Tak semua orang bernasib baik dalam dunia ni,cukup lengkap anggota badan untuk menjalani kehidupan normal,tapi setiap kekurangan pasti ada jalan untuk menjalani hidup sama seperti orang biasakan? Contohnya Quran Braille untuk golongan buta yang akan memudahkan mereka membaca Alquran.
Kerana itulah Ensany Global telah mengambil inisiatif melancarkan tabung Waqaf Al-Quran dan kitab dalam Kod Braille sepanjang Ramadan 2020 bagi menyokong usaha pihak Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia dalam memperjuangkan hak pendidikan golongan kurang Upaya Penglihatan di Malaysia.Turut serta dalam menjayakan kutipan dana ini adalah Yayasan Maghfirah.
Ensany Global dimaklumkan ketika berkunjung ke Pusat Penerbitan PERTIS bahawa Al-Quran dan Kitab yang dicetak dalam Kod Braille hanya mampu bertahan selama 5 tahun manakala kos untuk mencetak Al-Quran dan Kitab adalah RM0.50 sehelai. Kos percetakan dan mesin yang mahal menyebabkan Al-Quran dan Kitab dalam Kod Braille tidak dapat disedarkan secara meluas kepada golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia.
Oleh itu, Ensany Global sebagai satu wadah pengumpulan dana secara atas talian telah tampil membantu pihak PERTIS agar Al-Quran dan Kitab Braille dapat diedarkan secara percuma kepada OKU penglihatan.Alhamdulillah, usaha ini turut mendapat sokongan orang awam bukan sahaja di Malaysia bahkan negara ASIA terdekat dengan dana terkumpul RM668,195.
Majlis rasmi penyerahan sumbangan oleh Ensany Global dan Yayasan Maghfirah kepada pihak PERTIS adalah pada 10.00 pagi 10/07/2020 bertempat di Unit Penerbitan PERTIS di Brickfield. Turut hadir semasa majlis penyerahan sumbangan Dato' Wan Mohamad Dato' Sheikh Abdul Aziz, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mewakili YB Senator Datuk Dr Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk menyempurnakan majlis.
Kehadiran Dato' Wan Mohamad adalah tanda sokongan kepada pihak Ensany Global, Yayasan Maghfirah dan PERTIS dalam memperjuangkan hak pendidikan orang-orang Kurang Penglihatan di Malaysia.
Dalam pada masa yang sama, majlis ini turut diadakan bagi melancarkan Tabung Kelestarian orang-orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia. Di mana tabung ini ditubuhkan untuk membantu pihak PERTIS mengumpul dana bagi membina kompleks khas untuk orang kurang upaya penglihatan di Malaysia.
Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia adalah projek usahama antara Ensany Global, yayasan Maghfirah dan PERTIS.
Tahniah Cik Sue ucapkan atas usaha yang sangat bagus ni,sama-sama memberi peluang kepada gologan buta,untuk kemudahan mereka.Semoga usaha ini berterusan dan mendapat kerjasama seluruh pihak serta di permudahkan segala urusan nanti.
Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut tentang Ensany Global ni boleh ke laman web mereka ye https://ensany.com/
2 Comments
Golongan buta mmg patut dpt bantuan sebegini.. alhamdulillah..
ReplyDeletealhamdulillah, bangga dengan mentaliti orang sekarang. sebab tak alpa dengan golongan kurang bernasib baik macam mereka dapat rezeki untuk dikongsikan bersama
ReplyDelete