Hai semua,lama rasanya Cik Sue tak review atau share tempat makan best kan? Sabtu lepas Cik Sue dan kawan-kawan media ada perjumpaan jadi kami memilih berkumpul di Dpulze Cyberjaya,satu mall yang agak meriah dengan tempat makan dan kedai-kedai best,boleh shopping juga ihik.
Kami memiih Campur-Campur Kitchen sebab menghidangkan gabungan menu dari Indonesia ,Chinese dan Thailand.Menarikkan dalam satu kedai ada pelbagai menu ,kami pun ramai selera masing-masing macam-macam jadi kita masuk la sini.
Restoran ni mesra keluarga ,ruang agak selesa dan luas,kerusi bayi ada,ada meja panjang untuk satu keluarga atau kumpulan yang besar macam kami.Susun atur meja kerusi pun selesa,memandangkan kita masih dalam PKP Pemulihan,penjarakkan masih di kekalkan dan suhu masih di periksa.
Sambil jalan nak duduk Cik Sue dah nampak benda best,ihik...apa dia? tuuuu Salad dengan Pop Corn free hehehhe,seronok kalau bawa anak ni,boleh bagi je pop corn ,amik je tuk makan,salad tu pun self service dan free,ambil je la nak makan banyak mana.Tapi jangan membazir ye.
Dah dapat tempat duduk,haaa masing-masing dok belek menu ,nak order makan apa la ye? Ya ampunnnn banyaknyaaaa pilihan menu kat sini.Nasi,goreng-goreng mee,pencuci mulut dan banyak lagilah,fuhhhh boleh pening ni nak order apa hahahha.
Haaaaa tu dia lebih kurang menu-menunya,meriah sangat pilihannya,dannn dalam gambar ingat portionnya kecik pakat order la satu sorang,pastu tu tambah la kudap-kudap la,pencuci mulut la,air pun satu sorang,Sekaliiiiiiii bila sampai semua nganga portion semua boleh makan kongsi wehhhhh,serius banyakkkk...korang kena datang try sendiri tau,rasa kalau Cik Sue bawa family memang kongsi la makan.Air pun besarrrrr,dia pakai cawan plastik yang ada penutup macam pasar malam tu tapi saiz besar punya,jenuh terkencing nak habiskan air satu bekas tu hahahahha.Dah la air harga semua bawah RM10,pendek kata harga portion biasa di kedai lain tapi portion sini semua besar-besar hahahha.
seeee penuh meja,ni bukan pinggan dah macam dulang tapi harga masih berbaloi. |
antara air yang di order ,tau ta saiz air ni sebesar muka korang hahha Cik Sue punya air mentol warna hijau tu "icy green mint" dah la sedap ,ingat kecik je mentolnya ,rupanya besar jugaaaa... |
Pencuci mulut kami order dan makan kongsi-kongsi je iaitu French Toast with Honey (Rm 6.90) dan Banana Toast with Chocolate (Rm 7.90) Haaaa tengok masih bawah RM10 je ,aduiiii memang berbaloi la makan kat sini.Main menu yang masing-masing order pula macam dalam gambar bawah ni,meriah wehhhh...pastu kitaorng makan kongsi-kongsi,seronok,semua boleh rasa.
Ikhlas dari tunas rasa Cik Sue la kan makanan kat sini memang tip top kualitinya,tak menyesal kalau bawa family makan-makan kat sini tau,harga sangatttt berbaloi dan mampu poket.Kualiti dan rasa makanan memang sedap,portion hidangan pula ala-ala nak suruh lena terus lepas makan,stail buatkan perut membuncit punya portion heheheh.
Cik Sue order Black Pepper Beef Rice set yang di hidangkan dengan kentang kari,sambal tumis dan kepak ayam goreng.Ha mana la tak besar portion nama je beef blackpepper tapi penuh pinggan tu.Dan kami kan makan kongsi-kongsi sebab nak rasa,semua yang rasa beef blackpepper ni kata sedap,dan memang sedap,dengan juicy lembutnya tak payah nak gigit beria,dengan kuah blacpepper dia wallahhhh sedapppp.
memang meriah kami menjamu selera,masing-masing kekenyangan. |
Alamat :
Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor,
Lot UG 18, Upper Ground Floor,
DPulze Shopping Centre, Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya
Facebook :
Facebook :
Instagram :
p/s :
Masa mula-mula bukak dulu mall ni CikSue selalu gak datang sini,dan pernah makan kat restoran ni ,masa tu makanan gabungan dalam talam yang di gabung2..masa tu pun dah sedap,sekarang di improve lagiiiiii sedap dan berbaloi.Nanti nak ajak Mr D lepak sini la sambil cari barang aka shopping hahahhah
10 Comments
Selamat menjamu selera
ReplyDeleteBestnye food dia. Macam2 ado
ReplyDeleteBestnye food dia. Macam2 ado
ReplyDeleteSedapnya tengok.. Tiga negara tu
ReplyDeletewah seleranya tgk makanan..nak sikitt heheh
ReplyDeletesedapnya..xhajak pun..:)
ReplyDeleteEeee...nyampah masuk blog kak sue...sedap2 nampak makanan ni. Salad free setiap hari lak tu. Teringin nak pergi makan sini!
ReplyDeleteCantiknya berhidang dalam pinggan gitu.
ReplyDeleteBanyak menu menarik. Kalau singgah cyberjaya boleh la ke sini..
ReplyDeleteComelnya botol air dia, sedap2 nya kaksue, dapat free salad and popcorn tu bagus ahaha
ReplyDelete