Ibu tak faham la nak oiiii...

Lama tak update cerita diri sendiri,cerita personal,banyak je benda nak share tapi tertangguh huhuu...Betul la kata pepatah kerja bertangguh tak menjadi,nak tunggu rajin,nak tunggu betul-betul free memang payah dah sekarang,maklumlah busy sebagai "house manager" hehehhe....


Alhamdulillah hidup beransur tenang kini,walau ada juga "bad day" tu tapi hadapilah sebagai rencah kehidupan.Sekarang tumpuan Cik Sue sepenuhnya tuk keluarga,anak dan suami.Keutamaan yang paling utama,setel yang ini baru boleh fikir benda lain.

Cik Sue kini benar- benar menikmati saat-saat anak membesar depan mata,Humaira pun dan nak masuk 3 tahun,makin bijak,makin banyak akal ,makin banyak peel.Fasa-fasa menyerap segala apa yang di lihat,di dengar lepas tu tiru dan ajuk,fuhhhh sangat mencabar,ibu dan ayah dah kena jaga perlakuan,percakapan juga,jangan sembarangan depan dia.Memang macam span dia serap huhuu....contohnya dah pandai cakap "sibuklah abu (ibu) ni" bila tegur apa dia buat....facepalm!!! adoiiii bahaya la,yang ini dia tiru kat tv huhuuu...jenuh nak ajar dan explain balik kat dia,tak boleh jawab gitu.

Barulah tahu kan,macam mana susahnya nak didik dan bentuk seorang manusia huhuu...



Orang kata umur-umur macam ni juga la masa nak ajar nilai-nilai murni supaya lekat jadi tabiat sampai tua.Alhamdulillah,Humaira bolej terima arahan tapi bila time tak de mood tu payah juga la.Setakat ni dah pandai buang sampah dalam tong sampah,dan pandai basuh tangan,ucap terima kasih dan sorry,guna ayat "boleh tak....." dan "tolong....." .
Cumaaaaa............


Ada juga pelat dia yang ibu tak faham  huwaaaaa haru betul di buatnya,sesak nafas nak meneka apa yang di minta apa di terangkan.Dah la bila kita tak faham dan tanya ulang kali dia geram terus nangis,lagi la tak faham perkataan dia sebut tu,huwaaaa nak nangis ibu haaa..

nak engok enmen= nak tengok ultraman
abu nak kes = ibu nak melukis
nak toti= nak roti
nak air yo = nak air milo
nak ayi= nak lagi
nak laler= nak kaler

Itu antaranya,banyak lagi sebenarnya,ibu pun dah lupa hahahha....betul-betul jadi penyeri ni,sekali nak tergelak,sekali nak marah,kekadang geram hahahha...setiap hari bagai bermain teka suku kata yang sangat mencabar.

Tapi inilah sebenarnya kenangan manis yang akan di kenang nanti,semoga Humaira terus membesar sihat ,cergas dan cerdas.Doakan ye semua...


p/s : Akhir-akhir ni asyik tak sihat je dia dari bulan puasa hari tu,demam on off seminggu pastu baik pastu kena lagi,dah ke klinik pun kata demam biasa je.Alhamdulillah sehingga kini demam dah kebah,tapi batuk berkahak pulak ,kesian dia,masih ikhtiar tuk kurangkan batuknya tu.

k lah,panjang pulak membebel,sekadar coretan buat kenangan sendiri.

Post a Comment

9 Comments

  1. rindu dgn zaman anak2 aida kecik dulu, sueizza.
    keletah diorang.
    pelat diorang.
    memang sukar nak faham.
    tapi boleh la faham kan, body language diorang ada.

    ReplyDelete
  2. alahai comelnya pelat dia ye. Kakak Mira pun pelat tak hilang lagi tu, acik lagi pening dia punya pelat hahaha acaner tu? Take care Humaira dan ibu :)

    ReplyDelete
  3. Semoga Humaira menjadi anak yg mudah dididik.. :)

    ReplyDelete
  4. Comel Humairah. Xpe penat didik sekarang. Supaya senang kemudian hari.

    ReplyDelete
  5. Dok membayangkan dia sebut pelat tu, comeiii hehe

    ReplyDelete
  6. hai hai awak, comel anak sis sue. ema datang singgah dari blog baru ematunz.blogspot.com, jemput singgah ye

    ReplyDelete
  7. ahahaha, awakk ni la.lama dah ciklong tak jumpaa humaira nii

    ReplyDelete
  8. samalah dengan si ben kat rumah ni.. tak tau dia cakap apa... kakak n angah tukang translate

    ReplyDelete