Selasa lepas bermulanya 1 Ramadhan dan kebetulan adik bongsu cuti,Cik Sue terus mengajak dia buat pemeriksaan mata memandangkan dah beberapa dia mengadu sakit kepala dan migraine.Tengokkan tabiat dia suka sangat main handphone dalam gelap,Cik Sue syak mata dia ada masalah tu.
Malas nak drive ke KL,pusing-pusing Bangi je la dan kami pilih Optom Eyecare Bangi berhadapan Menate Steakhub tu,sambil-sambil Cik Sue pusing cari barang,mula-mula sampai ingatkan kedai spek mata biasa je.Bila dah masuk dan dengar penerangan staf dia baru tahu apa kelainan di sini.
Optom Eyecare bukan sekadar kedai cermin mata biasa,mula-mula korang masuk mesti macam " eh sikitnya cermin mata? jual ke tak ni" Cik Sue cam tu la hehehe,tapi ruang kedai memang selesa la dan mesra OKU ye.
Bila di terangkan oleh staf baru tahu Optom Eyecare ni lebih kepada klinikal servis iaitu pemeriksaan detail mata ,kiranya korang akan di periksa dengan teliti apa masalah mata korang bukan sahaja dari segi rabun dan silau tau.Bahasa mudahnya pemeriksaan mata sehingga ke saraf dan keadaan dalam mata,jika ada kesan dari penyakit-penyakit atau masalah kesihatan mata yang lain,contohnya kesan dari diabetes,selaput mata atau ata yang cedera.Menggunakan mesin yang canggih korang boleh tahu apa masalah mata korang,dan jika perlu di rujuk kepada hospital atau doktor,pihak Optom Eyecare akan keluarkan surat rujukan dan mereka memang layak ye.
Jadi,kalau datang sini sebelum nak buat spek,memang akan di periksa dulu,atau kalau nak datang untuk periksa mata sahaja pun boleh.Kalau nak buat spek pun akan di rujuk dengan keputusan dari pemeriksaan mata itu dulu ye.Ada beberapa langah pemeriksaan yang akan di jalani pelanggan,jom tengok apa langkah yang korang kena lalui.
Pemeriksaan Silau dan Rabun
Ini pemeriksaan biasa la bila ke kedai spek untuk buat spek kan,cuma kat sini lebih terperinci dengan mesin dan manual.Adik Cik Sue di periksa dan betullah dia ada rabun jauh dan silau yang agak tinggi,haihhhhh dah agak dah.
Pemeriksaan manual untuk kanta yang sesuai pula di jalankan,ala yang tengok huruf-huruf tu,lama jugak la adik Cik Sue di periksa sebab nak dapatkan kanta yang sesuai dengan mata dia.
Pemeriksaan Saraf Mata
Okey,bila dah setel part silau dan rabun tu,staf akan periksa mata korang dengan mesin khas,haaa ini la kelebihan Optom Eyecare,pemeriksaan saraf mata dengan mesin khas mereka ,kalau-kalau ada masalah dalam bahagian mata korang,akan di kesan kat sini ye,Dengan pemeriksaan ni akan nampak la saluran darah sekiranya terdapat masalah seperti pembuuh darah pecah atau sakit yang menyebabkan kerosakan saraf mata.
Alhamdulillah part ni mata adik masih ok cuma saraf mata agak stress sebab mata di paksa bekerja keras ,ye la dok main handphone dalam gelap,banyak dok mengadap skrin masa kerja lagi,balik mengadap handphone lagi,mata tak cukup rehat dan agak kering.Haaaaa pasni kena kurangkan dan memang kena buat spek la dia,untuk silau dan rabun jauh tu,peting juga sebab dia bawa motorsikal ,kang kalau tak nampak bahaya pulak.
Pilihan pelbagai kacamata menarik dan berkualiti.
Selepas selesai dengan semua pemeriksaan berkaitan masalah mata tu,barulah kita akan pilih spek yang sesuai mengikut keputusan pemeriksaan.Ada banyak juga sebenarnya pilihan frame berjenama dan berkualiti di sini,malah ada pilihan kalau korang nak custom made spek sendiri mengikut bentuk muka,maklumlah setiap orang kan berbeza ,ada yang kedudukan telinga ke atas sikit,ke bawah sikit,muka lebar,muka tirus,konsep ni di panggil Bespoke.
