Menunaikan umrah bagi seorang muslim,siapa yang tak mahu kan? Pasti ada keinginan dalam setiap insan beragama Islam walau sekali.Tambahan waktu sekarang nak menunggu giliran haji agak lama,dapat pergi umrah dulu pun dah cukup beerti sebenarnya.Insya Allah suatu hari nanti semoga ada rezeki Cik Sue jejakkan kaki ke sana,Aminnnn.
Tapi ada rasa takut dan ragu jugak sekarang dengan agensi-agensi membawa jemaah umrah ni maklumlah banyak sangat kes-kes penipuan yang kita dapat tengok di media sosial dan televisyen kan? Ye lah,bagi rakyat marhaen macam Cik Sue ni,bukan senang nak kumpul duit beribu-riban begitu.
Tapi Alhamdulillah Cik Sue di perkenalkan dengan pihak Emraz Travel dan berkesempatan menghantar jemaah umrah di bawah kelolaan mereka di KLIA1 pada 29 November lepas,di mana 284 jemaah berlepas menunaikan umrah dengan penerbangan tempah khas pertama kali oleh pihak Emraz Travel menggunakan Saudi Airlines.Kiranya dalam satu penerbangan tu semua jemaah Emraz Travel dan bersama 12 Mutawwif yang mana adalah staf tetap Emraz Travel jadi tiada istilah jemaah di tinggalkan nanti sebab mereka memang berpengalaman dan sangat berdedikasi.
Walau masih baru dalam industri ini Emraz travel telah mendapat kepercayaan hampir 10000 jemaah yang telah dan akan menunaikan umrah dengan pihak mereka.Pasti ada keistimewaan bila mereka menjadi pilihan para jemaah kan? Khabarnya Emraz Travel adalah antara 4 agensi yang mempunyai kontrak dengan Hotel Safwah yang mana hotel rasmi rakyat Malaysia di tanah suci dan istimewanya hanya sejauh 50 meter dari masjidilharam.
Pakej Emraz Travel
Pakej yang di tawarkan pihak Emraz Travel memang lengkap dari segi penginapan yang 5 bintang,penyediaan makanan dan pengangkutan memang di jamin jemaah akan selesa,malah penginapan yang berdekatan dengan masjid pastinya memudahkan urusan ibadat jemaah nanti.
Dan jangan risau jemaah boleh menambah perkhidmatan lain seperti airport transfer,mutawif persendirian atau view bilik hotel menghadap masjid dengan caj tambahan.Jom kita tengok apa pakej yang ada :
(Harga bermula RM 6,690)
PAKEJ SAFWAH GOLD
(Harga bermula RM 6,390)
PAKEJ SAFWAH SILVER
(Harga bermula RM 5,990)
PAKEJ SAFWAH BRONZE
(Harga bermula RM 4,990)
Promosi Terkini
Sempena dengan penerbangan charter khas mereka pertama kali pada 29 November lepas pihak Emraz Travel mengadakan promosi bagi pakej-pakej mereka iaitu :
PAKEJ SAFWAH SILVER (Harga bermula RM 5,990) - Selepas diskaun hanya RM 4,990
Tapi dengan syarat :
1. Promosi untuk yang ingin mengerjakan umrah pada MUSIM UMRAH 1442H (September 2020 - April 2021).
2. Jemaah perlu membuat pembayaran penuh dalam bulan Disember 2019 sahaja.
3. Terhad 100 orang pertama sahaja.
Jom rebut peluang keemasan ni,mana yang dah cukup tabungan tu bolehlah daftar segera mana tahu rezeki dapat harga promosi ni kan.
Untuk keterangan lanjut korang boleh ke laman web mereka di https://emraztravel.com/ atau hubungi mereka di talian 03-88613361 dan boleh ke ibu pejabat mereka di :
Jln P8G, Presint 8, Putrajaya.
p/s : Semoga para jemaah mendapat umrah yang mabrur dan di beri kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadat di sana.Korang tolong doakan Cik Sue berpeluang ye walau sekali.
14 Comments
Menarik harga promosi tu. Semoga dipermudahkan segala urusan jemaah
ReplyDeleteMenarik harga promosi tu. Semoga dipermudahkan segala urusan jemaah
ReplyDeleteSemoga dimudahkan segala urusan. Aamiin!
ReplyDeleteBila nak pergi umrah atau haji ni kita memang kena pilih agensi travel yang betul² bagus.
ReplyDeleteBolehla survey kat emraz travel nanti if ada peluang pergi umrah
ReplyDeletenanti dah ckup tabungan nak join la.. boleh sangat harga tu .
ReplyDeleteBagusnya! Ada tawaran harga, syarikat yamg dah berpengalaman memang antara faktor meyakinkan bakal jemaah. Moga Emraz Travel terus sukses
ReplyDeleteHarga pakej menarik sangat ni.. Moga dapat jejakkan kaki ke sana lagi.. Moga cik Sue dan keluarga segera di panggil sebagai tetamuNya.. Aaamiinn
ReplyDeleteMenarik sangat pergi pakej dengan emraz ni ye.. Boleh usha ni nanti
ReplyDeleteboleh la bagitau pak sedara yang masih tercari pakej haji umrah ni
ReplyDeletesdasd
ReplyDeletesama2 doa lepas ni kita pula
ReplyDeleteSy harap.. 2020 adalah tahun sy dapat ke Umrah. Inshaa Allah. Wawasan 2020!!
ReplyDeletebulan lepas pun mak kawe gi dengan emraz travel ni...👍👍👍
ReplyDelete