Buffet Ramadhan 2020 : Naranom Catering ajak berbuka di tengah lebuhraya

Assalamualaikum ,hai semua...
Bahang kemeriahan Ramadhan sudah mula terasa kan,tambahan dah banyak iklan dan promosi buffet Ramadhan di war-warkan,meriah iklan.Kali ni Cik Sue nak kongsi pengalaman pertama kali berbuka di tengah lebuhraya,haaa unikkan.Bagus juga sebenarnya kan,kot ada yang berhenti tengah jalan dah masuk waktu berbuka,boleh la terjah kot ada kekosongan tu.Tapi yang selalu ulang alik menggunakan lebuhraya ini ,boleh dah plan terus hehehhee.


Haaaa ni lah Buffet Ramadhan bersama Naranom Catering & Event di Galeri Mufors yang bertempat ni RNR USJ,Lebuhraya Elite.Kali pertama Cik Sue hadir majlis berbuka di sini dan katanya ini kali pertama Naranom Catering adakan buffet Ramadhan di sini.Selalu kalau balik Sg Buloh memang kami akan singgah solat atau ke tandas di RNR ini.


Dewan buffetnya terletak di tingkat 2,pertama kali melangkah masuk,luas dan cantik susunannya.Perkara paling Cik Sue suka kalau gi buffet ramadhan jika ruang makannya luas,tak suka yang sempit dan ruang terhad,habis tersenggol bila bawa makanan nanti huhuu tambahan kalau bawa anak kecil lagi haru.Tapi kat sini jangan risau,agak lapang dan selesa untuk bawa keluarga.Ruang parking pun banyak,malah dewan pun berhawa dingin.Lif pun di sediakan jadi mudah nak bawa mak-mak,nenek-nenek atau ahli keluarga yang OKU atau berkerusi roda.Oh ya ,Surau dan tandas juga di sediakan di dalam dewan je,tak perlu pergi jauh-jauh.Tapi kalau ramai jangan risau,ada juga tandas dan surau RNR di level G,turun je dengan lif.




Menu menyelerakan untuk di cuba.

Menu yang di hidangkan memang jenis-jenis masakan mak-mak kat kampung la,kualiti masakan memang terbaik la bagi Cik Sue.Menu yang memikat hati Cik Sue dan makan sampai licin pinggan siap bertambah  2 3 kali (tak maluuuu..hahahah) Masak lemak cili api seafoodnya iaitu ketam,udang dan lala,perghh memang padu betulll cukup rasa,pedas masin lemak,sib baik tak mintak tapau hehehe,lepas tu Asam Pedas Daging Tetel dia fuhhhh melekat rasa di tekak,teringat beb,pekat dia rasa dia,tapi tekak Cik Sue la,tekak orang lain Cik Sue  tak tau ye hehee.






















Selain itu ada juga nasi lemak bungkus yang boleh di makan dengan sambal paru yang sedap bagi Cik Sue menepati piawaian sambal paru hahaha,susah Cik Sue nak terima sambal paru kalau tak kena dengan tekak,ada yang keras la.liat ni,yang ni semua kena,paru lembut ,sambal sedap,ok lulus hehehe.Boleh juga makan dengan lauk lain macam udang sambal,daging kicap ayam gulai eh macam-macam lagilah lauk pauknya hampir 99 jenis tu.



Antara menu lain yang di hidangkan :

-Nasi putih & beriani ayam (weekday)
-Nasi beriani gam kambing (weekends)
-Pelbagai jenis lauk pauk
-Ayam goreng rempah /ayam masak kicap /sup ayam /ayam rendang /ayam paprik
-Daging gulai kawah /daging salai masak lemak cili api /daging black paper /daging rendang
-Ikan goreng berlada
-Seafood masak lomak cili api
-Lala goreng oyster /sambal udang /sambal sotong /sotong goreng kunyit
-Sayur -sayuran bergoreng /berkuah
-Kerabu mangga/perut /tauge/selon
-Beraneka jenis ikan masin bergoreng
-Sup tulang
-Asam pedas ikan dan daging tetel
-Pelbagai jenis ulam dan sambal

Oh ya,menu ni akan berubah setiap hari ye,akan di tukar ganti,jadi setiap hari takkan sama menu yang di hidangkan,haaaa barulah syokkan,kena datang banyak kali tu hheehe.



 Menu sampingan memikat selera.

Dah kenyang makan nasi dengan lauk pauk kan? Jom tengok menu sampingan yang di sediakan,kalau yang tak mahu makan nasi pun,boleh makan menu-menu ni yang tak kurang sedapnya.Bahagian ini Cik Sue memilih Kambing grill dan ubi kayu rebus cicah sambal tumis.Perapan Kambing grillnya memang sedap,tak makan dengan sos dan salad pun dah sedap tau.Ubi kayu rebus tu pulak Cik Sue terliur tapi risau nak makan takut kembung perut,ambil la seketul dengan sambal tumis...omak aiiiii sodap nyaaa,rasa nak minta bawa balik hahaa,tapi kena jeling lak ngan laki ku,jangan makan banyak kat kembung hahahha.





Antara menu pilihan lain yang ada :

Kambing grill live
Ikan bakar live
Kuewteaw | mee goreng live
Mee | soto | bihun | laksa | kuewteaw berkuah dan pelbagai
Lempeng live
Air pelbagai jenis
Kacang pool
Mushroom soup
Cendol
Abc
Pelbagai dessert
Aiskrim potong 
Pelbagai pilihan kuih-muih
Makanan ringan bergoreng
Makanan untuk kanak²
Dan pelbagai lagi yang menarik 













Harga berbaloi dengan piihan menu sedap.

Bagi Cik Sue pilihan buffet dengan Naranom Catering ni memang memuaskan hati,harap kualiti makanan dan keselesaan pelanggan kekal sampai habis buffet ye.Kualiti menu memang terbaik la bagi Cik Sue bukan masak cincai-cincai ni.semua menepati citarasa tekak Cik Sue,kemudahan yang di sediakan pun lengkap dan selesa.

Dari segi harga pula memang berbaloi sebab pilihan makanan banyak dengan harga:

Harga : Rm63.00 adult/perpax
Harga Early bird : Rm53.00 sahaja.
Kumpulan 10 orang hanya Rm510.00 sahaja.

Sangat berbaloi kan,jom tempah ramai-ramai ajak kengkawan berbuka bersama,tak pun buat family gathering terus hehehhe.Untuk tempahan korang boleh hubungi no di bawah ni ye :

Untuk pertanyaan :
WANI : 017-6770237
BELLA :017-6722548
FATIN :010-3624711
WAN : 0111-1206562

FB : NORANOM CATERING 

Post a Comment

7 Comments

  1. salam kenal.

    masyallahh.. food dia. banyak sungguh. berbaloi dengan harga ye.

    ReplyDelete
  2. g buffet ramadan doh dia..sedap2 weh menu dia..:)

    ReplyDelete
  3. Dah rasa air tangan NORANOM Catering. Sedap puashati. Pakej ni pun murah berbaloi-baloi

    ReplyDelete
  4. Cantik tempat solat. Harga nak makan kat sini pun murah dari tempat lain.

    ReplyDelete
  5. ehhhhhhhhhhhhhh.. murahnya wak !! lambakan makanan dia pun bukan main ya.. hee~ terliur saya..

    ReplyDelete
  6. menarik harganya..tapi tahun ni tak adala..huhu

    ReplyDelete