Pilihan customize frame kacamata mengikut kesesuaian muka individu (Bespoke)
Korang akan di bawa ke satu bilik untuk di beri penerangan dan di ambil ukuran bentuk muka menggunakan satu aplikasi yang di sediakan,kemudian bentuk serta warna serta jenis spek akan di pilih dalam aplikasi itu mengikut kesesuaian ukuran bentuk muka dan kedudukan yang sesuai,memang best tau,boleh pilih nak bentuk macam mana dan boleh terus nampak ia sesuai atau tidak dengan bentuk muka korang,nak petak ke,bulat ke,lonjong ke semua ada hehehe,malah untuk wanita bertudung kalau tak nak tudung kembang ke penyek ke punnnnn ada ye.
Mudahkan? tak yah pening-pening dok menung nak pilih mana yang sesuai dengan korang,aplikasi tu memang akan bagi ukuran sebenar bentuk wajah.Jadi pilih je yang mana berkenan.Oh ya,yang custome made ni ambil masa sikit la nak siap,nak pun tempah khas kan dannnnnn kat framenya korang boleh letak nama sendiri tau ,untuk 10 huruf.So senang la ,tandakan nama siap-siap.
Pakej frame dan kanta serta pilihan spek berjenama
Kat sini juga di sediakan pakej cermin mata frame termasuk kanta dalam bentuk pakej berharga RM250 ke atas dan untuk power mata 400 ke bawah,korang boleh dah dapat satu spek dalam pakej ni,boleh pilih je dari kaunter yang di pamerkan.Framenya agak berkualiti,dari besi fleksibel dan ada pelbagai pilihan frame yang cantik sertaa pelbagai warna serta bentuk.
Ada juga pilihan blue lense untuk yang kerap mengadap skrin bila bekerja dan kanta transition yang boleh bertukar gelap bila silau tu ye,kanta mereka sediakan agak berkualiti ye,jangan risau,boleh pilih yang mana berkenan sesuai dengan harga.Ada juga frame berjenama yang boleh lentur dan ada hiasan batu Swaroski yang cantik,haaa mana yang nak bergaya dengan frame lawa-lawa tu boleh la.
Untuk kanak-kanak juga tak ketinggalan ye,maklumlah budak-budak sekolah sekarang pun belajar melalui skrin,mata mudah dapat rabun dan silau.Kat sini pun boleh dapatkan ye,yang tahan lasak dan sesuai juga untuk bersukan,tak de la ceritanya asyik patah la,jatuh la huhuuu.Bentuk spek ,warna dan material pun menarik.Malah ada yang tak de skru hanya guna klip sahaja,selamat untuk kanak-kanak.
Dari segi harga pula bagi Cik Sue memang berpatutan dan korang ada pilihan pelbagai harga ,tak perlu risau sebab ada harga untuk pelajar,low budget dan yang berjenama mahal,jadi terpulang kepada korang nak yang harga macam mana.
Tapi yang pasti Cik Sue sangat rekemen korang ke Optom Eyecare ni sebab memang berbaloi untuk check mata secara detail dari awal,bukan semata rabun dan silau ,first time Cik Sue tengok macam mana nak check saraf mata tu,kalau kat hospital mesti lama menunggu kan untuk appointment,pilihan lain yang ada korang datang je sini ,senang,kalau ada masalah kritikal tetap akan di rujuk ke hospital juga,jimat la masa kan.
Detail kedai ni korang boleh tengok di bawah ni ye :
Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM
ii. GPS:
https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9iii. IG & page Optom Eyecare Bangi:
www.instagram.com/optombangiwww.facebook.com/optombangi*👁️🗨️PM DIRECT*
wasap.my/601111479093📞01111479093
Oh ye! Jangan lupa jawab soalan ni kalau nak dapatkan UV420 LENS ni. Terhad untuk 1000 penyertaan pertama je tau. So cepat-cepat jawab survey ni ok.
http://optom.com.my/survey/
3 Comments
nak tukar spek jgk..:)
ReplyDeleteKami dah cek mata kat sini.. memang terbaik layanan dan penerangan diorang..
ReplyDeletealaaa macam mana nak rentas negeri.. ayoo
ReplyDelete