Ramadhan PKP 2020 : Macam mana nak bayar zakat?

Alhamdulillah ,dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan kerana Covid19 pada tahun ini kita masih lagi mampu berpuasa dengan selesa dan tetap meriah walau hanya duduk di rumah sahaja,sebenarnya besar hikmah musibah Covid19 yang hadir ni jika kita memandang dari sudut positif.Kita punya banyak masa bersama keluarga di rumah,banyak aktiviti Ramadhan yang boleh di lakukan bersama-sama seperti terawih,tadarus,memasak bersama-sama,tadabbr Al Quran dan macam-macam lagi.

Bagi Ketua Keluarga jangan lupa pula ye membayar zakat fitrah untuk Ramadhan kali ini,eh macam mana nak bayar,pejabat tak buka,ada amil zakat ke? boleh ke jumpa salam akad bayar kan musim Covi19 ni? Haaaaa jangan risau,dunia dah canggih dan urusan di permudahkan,jangan risau ye.


zakat lzs



Syarat Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4. Seseorang yang meningggal dunia selepas matahari akhir Ramadhan


Marilah tunaikan zakat kerana ia suatu tuntutan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan ibadah bagi kita,selamat menunaikan zakat semua,ehhh lupa lak nak bagitahu macam mana caranya menunaikan zakat secara online ...ishhh Cik Sue punnn hehehe


Ada beberapa cara sebenarnya untuk kita bayar zakat online ni ,antaranya adalah :



1. Menggunakan EZAKATPAY ,caranya :

1. Layari laman web https://fpx.zakatselangor.com.my
2. Isi butiran penuh, semak semula butiran dan tekan ‘Bayar Sekarang‘
3. Pilih Kaedah pembayaran: FPX atau JomPay
4. Pilih bank serta mendaftar masuk. Buat pembayaran penuh
5. Simpan resit pembayaran
Zakat Fitrah Online


2. Aplikasi Ewallet Boost dan Gopayz






Dua aplikasi ni korang boleh download di Playstore dan bayar melalui aplikasi itu ,lebih mudah dan selamatkan,duduk rumah pun setel.


3. Elektronik Zakat Online (EZO)
Zakat Fitrah Online


Pembayar zakat boleh menyemak salinan bayaran zakat atas talian melalui Elektronik Zakat Online (EZO) . Selain itu, pembayar zakat juga boleh menyemak pembayaran zakat sepanjang tahun. Golongan asnaf juga boleh mendaftar dan menyemak status bantuan di sini.

Haaaa mudah je kan,tak perlu nak start kerta keluar danmencari amil zakat lagi,jaga diri masing-masing,putuskan rangkaian covid19 ini,ada cara mudah buat apa nak susah-susah kan? Kita masih tetap boleh menjalankan ibdah fardhu dan tanggungjawab kita di bulan Ramadhan ini.



Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan korang  bolehlah merujuk halaman rasmi Lembaga Zakat Selangor dan juga media sosial berikut:


Website : Lembaga Zakat Selangor
Facebook : Lembaga Zakat Selangor
Instagram : zakatselangor
Twitter : Zakat Selangor
YouTube : Zakat Selangor TV



Post a Comment

1 Comments