Gulai Darat Ayam : Menu wajib bila balik kampung

Antara lauk/menu wajib kalau Cik Sue balik kampung,tak kisah la bila-bila pun,ma dah tahu dari zaman bujang lagi kalau telefon bagitau nak balik abah akan cari ayam kamoung dan ma akan masak masakan ni,kena pulak ada petai jeruk,sambal belacan kelate,kerabu sayur atau acar timun,Ya Allahhhh ,bertambah-tambah la Cik Sue makan nasi huhuuuu...sebelum ni nak masak sendiri tak reti,pernah cuba tapi tak jadi rasa yang sama lepas tu malas dah,tapi bila ada anak dan suami ni Cik Sue nak share dengan diorang rasa masakan ma ni,musim PKP ni gigih telefon dan salin resepi siap dengan tips segala hehehehhe. So ni Cik Sue share kan ye resepinya : 




Ayam Gulai Darat
(Resepi My Mom) 
Bahan
500gm ayam potong ikut suka
2 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugor
2 sudu cili kering blend
1 kotak santan 200ml
2 cawan air
2 sudu ketumbar (blend kering sampai halus) 
garam dan gula

Bahan blend
1 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah sederhana 
5 ulas bawang putih 
Cara: 
Gaul ayam dengan bahan blend,ketumbar dan cili kering blend,gaul sebati dalam periuk dan jerang atas dapur dengan api kecik (jgn buh minyak) biar rempah masak dan air ayam agak kering.
Masukkan santan dan air,kalau nak pekat kurangkan air.
Masukkan asam keping dan kerisik,biar gelegak.
Masukkan garam gula seimbang kan rasa,dah didih tutup api,makan ngan roti jala pun sedap.



Alhamdulillah sekarang Mr D pun kalau balik dah tahu mesti ada gulai ayam ma ni tuk bini dia,dan dia pun tumpang sekaki la heheheh dia ok je kalau ayam yang dia berperang dengan ikan hahahahhahah.....

Post a Comment

9 Comments