Nasi Dagang Premium Terlaris di KL : Nasi Dagang Grannies

Siapa suka makan nasi dagang? Selalunya yang asal pantai timur mesti tahu dan ramai juga yang gemarkannya kan? Cik Sue kecik-kecik dulu tak suka sangat sebab rasa macam nasi dia pelik,mungkin sebab ada halba kot tapi bila dah besar aka tua ni boleh telan pula.bila adik kahwin dengan orang Terengganu,makan pula masakan mak adik ipar yang original resepi Terengganu ,fuhhh tersangkut terus ye,jatuh cinta kata orang hehhe

Nasi Dagang Grannies 

Tapi zaman-zaman pkp kuarantin Covid yang tak habis-habis ni ,tak merasa la nak ke Terengganu mudah-mudah ye huhuuu rindunyaaaa original Nasi Dagang sana.Kebetulan betul baru ni rakan blogger dok bercerita nasi dagang terkenal di KLCC sedap yang amat.Pelik ni,dulu lama juga Cik Sue kerja dalam KLCC tu kenapa laaa tak tahu huuhuuu,sejenis tak explore kalau sensorang kan,gitu laaa.

Tanya la kawan tu ada delivery ke,teringin pula,kebetulan adik bongsu pun ada kat rumah berbaloi juga kalau order.Risik-risik Alhamdulillah diorang hantar sekitar Lembah Kelang dan Selangor dengan caj penghantaran tertentu,eh tak pe la sesekali nak makan sedap kan.

Tu diaaaaa....namanya NASI DAGANG GRANNIES dengan tag line TERLARIS DI KLCC,memang sesuaiiiii sangat la,baru buka plastik pun semerbak bau aroma nasi dagangnya,Allahuuuu tengah tulis ni pun berkeriuk rasa perut,terliur huhuuu.


Pembungkusannya memang menarik dengan daun pisang fresh, nasi panas-panas di gabungkan dengan lauk - pauk pilihan, memang boleh membuka selera ye.Cik Sue ambil set Jumbo Kenyir,memang puas hati makan,sebab ada pilihan lauk ikan aye atau tongkol,udang,telur dan ayam.Memandangkan Cik Sue masih dalam pantang bersalin walau dah hujung-hujung,Cik Sue jamah yang lauk ayam je la,yang lain risau lak gatal luka czer kang,tapi tengok Mr D dan adik makan,licin semua lauk-lauk tu ,maknanya??? sedap la tu,Cik Sue sempat la rasa kuahnya memang pekat dan rasa rempah yang sama macam makan di Terengganu,memang original resepi,patut la laris dan dapat permintaan ramai.

Dari segi rasa memang puas hati ye,korang takkan ada rungutan bila makannya,dari nasinya ,acar,ke lauk-pauknya memang lengkap dan rasa yang menepati selera penggemar nasi dagang sejati,haaa gituuuuu,tak tahu nak cerita la keenakan nya macam mana,tapi memang berbaloi duit yang di keluarkan membeli dengan keenakan hidangannya .

Tambahan beras yang di gunakan adalah beras Basmathi 100%, dengan gabungan halba dan santan berlemak,alahaiiiiii terliur dan teringin pula bila dok cerita ni,pstttt ibu menyusu makan nasi dagang susu meriah tau sebab ada halba hehehhehe.

Selain dari set yang Cik Sue beli tu ada juga set dan pakej lain yang sesuai dengan permintaan pelanggan,mana yang nak buat makan-makan dengan keluarga ke musim-musim pkp dok di rumah ni,nak hadiahkan kepada kawan-kawan ke,nak sedekah pada mereka yang memerlukan ke,memang sesuai,tempah sahaja dan mereka hantarkan.Penghantaran pun cepat,pantas dan selamat,makanan sampai panas-panas lagi tau.


Keenakan Nasi Dagang Grannies ni membuatkan Humaira yang memang anti dengan nasi pun makan tau,dia makan dengan lauk ikan tongkol tu,Ya Allahhhh seronok tengok dia makan habis semangkuk nasi dengan kuah dan isi ikan,kalau takkkkk memang bergaduh besar setiap kali nak makan nasi,ni dia dok bau lauk ikan tu awal-awal dah cakap nak makan nasi.

Kalau tanya Cik Sue lauk mana yang sedap,korang cuba dulu lauk ikan tongkol tu,memang menepati selera anak tekak,cukup rasa ,rempah ratusnya,dengan pekat kuahnya,masam manis masinnya semua kena tau,rasa nak hirup je kuahnya tu.Lauk -lauk lain pun tak kurang,ayam lembut sangat Mr D kata seolah di masak lama sampai meresap rempah kuahnya.



Cik Sue memang rekemen korang cuba,tak rugi ye,kalau korang nak cuba boleh dapatkan info di link yang Cik Sue bagi di bawah ni ye : 

Whatsapp/ Call : 013 907 5199
Facebook : Grannies
Instagram : Grannies.my

Post a Comment

1 Comments

  1. ni mmg un suka, lepas ni la repeat lagi untuk makan2 di pejabat, tapiorg office suka nasi bnyk..kena beli extra nasi.

    ReplyDelete