagi menunggu ,dekat jam 3 petang jugak la baru ada katil kosong,sekali ngan cik sue ada la dalam 7 orang ibu-ibu masuk sekali satu geng hahahha,sekali sampai wad terdiam jap,rupanya kami dapat katil tambahan dah tepi laluan pintu keluar ke taman dan bilik menyusu ye,sib baik pintu tu kunci dah ,sabor je la,tapi ok la dari dok melangut kat sofa bilik menunggu kan.Syukurlahhhhh....
Masa Humaira dulu agak privacy sebab dapat wad kelas dua ,4 orang satu bilik,nak solat pun boleh kat katil,ni Cik Sue pergi solat kat surau je,dekat je la kat pintu besar wad tu.
Dah rehat-rehat baring hari dah petang ,terasa sakit makin kuat ,nurse terus pasang mesin dan check contraction tapi jalan tetap tak bukak lagi,orang sebelah dah kena sorong ke bilik bedah,emergency czer,yang katil selang satu pulak memang kena czer sebab ada masalah dari awal.Cik Sue dah tawakal je masa ni.Czer ke normal ke tak kisah la asalkan selamat.
Lepas makanan dinner sampai dalam pukul 8 Cik Sue dah start tak ketahuan hala dah,sakit yang amat tak tahu nak describe macam mana,tak pernah rasa sebelum ni sebab masa Humaira kan dok sakit dalam labour room dok sedut ubat tahan sakit last-last lembik terus emergency czer.Tapi kali ni Ya Ampunnnnn memang berair mata gak la,idok la nangis teresak tapi air mata keluar menahan sakit hahahah,Sib baik doktor Raj banyakkkkk membantu,tq sangat kat doktor tu dari Cik Sue sampai kat wad sampai keluar wad,layanan memang baik,macam tuan puteri lak rasa tolong ambil air minum bagai,ambilkan wheelchair dan tolakkan ke bilik nak check bukaan jalan,Tapi yang check doktor perempuan la.
So sepanjang malam CikSue melayan contraction je la,kejap bangun kejap duduk,time tak sakit sangat sempat buat air milo panas,siap jalan slow-slow keliling katil.Sampai la Subuh jalan buka 2 cm je.
24 Mei 2021 (Isnin)
Pagi Isnin,memang dah lembik sangat rasa,lepas sarapan doktor ronda dan check bukaan dah 4cm, doktor kata tunggu sampai pukul 10 tengok macam mana.Sepanjang menunggu tu memang tak tahan ,mulut memang tak henti berzikir,siap call Mr D ,bercakap ngan Humaira pun dah nangis-siap dia lak pesan ibu ikut cakap doktor nanti dah sihat boleh balik adoiiiii lagi la sayu,siap pesan macam-macam kat adik,call ma abah semua.
Sampai jam 10 doktor nurse dah datang ,check bukaan masih 4cm,sekali tekanan darah menurun,ah sudahhhhh,mula la berdebar,doktor dah kelam kabut.Sekali doktor perempuan datang bagitau,dia cadangkan czer sebab tekanan darah tak stabil tapi kalau nak jugak normal masih boleh kena siap-siap ke labour room terus senang nak pantau.Cik Sue pun terus tanya doktor tengok keadaan saya boleh ke normal atau kalau normal ada keberangkalian risiko lain.Doktor terus terangkan,diaorang cadangkan 80% czer je sebab Cik Sue tak pernah normal,jadi jalan nak buka agak ambil masa ,baby dan overdue risau baby lemas dan tertelan najis,tambahan pula tekanan darah Cik Sue tak stabil.
Cik Sue terus call Mr D dan cerita semua,Mr D kata ikut cakap doktor jadi redha je la czer jugak untuk kali ini,sebab fikirkan baby risau lemas.Dan doktor terus settingkan operation Cesarian Section untuk bersalin jam 3 petang hari tu jugak.
Masuk operation room dalam keadaan sedar ni lain ye feelnya,masa Humaira dulu Cik Sue dah hampir pengsan sebab lalok dengan ubat tahan sakit,tapi kali ni mata celik segar bugar ye huhuu,dalam hati tak henti selawat mengucap segala apa yang ingat dan hafal semua baca walau pun doa makan,haaaa jangan gelak ye.
Sampai saat kena cucuk bius pun sedar ye,kat tulang punggung tu sakit ya amat,dan masa operate pun Cik Sue sedar ,siap boleh bau hangit lagi,siap rasa baby di tarik keluar dari rahim fuhhhhh,perasaan tu tak tahu nak cakap macam mana,sepanjang operate mulut tak berhenti zikir ,dan tanpa sedar rupanya bukan dalam hati hahahahah satu dewan bedah dengar,dengan nurse and doktor join zikir sekali hhahha adoi la....Alhamdulillah yang uruskan Cik Sue dari nurse hingga doktor dalam dewan bedah semua perempuan,ada nurse bagitau masa nak bedah tu,borak-borak la ,tak formal pun,ai kan peramah hahaha.
