Alhamdulillah,Humaira nak jadi kakak dah.

Hai Assalamualaikum semua,
Dah masuk 6 bulan dah haaaa,baru ada kerajinan nak menulis hehehhe,tak adil la kan,masa kakak ada update kena la update gak tuk adik wat kenangan hari tua ibu hahaa.Ramai je yang dah tahu kan,tapi nak update juga.Alhamdulillah mengandung untuk kali ke dua selepas 5 tahun umur Si Sulung Humaira,sejujurnya Cik Sue dan Mr D tak merancang selama ini.Sekadar mengikut saranan doktor lepas bersalinkan Humaira secara Czer,di nasihatkan tidak mengandung dalam tempoh 2 tahun,bukan sahaja sebab Czer tapi masalah kesihatan Cik Sue,tapi selepas 2 tahun memang kami berusaha tuk dapatkan adik kepada Humaira  memandangkan usia kami yang makin bertambah,akhirnya selepas 5 tahun Allah kurniakan juga rezeki untuk kami.Syukur sangat.


Dannnn sama jugak seperti mengandungkan Humaira dulu,dapat tahu sebab demam dan kencing kotor (tak cukup minum air) tapi masa dah tahu kali dah sebulan lebih nak masuk 2 bulan dah  pun.Tak sedar ke lewat period? bukan tak sedar tapi sebab sebelum tu Cik Sue ada ambil jamu kampung,ingatkan efek makan jamu lambat sikit period,rupanyaaaa dah "lekat" ,baru makan sebotol beli dengan ex-blogger gak kat Kuantan.Tapi tak pasti la sebab jamu ke atau memang dah rezeki,kami ambil jamu untuk laki bini tapiiii Mr D tak makan sangat pun,time dia ingat je hahahhaa.Asalnya ambil jamu tuk kuruskan badan masing-masing yang macam tong dram ni hahahah.Alhamdulillah,tak kurus tapi "gemuk" lain hahahaha.


Tak de alahan ke?

Alhamdulillah,kali ni tak seteruk mengandungkan Humaira dulu.Masa Humaira,3 bulan terlantar kat katil memang tak leh buat apa,makan minum semua dalam bilik,muntah pun bertadah,bangun mandi dan solat je huhuuuu,memang kalau di ingat adoiii malu nak cerita ngan orang tau.Kali ni syukur tak seteruk itu,tak de morning sickness tapi ada night sickness hahahah bagi istilah sendiri lak,apa taknya asal malam je muntah tak ingat dunia,apa makan seharian semua keluar huhuu,syukur juga time tu Mr D dah balik kerja ,dah ada kat rumah,so boleh la tolong uruskan Humaira dan urut-urut.

Mungkin tahu mengandung dah 2 bulan jadi tempoh masa morning sickness trimester pertama rasa sekejap je la kan,ni masuk trimester kedua dah cergas dan makan banyak la pulak ,selera kemain makan,akhirnya misi doktor warning,kurangkan makan malam selepas pukul 8,dah overweight dah ni huhuuuu.

Sekarang dah masuk trimester kedua,masalah Cik Sue cepat mengah dan kalau tidur malam mudah sesak nafas macam semput asama tu,kemungkinan sebab berat badan yang naik mendadak agaknya.Pastu malam-malam tak boleh tidur,sakit dada,rimas,pastu mula la lapar hahahah adoiiii la.
Pagi pula,lepas Mr D gi kerja,Cik Sue apa lagi ganti tidur laaaa,ngantuk weiiii malam tak leh tidur huhuuu.


Checkup dan cabaran mengandung waktu Covid19.

Syukur checkup kali ni masih di klinik yang sama macam yang dulu,dekat je dengan rumah,jadi Cik Sue masih boleh drive ke klinik sendiri,dan boleh bawa Humaira sama sebab klinik desa masih boleh bawa budak ,kalau ke klinik kesihatan je terpaksa la Mr D hantar dan jagakan Humaira kejap,sementara Cik Sue checkup,sebab SOP Covid tak boleh bawa kanak-kanak yang tak berkaitan.

