Kebaikan Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) dari D'Aura.

 Hai semua,

Korang sempat tak merasa sapu minyak kelapa yang di proses secara tradisional oleh nenek-nenek,mak-mak kecil-kecil dulu kat kepala sebab nak rambut cantik? Cik Sue sempat tauuuu….nostalgia betul tengok nenek dok mengerjakan kelapa kat dapur kayu tanak dan buat minyak kelapa sendiri,tuk buat mengurut,tuk sapu kat rambut ,ada yang nenek campurkan dengan bunga-bungaan tuk bagi wangi.Ada juga yang di guna untuk memasak,yeee lagi sedap masakan tau.

Masa silih berganti ,zaman semakin moden,proses nak buat minyak dari kelapa pun dah di permodenkan dan khasiatnya boleh di nikmati semua dengan harg lebih murah kan,banyak dah sebenarnya keluaran minyak kelapa dara di pasaran tapi kali ni Cik Sue nak kongsi dengan korang kelebihan dan kebaikan Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) keluaran D Aura,yang memang memasarkan produk minyak kelapa dara dalam pelbagai bentuk.

 

Apa itu AVCO ?

AVCO ni adalah minyak kelapa dara yang dah di formulasikan dengan aroma tanpa menjejaskan keaslian dan khasiat itu sendiri,jadi tak de la bau yang kurang menyenangkan untuk di sapu ke badan nanti.Malah AVCO ni kaya dengan antioksidan dan Vitamin E yang sangat baik untuk penjagaan kulit dan rambut.AVCO ni di datangkan dalam 2 wangian iaitu Floral Fresh dan Morning Dew tapi jangan risau wangian extrak dari tumbuhan ni hanya 1% je 99% lagi adalah minyak kelapa dara tulen ye.

 


Kebaikan AVCO

Seperti kita tahu minyak kelapa dara memang tak di nafikan khasiatnya dalam kehidupan seharian kita,malah pelbagai guna untuk kita,antaranya :

-Melembap,meyubur dan melembutkan kulit serta rambut

-Kaya dengan antioksidan dan Vitamin E

-Agen anti penuaan dan memperaiki struktur kulit

-mengurangkan pori tersumbat dan kedutan

-100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia

-Menggunakan minyak kelapa dara berkualiti tinggi

-selamat di gunakan tanpa kesan sampingan

 

Bagaimana Cik Sue menggunakan AVCO?

AVCO ni bukan untuk minum ye,yang ini untuk sapuan luar sahaja,kalau untuk di makan boleh ambil produk lain keluaran D Aura,boleh lihat di laman web mereka ye.Avco ni boleh di gunakan dengan cara sapuan dan penyerapannya dalam 5 ke 10 minit,tapi jangan risau tak berminyak sangat pun bila dah meresap.Cik Sue guna kat mana dan untuk apa AVCO ni ,haa meh nak cite :

1.        Sapu ni rambut dan kulit kepala Cik Sue dan Humaira (anak) – rambut Humaira ni memang jenis kalau tak pakai pelembap atau minyak mesti jadi kering ,jadi lepas mandi je Cik Sue sapukan AVCO ni ,selepas seminggu pakai pun dah nampak kesan ,rambut jadi lebih lembut dan senang di  urus,malah Cik Sue pun sapu kat rambut sendiri dan juga di kulit kepala ,hilang gatal-gatal semua.

2.        Sapukan ke kawasan kulit kering untuk seisi keluarga-selalu sapu kat siku,buku lali dan lutut kami sekeluarga terutama Mr D la sebab dia kerja pakai safety but ,bila buka,ada kesan kematu kat tumit,buku lali dan kaki,lepas-lepas mandi tu sapu dan kulit akan kekal lembap dan kulit lebih lembut.

3.        Sebagai makeup remover Cik Sue-memang best guna AVCO bila nak remove mekaup sebab mudah membersihkan minyak dan kotoran dari bahan kosmetik,tak perlu nak sental beria sangat,malah lembut dan berkhasiat untuk kulit serta tiada bahan kimia.

4.        Sebagai losyen untuk hilangkan parut-dah cuba sapu dekat parut Humaira kena gigit  nyamuk dan jatuh luka,cepat sangat hilang dalam 3 4 hari dah nampak kesan pudar.

5.        Cik Sue juga guna sebagai pelembap bibir terutama sebelum mengenakan lipstick,memang best,lembutttt je rasa.

Banyak lagi kegunaan korang boleh cuba dengan AVCO ni sebenarnya terutama untuk kecantikan,malah bagi ibu-ibu mengandung kalau nak hilangkan stretch mark atau kesan regangan di perut sapu la AVCO ni dari awal kandungan lagi ye.Insya Allah kulit lebih cantik nanti.

Bagi Cik Sue berbaloi sangat guna AVCO ni banyak kegunaan dalam satu botol kecil,seisi keluarga boleh guna dan mudah di bawa kemana saja,botol pun tak mudah tumpah,masuk je dalam beg ,senang.Harga pun mampu milik dalam RM22.90 sahaja sebotol.

Korang kena dapatkan tau,memang pelbagai guna,tambahkan sekarang ada promosi dan pakej-pakej menarik ,jadi pergi terjah cepat ye :

Web Shop : www.daura.com.my

Instagram : https://www.instagram.com/daura_hq

Post a Comment

10 Comments

  1. menarik juga avco ni..kecil mudah dibawa kemana2 kan..

    ReplyDelete
  2. Biasa dengar VCO je ni baru pertama kali dengar AVCO

    ReplyDelete
  3. Kkta suka yang jenis macam ni. Pakai utk lauran sahajaa..bau pun sedap

    ReplyDelete
  4. Masuk bag je jenis yang macam ni. Senang nak bawa travel.

    ReplyDelete
  5. harga berpatutan sangat kalau nak dibandingkan dengan khasiat dia, dr hujung rambut ke kaki boleh guna

    ReplyDelete
  6. Kak nina pun suka guna AVCO ni.. Seisi keluarga boleh guna. Jimat!

    ReplyDelete
  7. Eamai cakap produk ni bagus. KakYa nak cuba jugak la nanti. Mana tahu berkesan utk KakYa juga .. Tq tau Sue kongsi info.

    ReplyDelete
  8. Botol dia cantik. Saya selalu guna vco untuk masak jer,utk benda lain tak pernah guna lagi

    ReplyDelete
  9. dulu masa kecik2 lalu tepi budak india yg kuat bau minyak kelapa. haaa yang ni senang and handy kan. bau pun wangi jerrrr

    ReplyDelete