Akhirnya jam 4.14 petang keluar la budak dobot ni ha,nurse terus letak atas dada and tunjuk jantina baby lelaki,and nurse kata patut la susah nak kuar 3 kilo lebih ,terus Cik Sue aiyarkkk besor jugak ,maira dulu kecik halus je 2.5 kilo hahahha
Dah setel semua jam 5.30 petang dah kat katil di wad,yang kelakarnya barisan katil Cik Sue 3 katil tu semua czer,siap nurse kata kalau nak apa-apa jerit ye sebab tak de orang sebelah nak tolong hahaha nasib baik meja nurse betul-betul depan katil Cik Sue heheh memang ku tempik je kalau tak dengar.
Terus rehat dan tido kepenatan ,nurse kata lepas 6 jam baru boleh minum air,Cik Sue memang dah ready air mineral ngan straw tepi katil sebelum masuk bilik bedah,dah ada pengalaman kan.memandangkan dah petang so tak de la orang hantar makanan dah air,pagi esok la jawabnya,huhuu laporrr tau.
Dalam jam 630 petang nurse suruh call suami datang ambil uri dan azankan baby,Alhamdulillah lepas maghrib Mr D sampai dan di benarkan naik atas,syukurr dapat gak jumpa,mintak belikan roti kot lapar malamnya ,ikutkan jam dalam pukul 12 or 1 pagi dah boleh makan.Jadi suh Mr D prepare siap-siap tepi katil.
Alhamdulillah dapat rehat ,baby pun tak banyak ragam cuma menyusu je sekejap syukur jugak dia dapat susu kolostrum pertama yang paling banyak khasiat,lepas tu terus tidur sampai pagi,Tq jugak kat nurse wad 5E Hospital Serdang,rajin tolong check dan tukar pampers baby heheheh,tahu-tau je kami kesakitan operate.
25 Mei 2021 (Selasa)
Pagi hari pertama bergelar ibu anak dua ecehhh,bangun dengan segarnya,luka czer dah mula raa ngilu huhuu ubat bius dah habis,bangun subuh-subuh lagi baby dah mintak susu dan memberak,Cik Sue dah perasan bila baby nangis tangan kepal dan ketar-ketar,tapi lepas tu dia ok dan senyap tido macam biasa.Jadi tak fikir apa-apa yang buruk la.
Sarapan sampai bubur nasi dan milo panas,makanan lembut sebab baru lepas operate kan,makan licin sebab lapar yang amat huhuuu,milo tawar pun rasa nikmatnya Ya Allah hehehhe.
Siap makan,bangun perlahan-lahan,ke bilik air,ni kali kedua czer jadi dah tahu step bangun dan jalan untuk kurangkan rasa sakit,malah doktor dan nurse galakkan bangun dan cuba bergerak supaya darah berjalan lancar,dan siap mandi bersihkn diri,tukar persalinan baru,doktor pun ronda dan check.Masa ni baby nurse ambil untuk cucuk BCG kat bilik lain.
Dah siap prosedur semua dalam jam 10 lebih ,Cik Sue dah mula cuak bila tengok baby orang katil lain semua dah balik ke ibu masing-masing,tapi baby Cik Sue tak balik,ahhhh sudahhhh,dengan menahan sakit mula la,sekok sebok dalam dada,mula la fikir bukan-bukan.Terus tahan nurse yang lalu -lalang dan tanya,nurse pun pelik sebab tak dapat info apa-apa,huwaaa lagi la rasa nak meraung.
Punya resah gelisah tunggu info ke mana la diorang bawa babyku,dalam pukul 11 lebih baru nurse pakai baju biru dari NICU datang kat katil dan bagitau baby kena bawa ke NICU sebab masa cucuk BCG ,nafasnya laju,jadi doktor nak check keadaan risau ada masalah lain.katanya kalau takde apa-apa maghrib kang dia pulangkan.Huwaaaaa dah berair mata masa ni,terus call Mr D,haaa merambu terus air mata,jenuh kawan tu sabarkan,dah la tak leh datang melawat nak pujuk,huhuu koyak wehhh bila bersalin baby tak dekat sebelah,keras pedal Cik Sue benda lain,tapi bab ni huhuu ratu air mata jadinya,dengan menahan sakit czer.
Nurse yang bertugas dalam tu pulak tak tahu info sebab lain-lain bahagian,asal datang bagi ubat je tanya mana baby,jenuh laaa aku ni menahan tangis nak menjawab huhuu.Akhirnya dalam 5.30 ptg,doktor Raj yang jaga Cik Sue tu datang bagitau,baby dah stay dalam NICU on antibiotik sebab kemungkinan ada kuman dalam paru-paru,huwaaaa tak malu dah depan doktor tu jugak berair mata meleleh-leleh,biar la orang kata cengeng pun.Firts time ye,hati ku lembut walau luar nampak keras huhu.Sampai dokotr dok nasihat ,sabar,jangan sedih,baby tu dalam jagaan pakar,nanti ok la,setakat ni tak serius cuma pemantauan.Dan doktor tu kata boleh je nak melawat ke NICU kalau nak susukan atau tengok baby ,tapi kena nurse bawakan la sebab takut jatuh tak kuat lagi kan,kena guna kerusi roda.Tapiiiiiii sampai la hari balik ,dua tiga kali mintak nak gi tengok ,tak denya nurse nak layan,diorg pun busy kerja masing-masing huhuu,kalau husband boleh masuk melawat,bolehla bawakan huwaaaa.