Cabaran dalam waktu Covid19 ni tak de lah beza sangat cuma dari segi prosedur SOP waktu checkup dan appointment dengan klinik serta hospital jadi ketat la sikit.Pada tu Cik Sue dok risau juga ni,bersalin nanti kali ni suami tak boleh teman di wad dan labour room huwaaaaa,ai is hati tisu,nak suami ada jugak sobs sobs,kenalah tabahkan hati nanti huhuuu.Kalau masa Humaira dulu 10 jam dalam labour room ,sepanjang itu la Mr D ada teman memang dok sebelah tak berganjak,sampailah kena tolak masuk dewan bedah baru dia tak boleh masuk.

Doakan ye moga Cik Sue kuat fizikal dan mental nanti,dan di mudahkan urusan melahirkan,juga moga di rezekikan bersalin normal pula,nak merasa juga heheh tapi kalau terpaksa jugak czer ,redha je la asalkan anak dan ibu selamat kan? tak kisahlah mana-mana pun.



Syukur sangat rezeki mengandung kali ni,Humaira dah besar dan faham apa yang berlaku dan tahu ibu tak sihat ,ada adik baby dalam perut.Terharu tacing puak tengok dia dah mula faham nak menolong,ambil berat pasal ibu tak sihat,dah ada sikap tanggungjawab,anak sulungkan,aduiiiii terharu betul rasa macam baru je semalam perut kena toreh keluarkan dia.Cepat betul masa berlalu dan dia membesar.Sekarang dia la jadi tukang bebel bila ibu lambat makan ubat,tak minum air masak,selimutkan ibu bila tidur,ambilkan air untuk ibu.Dah pandai pergi toilet sendiri,kalau ibu tak larat dah pandai buka peti ais cari makanan dan air sendiri bila lapar,Allahhhh hai nak,moga Allah pelihara kamu selalu.

Syukur juga Mr D dah lebih berpengalaman sekarang mengurus rumah,ye la dah ada anak,nak masuk dua dah kan hehheh memang beza la dari anak pertama masa tu tak tahu apa,agak kekok.Alhamdulillah sekarang setakat nak ikut arahan masak senang-senang tu boleh je antara malas ngan rajin larat ngan tidak je la,kalau penat sangat balik kerja tapau je la jawabnya hheheh tapi bab kemas rumah,kain baju ,basuh pinggan,dia lagi cerewet ye dari Cik Sue ehehhehe syukur sangat-sangat,part membebel pun lebih dari Cik Sue hahahahha.

Harap-harap segalanya mudah untuk kelahiran kali ni,setakat ni checkup baby dan ibu sihat walafiat,ibu nya pun terlebih sihat dah ni kikiki.Doakan Cik Sue dan baby selamat ye dan di mudahkan.


 

Post a Comment

9 Comments

  1. hehe, tadi baca cerita qaseh, ni cerita kak sue plak..semoga selamat semuanya, InsyaAllah, kak sue kental, IQ pun bersalin sorang2 utk dua2 ank, tak berpeluang nak ada suami teman...sedih betui

    ReplyDelete
  2. Yeyyy dah update pun haha, sama2 lah kita jaga diri ye, bestnya dah lepas fasa alahan. InshaAllah kita kuat, semoga kaksue and baby sihat2 dan kuat selalu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...Humaira nak jadi Kak Long dah..buat Sue..jaga diri..jaga pemakanan ye

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa baca kaksue. Humairah dah nak jadi kakak dahh ha. doakan fizaa pulakkk kak

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan kak sue sekeluarga. Kami doakan kandungan sihat dan juga kaksu amalkan ayat2 quran , cara hidup sihat supaya baby membesar dalam alam roh dah jadi insan hebat.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... dah nak jadi kakak dah Humaira...tahniah Sue.. Take care.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Tahniah kak sue. Seronok lah Humaira dah jadi kakak.

    ReplyDelete