Haiiiii semuaaa,
Mana peminat-peminat jam,pengumpul-pengumpul dan yang
mencari jam tuk hadiah atau pakai sendiri,mariiiii Cik Sue nak kongsi jualan
murah ni haaa expo jam virtual pertama di Malaysia.Biasakan expo atau jualan
murah ala-ala jualan gudang ni korang kena pegi satu tempat,bersesak berbaris
nak masuk membeli,tapiiii yang ni tak payah ye,tak perlu.Jom shopping koleksi
jam berjenama super murah ini di Beecomb
3D Virtual Watch Expo bermula 29
hingga 31 Ogos 2020 jam 10 pagi -12 malam di Aplikasi Beecomb yang korang boleh muat turun secara percuma di
Google Store,App Store dan Huawei App Gallery serta yang seumpama dengannya.
Musim-musim Covid19 ni kita kan mengamalkan norma baru kalau
nak keluar dengan SOP semua,kalau orang
macam Cik Sue ni memang malas
laaa nak pergi tempat ramai orang ,menunggu,bersesak tu tapiii tetap nak
shopping juga kan? Jadi caranya senang je,ambil telefon pintar korang tu
sambil-sambil baring tu install je Apps Beecomb dan daftar sebagai pengguna,korang
masuk,pastu klik watch expo tu ye dan pastu shopping la puas-puas ye.
Apa yang menarik di Watch Expo Beecomb?
Himpunan Jam
Berjenama
Buat korang peminat dan
pengumpul jam, di expo ni menghimpunkan jenama-jenama jam terkenal
,mesti korang terujakan? Ye la barangan berjenama tapi ada sale dan jualan
murah ,masa ni la nak dapatkan betul tak? Apa jenama yang ada haaa nah ni dia
senarainya :
High Branded seperti
Seiko,Citizen,Mazzucato,CIGA,Raymond,Weil dan banyak lagilah yang Cik Sue tak
biasa dengar pun ada heheheh maklumlah tau jenama-jenama popular je hehhe.
Jam-jam designer seperti Rotary,Micheal Kors,Fossil dan
Emporio Armani
Kategori Mid Range seperti
Titan,Evox,Zoid,NSquare,Achtung,ALBA,Rotary,Casio,G-Shock,
Baby-G
Dan Jam mampu milik jenama EVO yang agak mantap bagi Cik Sue
bila tengok dalam apps tu,dah la salenya pun gempak kali ni.
Semua jam pun ada diskaun dan sale tau,jangan risau,korang
masuk dan “menyelam” je dalam apps tu mesti ada yang tersangkut nanti heheheh.
Promosi Super Gempak
Jam Evo
Fuhhhh jualan promosi
Super Gempak ni menggoda jiwa betul la,dah la jam Cik Sue dah rosak haihhhh
kena pujuk Mr D ni heheh,apa yang best sangat? Giler tak best korang tengok la
poster bawah ni,tuk jam jenama EVO korang boleh dapat harga dua jam RM199 + RM1
,maknanya RM200 tuk 2 jam EVO tau,haaaa menarik tu.Jimat sangat dah tu,beli
pula tuk pakai berpasangan,ewahhh hehehe.
Jam jenama EVO ni pun boleh tahan design dia,cantic-cantik
dan nampak sporty juga dengan pilihan warna-warna menarik sesuai untuk lelaki
atau perempuan.Memang rugi tau tak dapatkan sementara jualan murah expo ,harga
mantap,barang berkualiti dan berjenama gini.
Tengok tu ada juga yang promosi harga bawah RM100 ,memang
berbaloi sangat kan,ada juga Jam EVO berharga RM52.90 dan RM83.10 tapiiiii kena
cepat ye,selagi stok masih ada,kang dah habis jangan nangis bucu katil lak
haaaa. Sangat mudah boleh shopping
melalui telefon je ,merayau je dalam expo tu tanpa batasan heheh.Dapatkan
jam-jam idaman korang tu,belek la puas-puas ye.Memang gempak la harga Jualan
Super Gempak Evo ni.
Jom korang install Aplikasi Beecomb dan shopping di 3D
Virtual Watch Expo anjuran Beecomb Sdn Bhd ni.Muat turun dengan percuma dan
boleh pergi expo secara virtual,memang terbaikkk.
Lets go guys,Cik Sue nak cari jam tuk hadiah hari lahir
seseorang hehehe.
Klik Sini untuk muat turun Aplikasi Beecomb
6 Comments
Wah menarik betul Applikasi Beecomb ni...sekarang semua di hujung jari tapi terasa macam tengah jalan2 shopping kat expo betul. Cool gila la , nak kena usha kot ada watch yang berkenan.
ReplyDeleteMcm best jer app ni..hihihi
ReplyDeleteBagusnye buat expo gini
ReplyDeleteLama tak g expo.. Bgusnya expo 3d..tengah cari jam ni
ReplyDeleteSatu lagi fenomena baru. jualan barang versi virtual. Dunia semakin menuju zaman virtual.
ReplyDeleteMenarik ada expo online. Tapi dah habis pula.
ReplyDelete