Jenuh sepanjang hari menahan hati,mujur juga tak bengkak susu lagi sebab baby sempat hisap susu 2 kali je tu pun sikit,dah la tak bawa bekas atau pam nak tampung,basah meleleh cam tu je la huhuu,dah la sayu tengok baby-baby katil sebelah-sebelah,cuba tenangkan hati,bertemankan Essential Oil Young Living yang bau-bau menenangkan dok sedut tuk legakan perasaan,tidur dan tolong jagakan baby diorang bila mak nya nak mandi atau ke toilet.
26 Mei 2021 (Rabu)
Dari semalamya Cik Sue dok menahan perasaan sebab tak de info apa keadaan baby kat NICU,hati ibu mana yang tak risaukan,malam tadi pun tak boleh tidur dok teringat baby,kejap-kejap terbangun eh mana baby ni huhuu,macam mana laaa ibu-ibu yang kehilangan baby tu kan,sebab tu kena beri perhatian lebih ibu lepas bersalin dan pantang tau,emosi tak stabil tambah-tambah yang kehilangan baby,sakitttttt ye,ni berpisah gini pun dah banjir weiiii.
Lepas sarapan doktor meronda and berita gembiranya dah boleh keluar,sekali doktor tanya mana baby,haaaa dah merambu air mata,nurse yang tolong jawab kan,terus doktor kata tak pe balik dulu,hantar susu je,terus doktor call bahagian NICU tanya keadaan baby kat depan-depan tu jugak,Allahhhh baru la lega sikit,bila doktor kata baby kuat ada jangkitan kuman pun sikit je,dah on antibiotik dan akan di pantau seminggu Insya Allah tak de apa-apa jadi ibu balik dulu,rehat dan pam susu hantar.
Lega la sekejap walau masih berair mata huhuuu....first time rasa rapuh betul jiwa ,ye laaaa baru sehari lahir berapa jam je bersama dah di ambil.Kucing pun hilang anak mengiau-ngiau kan huhuu.Jadi Cik Sue pun slow-slow kemas dan bagitau Mr D dah boleh keluar,tapi lambat sikit la nak selesaikan borang dan surat semua.Bila nurse bagitahu surat keluar dah sedia baru boleh datang ambil.
sempat la makan lunch dulu sebelum balik. Makanan hospital serdang sedap-sedap gak tau eh tiberr hahah |
Alhamdulillah dalam jam 6 petang,semua urusan surat menyurat dan borang selesai,Mr D pun dah standby dengan kerusi roda kat bawah dan terus naik atas ambil,sebelum balik sempat tanya nurse boleh ke pergi tengok baby kat NICU ,katanya boleh tapi ibu je boleh masuk,jadi pergi la jenguk sekejap dan kerusi roda tak boleh tolak masuk sebab Cik Sue dah discaj dari wad ,kalau masih pakai baju pink bersalin dan belum discaj nurse akan tolak dengan kerusi roda masuk,memandangkan Covid pun tengah menggila jadi peraturan lebih ketat sikit tak boleh masuk la yang lain.
Makan Cik Sue jalan la perlahan-lahan dengn ngilu perut di hiris tu ye huhuuuu,masuk je ruangan wad baby yang open tu Allahhhh berderai terus air mata ,belum nampak lagi baby sendiri tapi baby orang lain yang tebuk sana tebuk sini,wayar berselirat ,nafas hanya dengan bantuan mesin.Allahhhhhh Maha Besar kekuasaan Mu,mengucap panjang tau,Cik Sue tak pernah tengok ye ,serius lain tau rasa hati luluhhhhhh,mak diorang macam mana la agaknya,sebab tu kata kuatnyaaaa jiwa ibu-ibu sekalian.
Dapat la tengok dan bercakap sekejap dengan baby boy sayang ibu ni,kebetulan doktor yang jadi tengah update perkembangan dia dalam sistem dapat la borak dan tanya kondisi dia macam mana.Allahhh ringan sikit rasa sebak dalam hati bila dengar penerangan doktor tu.Nak susukan tapi nurse yang jaga kata dah bagi susu,dia minum banyak dah kenyang.
,cuma nurse minta hantar susu je nanti,susu hospital ada tapi lebih elok susu ibu lah untuk baby cepat sihat dan kuat badannya.
Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat dan berehat,sian kakak Humaira tercari-cari adik.huuuuu
Panjang pulak rasa coretannya nanti la sambung part Haziq di NICU ye dan cerita berpantang sendiri zaman COVID ni.
0 Comments