Korang selalu beli barang basah kat mana? Cik Sue sebelum ni merata-rata ikut dan je,yang paling mudah dan kalau terdesak kedai orang Aceh kat area rumah ni la ,tapi harga agak mahal sikit la huhuu tapi tu time terdesak bila terputus bekalan je.Cik Sue jenis suka shopping barang dapur dan akan simpan stok kat rumah sekurangnya untuk 2 minggu paling lama.
Nak share dengan korang ni ,sekarang pilihan Cik Sue kalau beli barang dapur dan lauk pauk mesti nak pergi Segifresh,mesti korang tertanya-tanya kenapa kan,meh Cik Sue share.
Jadi Cik Sue suka pegi Segifresh ni bermula sebab cari ikan bilis masa on the way nak balik rumah mertua kat Sungai Buloh,singgah beberapa tempat semua ikan bilis hapak dan tak elok kualitinya,sekali nampak Segifresh tepi jalan,terus suruh Mr D singgah sebab tak pernah masuk,penilaian pertama ,mesti barangan dalam ni segar-segar tapi mahal ternyata salah.Murah-murah je harga,malah ada sayur-sayur dan buah lagi murah dari pasar borong.Berbalik tujuan asal nak cari ikan bilis,memang puas hati la,berkualiti harga berbaloi,banyak jenis untuk di pilih.
Jadi sekarang memang Cik Sue cari Segifresh la untuk stok barang basah dan lauk pauk sekeluarga,tambahan pula ada juga jual borong barang-barang kering seperti susu Humaira iaitu susu kotak ,Cik Sue memang beli 1 karton terus senang.
Pertengahan puasa baru-baru ni Cik Sue sempat ke Segifresh Balakong yang paling dekat dengan rumah,tak sampai setengah jam pun.Dan yang bestnya Cik Sue shopping lebih kurang rm150++ je tuk stok 2 minggu lebih,tu pun siap tambah susu Humaira segala la,memang jimat.
Apa yang Cik Sue shopping? Ha lauk pauk tu banyak juga la sebab prepare tuk buat potluck sekali ,nak bawa balik makan-makan berbuka rumah mak sekali,lebih la sikit belinya.Ada tulang lembu,ikan tongkol,bahagian2 ayam,udang,isi kerang dan daging kambing yang dah siap potong.Semua segar-segar dan harga berpatutan.
Untuk sayur dan buah pula,banyak juga Cik Sue memborong,sambil pilih sambil plan nak masak apa.Cik Sue ambil bayam merah yang segar tu,cendawan putih yang siap packing,petai sebab nak buat sambal udang petai,daun kunyit,cili merah,kobis,tomato,lobak merah,nenas,baby corn,dan ambil buah mangga sikit tuk Humaira,Ya Allahhh manis betul mangga tu sebiji kupas Humaira sorang makan hehehe.
Memang puas hati sangat beli barang-barang kat sini.Barang-barang kering pun banyak pilihan,ruang dalam kedai yang luas dan selesa mudah nak.bawa stroller anak sekali masa shopping.Ye la,mak2 datang beli barang angkut sekali ngan anak2.
Satu lagi yang Cik Sue perhatikan bangunan Segifresh mesti berasingan dari bangunan lain,dan parking memang mudah,bagus sangat,memudahkan kan,tak payah nak berebut parking.
Satu lagi yang best,Segifresh ni ada sayur-sayur kampung,macam pucuk ubi,ulam pegaga,jantung pisang haaa kat bandar susah nak jumpa tapi ada si Segifresh.
Alhamdulillah lepas shopping barang basah sempat masak sup tulang,bayam merah tumis tuk bawa balik berbuka kat rumah mertua,syukur ,rezeki di kongsi bersama.
Jom korang shopping di Segifresh ,banyak je cawangan kat Lembah Klang ni,search je yang berdekatan dengan korang ye. Tambah-tambah nak buat persiapan raya ni kan,nak cari lauk pauk eloklah cari di sini,semua segar dan murah.
Korang boleh rujuk kat sini ye kalau nak tahu cawangan dan promosi terkini :
https://www.facebook.com/Segifresh/
https://www.segifresh2u.com
https://www.instagram.com/segifreshmarket/
4 Comments
Alaaaaa...kat Seremban xde Segi Fresh..pesal la depa x buka kat Seremban..nak gak beli barg basah fresh2
ReplyDeletetak pernah shopping barang basah di Segi..nampak macam segar2
ReplyDeleteDekat gak ngan rumah ni tapi tak pernah pi lagi. Next time nak beli barang dapur nak pi gak lah
ReplyDeleteBerbaloi shopping kat segi fresh ni.
ReplyDelete