Renyah tapi sedap.
Nasi ayam penyet ni Cik Sue mula suka makan bila kerja di KLCC sebelum kahwin,selalu keluar lunch naik motor di kawasan Kg Baru,Kuala Lumpur.Mula-mula dulu tak nak cuba sebab nampak simple dan tak de kuah sangat,Cik Sue jenis yang makan nasi nak berkuah,lepas tu tengok sambalnya macam pedas berapi je dengan cili padi,tak berani la.Sekali Mr D bawa makan kat Ayam Penyet Mak Maya di Kg Baru katanya kawan office bagitahu sedap,eh kitapun cuba la juga,terus la jatuh hati.Kebetulan kat kedai tu diorang memasak Nasi Ayam Penyet tu depan-depan kita dok makan,jadi memang nampak la diorang perap ayam,buat rempah dan goreng sampai siap,dok basuh beras ,tanak nasi semua,apa lagi memang lekat la dalam memori Cik Sue ni.
Baca juga Resepi Nasi Ayam Mudah guna Noxxa
Resepi Ayam Penyet Versi Dapurciksue
Resepi ni Cik Sue buat dah beberapa kali,agak renyah sebenarnya tapi sebab nak makan sedap ,kita buat la sendiri kat rumah,puas nak makan banyak-banyak atau nak jamu keluarga.So Cik Sue simpan sini la resepinya senang nak tengok semula nanti :
Nampak agak renyah tapi tak de la leceh sangat pun,nasi tu Cik Sue masak buh daun pandan je,tanak je macam biasa.Tapi kata orang kalau kukus lagi sedap,ha lebih lembut la kot kan,jenis beras pun main peranan juga.Tapi nak masak kat rumah guna la apa yang ada.
Baca juga Resepi Nasi Arab Mudah
Tempe dan Tauhu Goreng.
Bahan
Tempe potong ikut suka
Tauhu potong ikut suka
Tepung Bistari spicy
secubit serbuk kunyit
secubit garam
air
Cara:
Bancuh tepung bistari dengan air kunyit dan garam,celup tauhu dan tempe,goreng hingga masak dan garing,toskan.
Ayam Penyet
Bahan :
Ayam
Rebus dengan
Halia ketuk
Kunyit hidup ketuk
Daun bay /pandan
Bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Sup Bunjut
Air
(tak perlu tumis,rebus je semua dalam periuk)
Dah masak ,toskan ayam simpan air rebusan kalau nak buat sup.
Bahan perap
Sangai (goreng tanpa minyak)
Jintan manis
Jintan putih
Ketumbar
Lada putih
Blend kering bahan sangai
Cara:
Gaulkan dengan serbuk kunyit,serbuk kari ayam dan garam.
Perap minimum 2 jam dan gorengkan dgn api perlahan bagi garing.
Hidangkan dengan serbuk rempahnya.
Kalau nak ala-ala kedai korang hempuk je ayam tu dengan alu lesung baru la jadi penyet,cik sue tu dah malas biar je cenggitu heheheh
Bahan:
8 biji Cili api
3 Cili besar merah atau hijau
4 Bawang merah
2 Bawang putih
1/2 sudu belacan
2 biji tomato
garam dan gula
Cara:
Goreng semua bahan kecuali garam dan gula sampai layu,toskan dan tumbuk ,tak lumat pun tak pe,nak blend pun boleh tapi jgn blend hancur lumat.
Masukkan dalam kuali semula tumis sampai pecah minyak dan perasakan dengan garam dan gula.
Sambal kicap tu masukkan je sambal cili dalam kicap manis ABC dan gaul.
Dahhhhh,itu je,senang je,dah siap semua hidang la dengan sayur kobis,tomato dan timun,kalau ada salad pun ok gak,senang je sebenarnya tapi tak dapat la tandingi Nasi Penyet Wong Solo feveret Cik Sue tu hehehehhe setakat nak makan kat rumah lulus dah ni.
Selamat mencuba.
Meh cuba Resepi Nasi Ayam yang senang
12 Comments
sedap ohh..bila la nak jd jiran cik sue ni?haha
ReplyDeleteWaaa Sis tak pernah lagi buat Nasi Ayam Penyet ni tau, takut tak jadi..hehehehe sambal ko nampak sedap ar...nanti nak cuba gak lerr...
ReplyDeleteCik Sue, tak berapa faham. Kiranya ayam tu kita rebus dulu dengan list bahan-bahan bawah ayam tu. Pastu baru perap then goreng lah ye? Macam tu maksudnya kan. Sebab saya tak pernah masak ayam penyet ni. Ingatkan perap terus goreng
ReplyDeleteSedap2
ReplyDeletenak try nextime buat ayam penyet sendiri. dah bookmark siap2 resepi ni.
ReplyDeletethank you share resepi.
la, mudah rupanya nak buat. ingat susah.. ha, boleh la try nanti.. hehe
ReplyDeletepndainya buat ayam penyet..saya kalau nak makan nasi ayam penyet, bli kedai jea..huhu
ReplyDeleteUii..sedapnyaaa..saya suka Ayam penyet, lagi lagi sambalnya Kalau sedap tu...Nyummyliciouslahhh!! Hi..Balas kunjungan yee..ehehehe
ReplyDeletewahhh...sedapnya tengok..terliur rasa...hihihi
ReplyDeleteCik Sue kalau masaka-masak, win! Rasa je tak pernah lagi.
ReplyDeleteBab ayam penyet tu KakYa tak berapa nak pandai hehehe. Biasa kalau ank nak makan umi g beli jer. Kakak la paling suka .. Biasa dia sorang nak makan yang lain tak suk sangat .. Maka Umi malas nka buat beli jerr . Tapi nampak cma sonang la pulak .. blh try buat la nanti ..
ReplyDeletewah ini menarik.. boleh try nnti
ReplyDelete