Assalamualaikum dan hai semua,
Kenapa nak susah-susah kalau ada cara senangkan? Yeee nak kongsi la ni,Cik Sue dah jumpa cara mudah dan senang untuk mengenyangkan perut terutama untuk ibu-ibu yang sibuk dan terkejar-kejar sepanjang hari,tak kisah la suri rumah ke,ibu bekerjaya ke,korang memang perlukan benda ni,benda apa? Cer baca kat SINI dulu hehehe....
Mudah dan Cepat.
Haaaa inilah Suya S Great Grain yang menemani Cik Sue sepanjang Ramadhan yang lepas dan sampai sekarang.Sangat-sangat membantu bila pagi-pagi dah kelam kabut dengan anak merengek,laki nak gi kerja,perut dah berbunyi-bunyi ,sejenis yang bangun tido je lapar hahahha,buka sachet bancuh je dengan air panas,Cik Sue suka minuman panas-panas di waktu pagi,habis secawan,yaaaa Alhamdulillahhhh kenyang,kekadang sampai zohor kekadang sampai pukul 11 atau 12 je tengok keadaan.
Tak perlu nak masak atau penyediaan yang rumit,bancuh je,ikut suka nak panas atau sejuk,terpulang selera masing-masing.Oh ya,sebenarnya boleh juga masukkan dalam bancuhan penkek atau lempeng tau,lebih mengenyangkan,kita buat dia,reka je kot mana pun asal boleh telan. Sebab khasiatnya memang banyak dengan gabungan pelbagai bijirin.
Kaya khasiat dari bijirin terbaik
S Great Grain ini adalah gabungan 18 jenis bijirin dan 5 bahan semulajadi yang mana adalah makanan sunnah juga.Ia adalah minuman lengkap dengan pelbagai khasiat.memang baik untuk tubuh badan.Mempunyai kandungan serat dan serabut yang tinggi sesuai untuk diet dan kuruskan badan,ramai juga kawan-kawan yang amalkan kata mebantu turunkan berat badan,tapi Cik Sue sendiri tak timbang lak heheheh,sebab tak fokus untuk diet pun,hanya ambil untuk kenyangkan perut ye la kan daripada tak ambil langsung sarapan lepas tu gastrik,baikla bancuh je secawan pagi-pagi tu.
Antara khasiat yang terkandung dalam minuman bijirin ni adalah :
- membantu mengawal glukosa darah
-menggalakkan sistem pencernaan.
-sumber antioksidan
-meningkatkan imuniti tubuh.
-membantu kesihatan jantung.
-membantu mengekalkan kesihatan kulit.
Membantu masalah gastrik
Cik Sue ni sejenis yang tak boleh berlapar dan tak boleh skip atau lambat makan,nanti perut masuk angin pastu tergolek-golek la kena gastrik.Alhamdulillah S Great Grain ni sangat membantu bila pagi-pagi kalut dengan anak atau nak cepat ke mana-mana tak sempat nak buat sarapan yang sempurna elok-elok,Cik Sue bancuh je minuman bijirin ni,memang mengenyangkan dan terjaga la sikit perut ni.
Masa bulan puasa hari tu pun Cik Sue amalkan pada waktu sahur,en suami pun join sekali,memang memberi tenaga dan kenyang untuk tempoh yang lebih lama,jadi bertenaga la sikit nak buat kerja seharian kat pejabat dan rumah.
Untuk korang ibu-ibu bekerjaya tu Cik Sue rasa sesuai sangat bawa ke pejabat .bancuh dan minum sambil buat kerja,kalau tak sempat sarapan.Memang bagus,juga untuk mereka yang nak berdiet dan jaga pemakanan,di tambah pula dengan bersenam,Insya Allah boleh turun berat badan korang.Pstttt dah habis raya ni,marilah kita insafi diri dan hapuskan lemak-lemak degil di badan tu ,lemak-lemak hasil ketupat rendang abgai tu ye hehehhe
Ramai juga yang tanya rasanya sedap ke? bagi Cik Sue sama je macam korang ambil rolled oat tau overnight oat tu,tapi ni instant punya dan dah di tambah pelbagai bijirin,boleh juga kalau nak tambah buah-buahan segar sendiri ke kot la kata rasanya tawar kan...ehhheh ikut sukalah.
Jom la amalkan pemakanan sihat ye kawan-kawan,kat mana nak dapatkan S Great Grain ni? boleh cari di outlet Himalaya,Watson dan kedai farmasi berhampiran atau online di Shopee.Harga pun tak mahal,1 pek 15 sachet RM39.90.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari;
Shopee : SGGShopee
Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/
0 Comments