Negara Malaysia sinonim dengan Syurga Makanan kerana Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya, adat dan kaum. Jadi, bila sahaja menyebut nama Malaysia perkara yang dibayangkan adalah makanan bukan tempat peranginan.
Hari ini, kita ingin berkongsi serba sikit tempat makanan Cina yang sedap dah mudah untuk di cari serta halal bagi mereka yang muslim. Bagi mereka yang mengemari makanan Cina ini, anda hanya perlu teruskan pembacaan anda untuk mendapatkan pilihan tempat makanan yang enak di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
1) Muhibbah Seafood Restaurant
Bagi mereka yang mengemari makanan laut dan makanan yang berasaskan menu Cina, maka Muhibbah Seafood Restaurant merupakan salah satu Restaurant yang wajib anda kunjungi.
Antara menu yang popular di sini adalah Butter Coconut Prawns, Baby Kailan with Salted Fish dan Ginger Scallion Beef. Tetapi menu yang paling di gemari ramai adalah Butter Coconut Prawns, nama pun sudah mengeliurkan pasti rasanya juga mampu membuatkan sesiapa yang memakannya sukar untuk melupakan rasa butter dan coconutnya yang blend bersama-sama. Rasanya sememangnya sukar untuk di gambarkan.
Selain daripada keenakkan rasa makanan, lauk (bahan utama) perlulah segar-segar agar kemanisan makanan itu terasa secara asli dari bahannya yang segar.
2) Dolly Dim Sum
Dim Sum merupakan salah satu makanan yang popular di Malaysia dalam kalangan pelbagai kaum sehingga ada Restaurant yang hanya menghidangkan makanan Dim Sum sebagai makanan utama yang special dalam Restaurant mereka.
Bagi mereka yang tinggal di area Kuala Lumpur, anda pasti sudah bertandang ke Dolly Dim Sum. Restaurant yang menawarkan aneka menu Dim Sum sehingga mampu membuatkan pelanggan mereka tidak berhenti untuk makanan Dim Sum yang ada. Antara Dim Sum yang terbaik adalah Salted Egg Yolk Bun, Siew Mai dan Crystal Prawn
Selain Dim Sum, Restaurant ini juga ada menyajikan menu lain seperti Dumplings. Untuk pengetahuan umum, Dumpling yang disediakan juga sedap sepertimana Dim Sumnya.
Bagi pengemar Dim Sum, datanglah ke Dolly Dim Sum. Pastinya anda tidak akan berasa kecewa dengan kesedapan Dim Sum ini. Selain daripada keenakkan rasanya, Restaurant ini juga menawarkan harga Dim Sum yang berbaloi mengikut jenis Dim Sum yang di pilih.
3) Tung Yuen Chinese Restaurant
Tung Yuen Chinese Restaurant merupakan salah satu Restaurant yang menawarkan menu makanan cina yang sedap dan mengeliurkan.
Ingin mencuba makanan Cina yang halal dan dijamin enak bersama keluarga atau rakan sekerja dalam suasana penuh santai dan mewah jadi Tung Yuen Chinese Restoran boleh menjadi salah satu restaurant yang wajib pergi.
Seperti restaurant makanan cina yang lain, antara makanan yang terkenal adalah Dim Sum. Selain daripada Dim Sum, Tung Yuen Chinese Restaurant menyajikan makanan laut menyediakan pelbagai cara masakan mengikut citarasa pengunjung. Restaurant ini ada menyediakan menu untuk mereka yang vegetarian.
Restaurant yang mempunyai kepelbagaian pilihan makanan dan juga mempunyai kepelbagaian cara masakkan.
4) Restoran Mohammad Chow
Restoran Mohammad Chow ini juga merupakan antara restoran Cina Muslim yang terkenal di sekitar Petaling Jaya. Restaurant ini menyajikan makanan Cina yang asli, manakan tidaknya tauke Restaurant ini merupakan orang cina muslim maka pasti makanan yang disediakan adalah Halal. Malahan harga yang ditawarkan juga berpatutan.
Antara menu yang ada adalah Yong Chow Fried Rice, Szechuan Soup dan yang paling popular dalam kalangan pengunjung adalah Nestum Salted Egg Chicken. Bagi food hunter, anda pasti tidak akan menyesal untuk mencuba makanan di Restaurant ini.
5) Jibby Chow
Restoran Jibby Chow ini merupakan salah satu cawangan kafe tersebut yang menghidangkan makanan Cina yang halal. Antara menu yang wajib untuk di cuba adalah Jibby Chow Cantonese Style Crab Meat, Jibby Chow Boston Lobster Noodles dan Stir Fried Wanton Noodles.
Restaurant mana yang menjadi pilihan anda. Setiap Restaurant mempunyai kelebihan dan daya tarikan tersendiri, jadi sebagai pelanggan yang bijak pilihlah Restaurant yang mengikut citarasa tersendiri.
Untuk lebih memudahkan urusan, boleh gunakan khidmat penghantaran makanan dari pihak Foodpanda.
Bermacam jenis chinese food ada untuk dipesan. Sebagai pengguna kita hanya perlu memilih dan membuat pesanan. Nak cuba menu-menu masakan baru juga ada. Makanan barat, makanan melayu, makanan cina, makanan segera, semuanya ada di website utama Foodpanda.
p/s
Lama pulak rasa tak makan masakan Chinese,fuhhhhh nak kena cari ni,nak masak sendiri malasnyaaaa ya ampunnnn...
5 Comments
Mcm menarik, boleh order dengan foodpanda ek? Nak order skrang la camtu
ReplyDeleteDimsum.. Lama tak makan.. Sedapnyaa. Bolehla order guna foodpanda
ReplyDeleteMenggiurkan entry nih hehe
ReplyDeleteSemua nampak sedap.
ReplyDeleteNampak best best je kedai makannya. Nak senang order je ngan foodpanda kan
ReplyDelete