Bayar Zakat Secara Cashless Ramadhan Ini.

 Assalamualaikum,Salam 11 Ramadhan semua,sekejap je kan,pejam celik dah 11 hari kita puasa.Masih lagi dalam norma baru akibat pandemik Covid19 kini,banyak benda yang terbatas untuk kita lakukan dalam buan Ramadhan ni,terawih,bazar ohhh rindunyaaa suasan Ramadhan sebelum 2020.Dan ceritanya tahun ni pun tak boleh rentas negeri lagi untuk berhari raya dengan keluarga di kampung.Segalanya hidup dengan SOP kan.

Walau apa pun yang berlaku satu yang tak berubah dalam bulan Ramadhan adalah ibadah kita kan,kalau tak dapat nak terawih ramai-ramai di masjid dan surau boleh je buat sendiri kat rumah,sunat je pun.Yang pening buat,sama juga zakat,jangan kita lupakan,walau dalam menjaga SOP Covid19 ada banyak cara untuk kita lunaskan kewajipan berzakat di era moden ni.


Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan pada bulan Ramadhan.

Syarat Wajib Zakat 

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

-Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

-Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

-Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah


Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.

Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.

Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal.


Kadar Zakat Fitrah 

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.



Zaman-zaman pandemik ni macam leceh pula nak cari amil untuk pembayaran zakat fitrah,jadi jangan risau LZS mneyediakan pelbagai platform dalam talian untuk memudahkan pembayaran zakat fitrah,salah satunya adalah melalui mesin ATM sahaja,mudahkan? 

Bayar Zakat Fitrah dengan Mesin ATM 

Hanya pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa di bank berikut sahaja boleh melakukan pembayaran zakat melalui mesin ATM :

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Public Bank
OCBC Bank
RHB Bank
Bank Simpanan Nasional


Sebagai tambahan pemegang akaun BIMB seharusnya mempunyai kad Smart ATM sementara Public Bank pula adalah PR Card ATM.

Untuk pelanggan BIMB, dikehendaki terlebih dahulu mendaftar di mana-mana cawangan BIMB. Pelanggan akan diberikan “ Kod Penerima “ semasa pendaftaran.

Apabila ingin melakukan transaksi pembayaran zakat, pembayar perlu memilih menu “ Lain-lain “ diikuti dengan menu “ Pembayaran Bil “.

Kemudian pembayar dikehendaki memasukkan nombor “ Kod Penerima “ yang diberikan semasa pendaftaran.

Pemegang kad Smart ATM (BIMB) dan PR Card ATM (Public Bank) boleh melakukan transaksi pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Selangor (MAIS) di mana-mana cawangan samada di sekitar Lembah Klang atau Negeri Selangor Darul Ehsan.

Pembayar yang membayar melalui kemudahan ATM Mesin dinasihatkan menghubungi Ibu Pejabat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Unit Proses Kutipan, Bahagian Kutipan (JDK) selepas selesai melakukan transaksi bayaran untuk tujuan kemaskini alamat perhubungan bagi memudahkan proses pengeposan resit rasmi.


Jom Zakat Cashless Sepanjang Ramadhan kali ini.

Sempena Kempen Pay Smart Stay Smart, LZS telah menganjurkan Jom Zakat Cashless Sepanjang Ramadhan yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula dari Tarihk 13 April sehingga 12 Mei 2021.

Korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan bermanfaat dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000.



Caranya degan tiga langkah mudah sahaja : 

1. Korang bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, 
e-zakatpay, online@branch, mobile banking, ATM Machine atau e-Wallet, yang penting cashless.

2. Imbas kod QR atau korang boleh terus isi borang di 


3.Daftar e-zakat online di ezo.zakatselangor.com.my




Zakat Sentiasa di Hati 






Jom jadikan zakat amalan kita,dapatkan kebahagian dan ketenangan jiwa melalui pembersihan harta seharian dan yang terkumpul,Insya Allah keberkatan rezeki akan hadir malah tak mustahil melimpah-ruah lagi.

Ingat ,dalam rezeki kita ada rezeki orang lain yang perlu kita lunaskan,dan menjadi bekalan kita di akhirat nanti.

Untuk maklumat lanjut, layari
https://www.zakatselangor.com.my

Tunai zakat anda di
https://fpx.zakatselangor.com.my

Facebook: Zakat Selangor
Instagram: @zakat selangor


Telefon: 1 300 88 4343

Post a Comment

1 Comments

  1. tinggal berapa hari je lagi ni. cepat cashless zakat jom!

    ReplyDelete